KAWAN keSAYANGan

Friday, June 17, 2011

ALHAMDULILLAH..TERJAWAB SUDAH SURAT CINTAKU






Alhamdulillah sekali lagi...
penantian sejak lebih tiga bulan telah berakhir...
terjawab sudah SURAT CINTA LAMA yang telah dibuat rayuan...
4hb Julai ni pergi g dating melapor diri kat putrajaya...
termakbul sudah doa abah supaya anaknya mendapat kerja ini...
terima kasih abah atas doa mu itu..


Lepas ni sudah tak pakai lagi baju uniform, kena kumpul baju kurung banyak2..
Lepas ni safety shoes yang berat kena simpan dalam kotak, kena gilap kasut formal yang beli semasa interview tahun lepas..harap tak rosak lagi la...










Umie suruh pilih tempat kat Putrajaya,senang boleh ikut abah katanya..sy kena duduk dengan makcik la jawabnya..urmmm....

Thursday, June 2, 2011

Darahku diambil lagi





Sudah dua hari sy tak mampu menatap skrin laptop untuk menjalankan aktiviti bersama internet dan skrin laptop, terima kasih kepada yang sudi menjengah belog sy ni serta yang meninggalkan komentar. Ya. seperti biasa sy diserang demam bulanan yang membantutkan aktiviti harian sy. Tapi demam kali ni agak luar biasa kerana badan sy hanya akan panas malam hari sahaja, iaitu selepas sy habis kerja. Semasa kerja alhamdulillah badan agak cergas semasa menjalankan tugas.

Bangun subuh pagi ini, badan sy masih terasa sengal-sengal dan hidung agak berhingus bocor. Lantas sy memikirkan ingin ketemu DOKTER CHENTA, lama rasanya tak mengadu pada beliau. Disebabkan sukar untuk ke klinik panel yang jauh di serikan lagi dengan jalan sesak di pagi hari. Ummie membawa sy ke klinik kerajaan,seringgit saja bayarannya kan.

Selesai mendaftar di Poliklinik Shah Alam, macam biasa pagawai kesihatan tanya sakit apa..sudah berapa hari demam. Terus sy disuruh mengambil ujian darah,kerana di syaki DEMAM DENGGI!. Baiklah dokter..dengan penuh keredhaan sy merelakan dokter kachak mengambil darah sy. Tak kesah pun..sy sudah biasa dicucuk jarum, baru sebotol kecil dia ambil. Sy pernah diambil darah sebanyak EMPAT botol, kononya nak buat pemeriksaan kesihatan. Melihat kepada keputusan umie cakap platlet darah sy normal, umie pun sudah boleh jadi doktor denggi kn. Begitu juga kata doktor, sy hanya demam biasa. Yang penting sy diberi MC hari ini!!


Sudah dua kali sy diambil darah untuk pemeriksaan kesihatan tapi keputusannya adalah normal.buat habis darah je! Kesannya rasa mengantuk yang tak dapat dikawal walaupun tak makan ubat batuk lagi. Lengan membengkak dan lenguh,degil tak nak tuam dengan ais. Akibat melayan mengantuk sampai petang, malam mata makin segar!




Kemungkinan sy akan disuntik typod buat kali keempatnya, urmmm...syarat bekerja dengan makanan.




sy tak heran pon tengok jarum la dokter..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...