KAWAN keSAYANGan

Wednesday, May 26, 2010

Kasut Oh Kasut

Walaupun tersangat sibuk bekerja, saya mengambil kesempatan untuk menjengah permulaan sale di jusco. Ramai yang sudah memperkatakannya,sehinggakan saya dengar semasa di dalam tandas. Fuhh! Cepat betul orang perempuan ni bercerita mengenai jualan hebat. Sememangnya saya sudah berniat hendak membeli  kasut  untuk temuduga pada 27 hb nanti..jadi inilah masanya yang sesuai.


Memang rambang mata melihat barang dengan harga yang lebih murah dari biasa. Tapi saya cuba menahan mata bagi memfokus untuk KASUT yang saya betul-betul perlukan. Sekali imbas saya sudah dapat menangkap kasut yang menjadi pilihan hati..dengan girangnya saya pun meminta saiz yang paling kecil. Tetapi ketika disarungkan pada kaki,kasut tersebut tercabut(hahhahaak). Menurut promoter itulah saiz yang paling kecil,mana-mana patern pun sama(adehh). Aduhhh..sedih hati saya mahu guling-guling di situ rasanya. Dengan berat hati saya mencari yang lain,kalau-kalau ada yang sesuai dengan kaki saya yang kecil ini.







Setelah banyak kasut yang dicuba,akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli kasut yang bergetah supaya tidak tercabut dari kaki saya. Disebabkan reka bentuk sedemikianlah kaki saya tidak terkeluar dari kasut seperti kasut sebelumnya. Kesian juga promoter tu melayan kerenah saya. Dapat juga saya memiliki kasut yang formal.






                     waaaaaa.....kasutku...(=

Bukan semua yang kita suka itu bersesuaian dengan kita……salam…halimatunbintunhesan

Abahku Di Sebalik Kecanggihan Teknologi

Abah saya En.hesan Bin Zainal Abidin seorang yang tegas mendidik kamu dan menggemari masakan perak,gulei tempoyak. Juga merupakan seorang pegawai di sektor kerajaan.

Dek kerana cemburu melihat adik saya, ebah serta isterinya sudah memiliki external hard disk. Suatu hari dia menghantar sms kepada yong saya berbunyi begini "yong,belikan abah pendrive besar seribu gig macam ebah dgn ummie ada". Pelik yong saya memikirkan pendrive yang begitu besar kapasitinya. Rupa-rupanya abah kami ni tak tahu nama saintifiknya. Demi abah, yong saya pun mencarikan pendrive besar yang dimaksudkan itu. Ketika itu Pc Fair sedang berlansung di KLCC,sebab itu la abah kami mintak.

Apabila melihat pendrive besar ni membuat saya tergelak besar mengenangkan arahan yang abah saya tu……









Friday, May 21, 2010

Ummie, Mak, Ibu,Mama, Mummy, Amma


Tidak terlambat lagi untuk saya berkata mengenai hari ibu kan,walaupun sudah berminggu hari hari ibu. Tapi saya nak berkongsi jugak cerita mengenai umie,mak,ibu,mama,amma,mummy dan lain-lain. Boleh kan??

Ummie saya atau Puan Salbiah Binti Md Jelani seorang wanita dan ummie yang berkerjaya. Seorang ummie kepada 8orang anak serta seorang guru kepada murid-murid istimewa cacat pendengaran. Memang ummie saya ni seorang yang sangat sibuk dengan tugasan harian (walaupun cikgu banyak cuti sekolah) tapi ummie saya ni tetap sibuk dengan kegiatan lain yang menjadi tanggungjawab dia. Mengalahkan Datin Seri kn?? Tapi saya tabik sangat dengan ummie saya neh sebab dia POWER PUFF WOMEN bagi saya.(=

Tidak lupa juga  mak kawan-kawan saya sesama sekolah dulu. Ini kerana sesama saya sekolah dulu,saya rajin sangat lepaking atau bertandang ke rumah mereka. Kami berkumpul di satu rumah kawan dalam 3 atau 4 orang bukan saja sebab ingin berbincang mengenai pelajaran di sekolah,tapi aktiviti girls yang mungkin anda semua tekejut jika saya nyatakan di sini.( Bialah ianya menjadi kisah silam saya..heheheheee)


Rumah yang paling kerap menjadi tempat kami berkumpul adalah di rumah Noor Maryam di cempaka 4 tingkat 3 rumah nombor 4. Ini kerana di rumah dia mudah untuk kami berkumpul,adik beradik dia pun tidak ramai,mak dia pulak sangatlah peramah (dah namanya suri rumah). Puan Asmawati ni bertubuh genit saja, kiranya kelihatan masih sihat walaupun sudah bercucu dua. Seronok hati saya apabila melihat setiap pagi Puan Asmawati menghantar si Maryam naik bas ke sekolah hari-hari,sehingalah si Maryam ni di tingkatan 6. Betapa dia ingin memastikan keselamatan anaknya ke sekolah walaupun sudah besar panjang. Dia juga pernah menjual kuih secara kecil-kecilan,saya selalu juga lah menanyakan cara memasak kuih seperti kuih gulung yang berwarna hijau (saya pun tak pasti nama sebenar kuih ni  =p). Jadi kami selalu di hidangkan dengan kuih-kuih melayu ni. (tapi tak pernah tolong membuatnya pun...heheheee)

Rumah kedua kami kerap kunjungi adalah di rumah Siti Aminah Binti Sedal. Lokasinya tidak jauh dari blok si maryam tadi, cuma kena mendaki anak tangga lebih sedikit, sebab rumahnya di tingkat 5. Si mina ni ramai jugak adik beradik,tapi tidak seramai adik beradik saya la. Disebabkan waktu kami berkumpul itu dalam pukul 3 hingga 6 petang,adik adiknya masih disekolah cuma mak dia sahaja yang ada. Puan Safiyyah juga seperti mak si maryam peramah dan juga suri rumah yang menjaga anak-anak jiran sekitarnya. Kalau bersembang dengan beliau banyak kisah yang kita boleh dapat,selalunya kisah kehidupan jiran tetangga, antaranya anak india sebelah rumah suka buang air di tangga,orang depan tu kerja sampai lupa jaga anak..macam-macam.  Hahahahaaa...kita mengambil ikhtibar sahaja la. Yang menjadi persamaan antara mak si maryam dengan si mina ni adalah mereka menghantar anak mereka ke sekolah menaiki bas setiap pagi. Cemburu juga saya..ummie saya pun jarang menghantar saya ke sekolah,cuma kalau saya sudah terlambat sangat ataupun hari hujan.

Rumah Syathirah Najibah kami memang jarang membuat aktiviti, sebab rumah kami bertiga agak jauh dari rumah beliau. Mak nya kami panggil Cik Ani je.beliau memang hot,tapi mesti orang tak percaya yang Cik Ani dah beranak 6 tau.Rajin juga melayani kami,macam kawan. Sekali pandang macam kawan-kawan saja.

Mungkin kita lihat cara ummie,mak,ibu kita membesarkan kita dengan cara yang berbeza dari mak kawan kita. Tapi itulah yang TERBAIK yang ummie,mak,ibu kita sudah lakukan untuk anak-anaknya.(;
salam..halimatunbintunhesan






Tuesday, May 18, 2010

INTRO OF ME

Saya baru memasuki dunia blg neh..tidak la pandai sangat mgunakan teknologi canggih ni (internet) tapi rasa seronok nk berkongsi pgalaman hidup saja 
Nama saya yg telah diberi oleh kedua ibu bapa "HALIMATUN SA'ADIAH BINTI HESAN" baru saja berumur 22 tahun..Membesar di selangor sbg org PERAK..ajenyeye.... Baru saja memasuki dunia pekerjaan,sedang mpelajari susah senang kehidupn..i'm luvin it Saya nk memantapkan bahasa mlyu sambil mgenang kembali zaman belajar di tingkatan 6 dulu..

Walau apa pun salam pengenalan dr sy halimatunbintunhesan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...