Lama tak join SEGMEN PS,menarik pulak segmen kali ni.
SERIBU DOA
Ku kalungkan Doa ini kekasih
mendampingi mu
wangi kesturi lembut bidadari
meski pahit getir menyindir
dalam sebak gundah gulana
Ku panjat doa ini kekasih
Pada Allah Ya Rabb Ya Zal Jalali Wal Ikram
Adapun Allah itu Maha pengampun
Doa ini setia memohon
Petunjuk dan Hidayah merestui Tuan
Sejuk embun pagi
Fajar menyingsing disanubari
mendampingi mu
wangi kesturi lembut bidadari
meski pahit getir menyindir
dalam sebak gundah gulana
Ku panjat doa ini kekasih
Pada Allah Ya Rabb Ya Zal Jalali Wal Ikram
Adapun Allah itu Maha pengampun
Doa ini setia memohon
Petunjuk dan Hidayah merestui Tuan
Sejuk embun pagi
Fajar menyingsing disanubari
Seribu doa jugak untuk azam sy bulan ni,semoga rayuan sy memohon kembali jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dipercepatkan dan dipermudahkan urusannya. Sy pernah ceritakan di ENTRY INI. Menurut kementerian rayuan sy sedang diproses dalam masa 3 bulan adooiii...sabo je la dgn kerenah birokrasi . Sudah selama sebulan sy sabar menunggu berita dari kementerian,moga sy terus bersabar.
Lagi satu,hujung bulan ni juga sy kena ulang test memandu JPJ. Bulan lepas telah kandas dengan jayanya,siap dapat karangan dari pegawai JPJ. Moga keretaku dapat dipandu dengan lancarnya di jalan raya nanti.
Biru mata hitamku jengah blog PENULIS SENJA yang terbaru ni. Bagus ps buat segmen ni, sy sudah semakin lupa nak pasang azam. Bila sudah ingatkan banyak la pulak azam yang diinginkan,sy budak baru nak bina hidup sendiri.
4 kata mereka:
semoga berjaya dapat rayuan tu..
aminnn
diana...kerenah birokrasi la kn.
esempoi...insyaallah..amin...
3 bulan tuh...
haishhh...banyak sangat ker yg kena beratur..
apik pehe...rsenye kes sy je wat rayuan..berikan je la mereka msa utk menimbangnya semula...
Post a Comment