KAWAN keSAYANGan

Sunday, May 29, 2011

Asiteru dan Dr. Love




Tersangat batak jakun suka dan terus jatuh chenta setelah mendengar lagu ni dari post AR-RIJAL di facebook. Ramai orang komen cerita "cinta melody" ni best, sy tak tahu la pula sejauhmanakah kebenaran kenyataan mereka itu. Maklumlah,rumah tak ada astro piring dia memang terpacak kat luar rumah nasibaik unifi ada.

Patut la, ramai yang sering memperkatakan lagu asiteru aishiteru ni, OST cerita "cinta melody" rupanya. Memang sinetron indon rata-ratanya medendangkan lagu yang sedap didengar. Jangan pelik kalau sy hanya buka siaran sinetron di permulaan drama dan di pengakirannya, jalan cerita memang tak ambil tahu langsung. Saya hanya menumpukan pada OSTnya sahaja, itu lebih menarik perhatian sy kepada sesebuah sinetron. Contohnya sinetron "sejuta cinta marshanda", sy akan buka tv3 tepat pukul 2 tengahari setelah mendengar melalak lagu terus siaran dialihkan. 


Sebelum ini memang tak berminat nak dengar lagu ni sebab ingatkan lagu seangkatan k-pop,tajuk pun ala korean. Sy pulak  anti dengan korean, bak kata abah artis tak basuh punggung. hahhaa...Tapi dua orang adik sy tersangat minat dengan mereka ni.

Ternyatalah tanggapan pertamaku salah. Ribuan terima kasih kepada DR LOVE secara tidak sengaja telah menyedarkan sy tentang lagu yang sedang hangat dilayan masa kini disamping menjadi back up sy,dek kerana tak tahu mengeja tajuk lagu ni.


Ni buktinya..Ce klik bagi beso






Terasa dilindungi oleh abang pula sy memang tak ada abang pun. Si mangsa pun harus dilindungi.













Friday, May 27, 2011

sangat rindu

Wah..baru hari ni dapat buka belog terchenta ni, rindu nak menaip entri, rindu nak jengok entri2 terbaru dari kome. Sebelum ni hanya mampu menjengok kome dari ping di  Port Blogger, Blogwalking Widget, Sembang Blog LM, Blogger Pilihan Malaya dan Malaysian Blogger United saja.


Sejak minggu ni, sy tak boleh sign in belog sendiri di chrome. Tapi setelah mencuba sign in di explorer barulah boleh. Memang rasa nak pelok saja skrin yang memaparkan dashboard ni. wahahhaaa...


Dengan senang hati sy boleh kembali berblogging sambil mendengar lagu BUNGA ni...








Tak usah ditanya mengapa ku pilih
Bunga yang mewangi terliar berseri
Yang tak akan nampak di mata pun
Berwarni dari lain-lain
Segan untuk aku sapa
Walau ada maksud yang ku sembunyi

Pernah ku mencuba terima seadanya
Sayang ia selalu calarkan sudut hati ku
Hingga lelah jiwa ku dikecewa
Yang tak mungkin berpaling kembali
Namun ku yakinkan nanti
Tuhan pasti beri gantinya

Ku mohon kau yang indah pada mu
Untuk ku tatap menawar resah ku
Kekal aku di situ harungi cinta


Dan aku pohonkan yang baik
Bersantun kata kata tentang cinta
Bicarakan rindu pada ku

Mengharum selamanya

tak habis2 humming part yang warna pink..sy nk munge....

Memang minat giler sangat dengan lagu2 kumpulan exists ni dari sekolah rendah, samaada mamat atau ezad. Suara dan lagu mereka ni amatlah menyentuh hati.

Saturday, May 21, 2011

hari pertama sy..



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar hari ini. Bangun pagi dengan sendirinya,walaupun malam tadi susah nak tidur. Sibuk menyiapkan keperluan untuk esok hari, menggosok uniform, kemas beg tak lupa juga helmet untuk merempit pagi2 nanti. sudah macam budak sekolah je kan. Padahal agak gugup menghadapi hari esok. Ditambah dengan muka membengkak kerana jerawat buta (puas picit jerawat nak keluarkan mata). Tapi lepas beliau menghantar sms (baru habis kerja) barulah boleh tidur, tu pun pukul 2.30pg. apakahh??



Sungguh tak terduga kedatangan sy ke The Curve seperti dinanti-nantikan semua. Penerimaan mereka memudahkan sy untuk menyesuaikan diri bekerja disana,walaupun banyak membawa pengaruh SOC dari Kota (Station Observation Checklist atau bekerja mengikut prosedur yg telah ditetapkan). Memang asyik kena perli la sy tadi, tak dinafikan McD Kota tetap diingatan. Sungguh merindui suasana bekerja dulu, tersangat happening, ruang kerja yang luas boleh main lari2 @ kejar2 sampai jatuh (yea..aku da 2 kali jatuh kat McD Kota, bukannya sy menangis tapi gelakkan diri sendiri). Mungkin tak lama lagi aku bakal mencipta kenangan disini.




Harapan yang diletakkan manager ku Kak De dan Abg Sam pada sy amatlah mengharukan. Memang memberi semangat untuk sy bekerja semula. Terima Kasih kerana mempercayai diri ini. Kalau lah kita masih di McDKota......








Kenangan Drive Thru Challenge 2010..Sy diberi tugas Counter Crew saja,maklumlah baru masuk kerja. Tapi inilah wajah-wajah ceria kami bekerja keras bersama. 


Kak De..muka dipinggirkan
Abg Sam..posing terlentang,masa ni dia masih Crew Leader
Popo..yang besar sekali, mereka berdua ni orang kuat drive thru
Kak Su..dihujung menjengokkan muka
Kak Mas...antara Kak Su dan Kak De..terbaek la kak!!






**gambar ni saja yang sy jumpa merakam detik2 kami bekerja satu ketika dahulu..walaupun terdapat juga mereka yang tak berkaitan. 


kenangan terbaik semasa kami berpicnic..PANTAI TIME

Friday, May 20, 2011

McD The Curve..here i come!!!


Rentetan mendapatPANGGILAN DARI PEJABAT BURUH semalam. Pagi ini sekali lagi sy dikejutkan dengan panggilan yang menjemput sy untuk bekerja di McD The Curve, manager ke 3 yang telah memanggil sy. Cuma kali ini agak memaksa ekstrem. Kalau boleh hari ini juga sy disuruh masuk kerja,pengangkutan juga telah diatur (naik motor dengan kawan lelaki sy,popo..seram kot)  Aduii..jangan la begitu kak. Esok2 la (konon nak mengelat). Terus beliau letakkan esok sebagai hari sy masuk kerja. Yela..kak.

Setelah confirm dengan dua orang manager,telah sah lah esok sy harus bergabung kembali dengan mereka yang bersama semasa di McD Kota Damansara suatu ketika dahulu. Ingat nak mula kerja selasa bersama kawan sy MEK Ecah, tapi The Curve tak sabar sy datang membantu cepat.

Kawan-kawan kita bergabung kembali yea! 
Kak De, Kak Zura, Abg Sam, Popo, Mek Ecah...


HERE I COME
setelah hampir dua bulan meninggalkan 





** harus mencari baju belang sy kembali.....


Thursday, May 19, 2011

panggilan dari pejabat buruh





Have a call....( tipu..fon sy tak berbunyi begitu)





Panggilan diterima dari nombor yang tak dikenali, seperti nombor pejabat. Mungkin kawasan One Utama atau sekitarnya, kerana pangkal nombor 03-77....

sy : haloo...(selalu lupa bagi salam dulu)

pemanggil : hello..sy dari pejabat buruh. (dengan suara yang di kawal control)

sy : (macam kenal suara ni) ok.... (menunggu reaksi seterusnya)

pemanggil : mat watpe skang??? tidur ke??

sy : a'a

pemanggil : tak senonoh betul anak dara ni, tidur sampai petang

sy : xde la abg. da tidur malam da sekarang

pemanggil : kenal tak ni mat?? mat kerja apa sekarang?? (nada serius)

sy : kenal...abg sam..tak kerja,duduk umah saja

pemanggil : datang la kerja kat sini, tak cukup crew la mat. Haritu kena mara dengan OC (one of big boss), crew ada 19 orang je.

sy : abg kat The Curve kan?Sekali dengan Kak De dan Kak Zura (bekas manager sy semasa di Mcd kota,abg sam ni dulu senior di Kota jugak baru naik manager di The Curve)

pemanggil : a'a..meh la datang sini. Mat duduk rumah bukan  gemuk pun.

sy : Tau je abg ni kn. Bestnya dapat kerja balik dengan korang. Mat memang nak, cuma nak tunggu greenlight dari parents saja. Nanti mat telefon abg balik ek. Kalau nak masuk kerja bila-bila masa pun boleh kan abg?

pemanggil : Boleh, mat call ke cakap nak masuk bila, tapi jangan tak call pula.

sy : Memang nak sangat kerja dengan korang balik. Tunggu call matun tau, tak pun matun terus pakai uniform pergi kerja. hahahhaaa...

pemanggil : ish..jangan tak jadi pula. ok la mat, nanti call abg tau!

sy : abg tunggu kedatangan mat je.

MAT aka MATUN..redha je la
******************************

Sejujurnya itu offer yang ke3 kalinya mereka mengajak sy bekerja bersama. Cuma orangnya berlainan. Pernah sy bagi alasan tiada kenderaan, mereka ajak sy merempit bersama. "Tangan dibahu,mata pandang keatas." seram mak!

Percaya atau tidak sudah hampir 2 bulan sy melangkah keluar dari McD Kota Damansara dan menjadi penganggur suri rumah. Kenapa sy ambil keputusan ni, lihat PENGAKUAN INI dan PENGAKUAN INI JUGA .Disamping mengharapkan balasan SURAT CHENTA LAMA. 





Antara kenangan bersama mereka suatu ketika dahulu.



Bersama manager kesayangan. tagline sy  untuk abgkak de satu ketika dahulu "matun sentiasa ada tolong kak dede" sila mereka abaikan yang lain.



Mungkin kena pakai baju belang-belang ni balik. Da jadi kazanah dalam almari baju.


dapat ke jumpa adik Mia ni balik??







Selesa dengan uniform baru ni, apron tu tak termasuk. Hanya store McD yang terpilih @ hebat saja pakai baju ni. yea..McD Kota memang hebat, sy pun tak terkerja kat situ.

SEGMEN: Keluargaku Keluarga Bahagia



Terima kasih kepada CIK KIC yang telah menyinggah ke belog sy yg sehebat mana ni, disamping telah menjemput sy menyertai contest terbaru beliau.





Ni la header beliau. Orangnya kechik macam sy jugak. aiii..kawan!!



Diwajibkan menjawab soalan-soalan berikut:



a) ceritakan serba sedikit tentang keluarga anda 

Sebuah keluarga yang agak ramai dan semestinya sering mewujudkan suasana yang gamat apabila cukup korum.
Abah kami EN.HESAN agak garang. Umie kami CEKGU SALBIAH, tak banyak membebel tapi kadang tu suka buat sign language kat kami, serius blurr..maklum la cekgu kepada pelajar pekak n bisu. 
Anak-anak mereka:

Yang sulong, cik RABI'ATUL ADAWIYYAH selaku YONG kami.
Saya ke2 HALIMATUN SA'ADIAH
Ke tiga THUWABATUS THUWAIBAH, kak yang
Seterusnya NUR MUNIRAH
Lelaki pertama keluarga M. IBRAHIM IDHAM
Perempuan semula NURUL HASANAH
Diapit oleh M.ABD FATTAH
Yang paling kecil tapi paling besar badan M.LOKMAN DHIAULHAKIM nama paling panjang jugak.

Nampak tak begitu indah nama kami yang telah diberikan oleh abah dan umie kami. Semoga kami akan menjadi muslim @muslimah yang hebat sehebat nama kami. Insyaallah...








Ni la KEMME....agak klasik kan ropenye @kpg teluk bakong...setelah dua tahun sy tak beraya di kampung.






b) keluarga impian anda yang macam mana?

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani
Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang



Masa kecik2 dulu sy bernasyid lagu ni ramai-ramai dalam kereta dengan deme. Siapa diantara kamu suara paling sedap ek?? mestila bukan sy






c) panggilan manja anda dirumah?


Oleh kerana sy yang nombor 2 di dalam keluarga yang berketurunan perak, dengan rasminya panggilan sy dirumah adalah "ANYAH" bukan "ANGAH"




d) apa yang anda rasa anda patut buat untuk bahagiakan kedua ibu bapa anda?


Utamakan mereka walau kita telah berjaya. Dan sentiasa mendoakan kesejahteran mereka. insyaallah...




bahagiakan kemme...walaupun raya dua tahun lepas agak kekurangan.








Moh ler cite pasal keluarga anda pulak. Kalau awok nak join ce klik SINI

Tuesday, May 17, 2011

ada STITCH lari kat belog sy la...


Terima kasih kepada cik NURHANIZA ZAHID, beliau telah memberi sy inspirasi untuk mencuba buat button top. Amat mudah tutorial beliau. Teringin pula nak cuba2 buat button tersebut. 

Dengan bantuan en.google,sy mencari gambar yang bersesuian dengan citarasa sy. Usaha bermula dari malam tadi,tapi berjaya pada hari ini.
Hasilnya............
















stitch sedang berlari di skrin anda. Sangat suka die...comel!!! tak susah pun kejar die.




**belog sy bertambah berat.harap maklum.

Monday, May 16, 2011

Giveaway wow Kedai Cokelat


Akibat merindui SI ITAM tengah-tengah malam ni,telah membawa sy ke belog MIOW TGH TIDO ni. Melihat beliau sedang menganjurkan contest sulungnya,berkenaan coklat. Amat menarik selera contest ni.





Sangat teruja apabila mengetahui seorang mamat sedang menyusahakan KEDAI COKLAT  secara online. Hebatnya...beliau memiliki kemahiran membuat handmade choclate. Walaupun baru mengorak langkah tapi beliau pandai mengambil hati bakal pelanggan yang terdiri daripada blogger yang menjengah blognya.Siap nak coklat kepada 20 orang yang menyertai contest ni. Tak sabar nak dapat coklat dari jejaka ini. masa bercinta dulu2 je dapat coklat.

Melihat kepada hasil beliau,macam tak percaya seorang jejaka mampu menghasilkan coklat yang begitu menggiurkan. Dengan pelbagai bentuk dan warna coklat cute yang terhasil dari tangan beliau. Mungkin lagi menarik jika box coklat itu diserikan dengan reben ropol-ropol yang berkilat2 orang pompuan memang suka benda yang berhias2 ni, melekatkan sticker sebagai trademark @ lambang kepada produk anda tu. Ataupun menggunakan chasing choclate yang comel2 sesuai untuk dibuat hadiah,boleh dibuat doorgift untuk kenduri kawin trend sekarang ni. Boleh juga kad comel mengikut kretiviti anda untuk diselit bersama bungkusan ini. Kos pembungkusannya menjadi lebih tinggi dari sebelum ini la. macam2 yang tergambar dalam fikiran tapi tak terkeluar kat skrin

Teruskan mempromosikan BLOG KEDAI COKLAT untuk diketahui umum. Dunia blog ni sudah menjadi skop pemasaran untuk para peniaga seperti anda. Ianya mudah,murah dan sangat uptodate lah!! Memang akan hot la kedai anda lepas ini.insyaallah

FAE AMALINA AINA nak coklat free tak??? meh la join sekali



************************************************************************************

Selamat berjaya ENCIK MIOW !!!!! Akhir kata, yang mana anda rasa baik dan sesuai tu ambil sebagai idea, yang mana merepek tu anda gelakkan sebagai hiburan. 
psss...kalau boleh nak join venture ngn anda boleh???


Thursday, May 12, 2011

BLOG PALING SIMPLE TAPI BEBAS


Baru tadi join groub MALAYSIAN BLOGGER UNITED , masuk saja groub tu CIK ADIBAH MAZLAN agak join contest beliau. Sure..why not??? Tak lupa juga menjengah ABE LONG 

Belog sy ni memang amat SIMPLE, tak de tepek gambar banyak2 melainkan gambar kat profile ataupun gambar kat entry. Tu je sudah cukup sy rasa, bukan apa kesian nanti kawan2 nak jengah blog sy ni. Berat sangat sampai lama menunggu belog sy muncul sepenuhnya. Ropol2 serta skriting widget tak berapa banyak,hanya secukup rasa sy letak. Yang penting belog sy haruslah berwarna lembut, ala-ala kepinkngan gitu.


Belog ni jugak BEBAS daripada dadah dan seangkatan dengannya. Apekahh??? Bebas mengetegahkan apa juga konsep di dalam setiap kandungan entinya. Samaada konsep moden, temporari, urban mahupun klasik, bergantung kepada mood pemiliknya.




"Semoga kalian senang singgah ke belog sy ni"


*hantar ini contest

berarak mendung awan yg kelabu








Petang yang gelap ketika sy sedang menjemur kain. yea...sy memang lambat sidai kain.. Tak lama kemudian, berarak mendung awan yang kelabu diikuti dengan agin kuat yang menyamankan. waaaa.....el nino sudah berakhir. Tiada lagi matahari yang memancor sehingga membasahkan baju akibat perpeluhan yang lebih dari selalu. 

Akhirnya, hujan pun turun membasahi bumi Kota Damansara tempat lain sy tak tahu la pulak. Seperti melepaskan gian, kantung awan melepas ayor hujan dengan begitu galak. Percikan ayor hujan yang sedikit terasa ketika berada di sliding door rumah seperti mengajak sy untuk keluar menikmati setiap titisan yang turun ke bumi. Udara dingin yang terkena tubuh sy, menyegarkan badan yang selama ini dilanda kehangatan. Mungkin selepas ini tekak sy akan kembali pulih seperti sedia kala. boleh la melepaskan gian berkaraoke.lalalaa....

Turunlah lagi wahai hujan. Sy memang merindui kehadiran setiap titisanmu itu.




Tuesday, May 10, 2011

orang meraj0k bagi sy MIMPI INDAH



Malam tadi sy telah membuat seseorang merajuk sehingga membawa diri mendaki Gunung Tahan. fuhhh..malam2 mendaki gunung?? memang tak tahan... Agak takut juga la mendengar suara org sedang marah n merajuk ni. 


Alhamdulillah....rajuk yang tak lama, lebih kurang sejam jugak la. Bergayutan la kami setelah beliau kembali tenang, walaupun sy terpaksa menahan telinga mendengar kata2 dari orang yang baru habis merajuk. Sape suruh wat salah kn?? 


Bla....bla.....nblaa..... Jam sudah pukul 2 lebih, mengantok sudah dan tertidur dengan lenanya.


Bangun subuh tadi,agak terkejut dengan msg yang dihantar ketika lena diulit mimpi. Amat panjang...2 kali msg untuk memuatkan bait-bait ini.........




Sekian lama terpisah
Akhirnya kita berjumpa
Bagai sebuah cerita cinta
Senyuman yang kau ukirkan
Selalu bermain dimata
Hingga terbawa didalam lena

Bilaku pejam mata
Dirimu yang menjelma
Bertemu kita didalam mimpi indah
Ku sering memikirkan dirimu kasih
Tak putus doaku hulur padamu…ohh

Moga terbuka pintu hatimu untukku
Membuktikan kejujuran cintaku

Impian menjadi nyata
Seandainya kau terima
Cinta yang telah aku berikan

Akanku genggam setia
Janji yang telah dibina
Bersama kita menuju bahagia
Bilaku pejam mata
Dirimu yang menjelma

Bertemu kita didalam mimpi indah
Kau bersinar mengerangi kegelapan
Kau hadir menyeri kehidupanku…Ohh
Maafkanlah daku kisah cinta lalu
Takkan ku ulangi kesilapanku


Kan ku cium tanganmu
Sebagai tanda rindu
Kan ku katakan ku cinta padamu
Kan ku cium tanganmu
Sebagai tanda rindu
Kan ku katakan
Ohh darling I love you



adusssss.....lama tak dapat lirik lagu jiwengs seperti ni. Tengok sender...beliau yang merajuk semalam. allooorhhhh..sweet....Tapi lirik lagu apa ye?? Memang padan dengan situasi kami sekarang.terutama yang berhuruf besar.








Patut la sy mimpi indah tidur malam tadi.........nak senyum je rasenye....cukup indah... orang yang merajuk pula yang memujuk..terbalik pulakk...


tunggu beliau mendendangkan lagu ni

sang kancil melompat ke Sabak Bernam pada Hari Ibu

Ahad lepas, kami bertiga Yong, Saya, Muni dengan girangnya telah mengikut umie ke Sabak Bernam. Walaupun agak keberatan pada mulanya, bila lagi kan nak jalan dengan umie lagi??
Kira-kira 7.30 pagi,  perjalanan dimulakan dengan menunggang si kancil comel yang dipandu oleh yong. Agak mencabar perjalanannya kerana menggunakan jalan lama bukan highway. Lebih mencabar apabila sang kancil harus menyusuri jalan yang bengkang bengkok, mahu muntah berada dalam perut sang kancil. Tapi pemandangan sepanjang jalan adalah sungguh indah dan mengasyikkan, ditambah pula rasa rindu lama tak menjengah kampung. Jadi memang perak la melihat sawah padi macam carpet. Rata-rata di tepi jalan kawasan kuala selangor akan terjumpa signboard "MENTARANG"....apakah binatang tu???





Amat menarik bagi penggemar seafood. Tapi harus ditahan dulu nafsu tersebut,dahulukan tujuan utama. Takpe balik nanti kita singgah makan binatang ni.






 Alhamdulillah..kurang dua jam perjalanan kami selamat sampai ke destinasi.
Sabak Bernam here we come....





Sungguh teruja melihat bangunan ini,sungguh klasik seni binanya Inilah Sabak Bernam Mini Convention Centre.




 terSENGET sudah diriku sebagai pemerhati program. 







Muni dengan muka yang mencemaskan. Dia baru bangun tidur dan dipaksa oleh sy ambil angin kat luar bangunan. Sy masih kekal dengan senyuman,tak perlu kata apa2 kn??





Selepas magrib barulah program habis, kami bertolak pulang bersama sang kancil serta dua lagi penemanya myvi dan kia. Tak sempat la kami singgah mencuba mentarang memandangkan hari sudah lewat. Perjalanan pulang yang ekstrem, si kancil bergelumang dengan keadaan jalan yang agak beralun. Kami mengambil keputusan untuk singgah di pasar malam Tanjung Karang, masa untuk memenuhkan perut!!!! Makan dikedai saudara salah seorang sahabat umie.




Muka yang comot. Sangat malas nak touch up, yang penting perut harus dilayan.




Umie sangat girang.




Para IBU tengok sini......yang hujung sekali tu bukan ibu ok,kakak sy. Umie sy yang paling girang tu Selamat Hari Ibu...

Friday, May 6, 2011

perut sy mmg suke lapar tengah2 mlm

Di tengah malam yang hening macam ni la perut sy ni akan meronta2 minta diisikan. Masa ni la dalam kepala ni macam2 makanan sedap da tergambar. satay,bege,telur mate. Nampak sangat macam mangsa kebuluran kan?? tu la hakikatnya. Padahal selepas magrib selalunya sy dan keluarga makan malam bersama. Tapi perut sy sebelum tidur mesti meragam nak makan lagi. apakah?? Jadi memang tak hairan la kalau sy memang suka mengamalkan makan sebelum tidur. Baru senang hati dapat beradu dengan selesa perutnya.





Habit lapar juga akan menyerlah dengan anehnya apabila sy tak sihat,demam, selesema atau yang berkaitan. Memang pada masa itu deria rasa akan hilang tapi perut sy tetap mahukan makanan yang sedap2. Akibatnya puas sy mencuba banyak makanan sehingga merasai makanan yang sedap. memang takkan dapat rasa kesedapan makanan kalau selesema kn?? Lagi ekstrem semasa sy baru menjalani pemedahan gigi bongsu memang tak pantang langsung melayan nafsu serakah nak makan udang la,ayam la. Padahnya pipi sy lambat surut bengkak. Tapi hati senang dapat kenyangkan perut.



Malam ni sy mengidam eskem yang macam dalam iklan couple dalam sejambak conetto tu. memang kuat dipengaruhi media massa.






Antara aksi2 sy dan makanan...





Di Tangling, selepas cuci gigi. tu yang senyum tunjuk gigi je..









Somewhere at Melaka.. Ni adek sy yg takut nak makan banyak sebab obses nak kurus,tapi selalu digoda oleh sy untuk makan. Takot betul dia nak makan banyak macam sy. Memang kurus betul da adek ku sorang ni.






At IKEA, yong la yang selalu layan dan goda sy dengan makanan yang sedap. Sampai naik tembam dia melayan adek kecil ni. she's my beloved sis ok!!! walaupun sering dipertikaikan muka kami tak serupa adik beradik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...