KAWAN keSAYANGan

Monday, August 22, 2011

Kuih Raya Pertama





simple dan sedap!


Terhasil juga kuih raya buatan sendiri yang pertama semalam. Tak sampai sejam memproses, hasilnya dua tuppaware stok kuih raya sudah tersedia. Bangga apabila melihat hasil sendiri. Sempat jugak tahun ni buat kuih raya, bagi resipi kat adik suruh buat. Minggu depan sambung kuih lain pula. Green Peas Cookies kegemaran abah. Tapi kacang peas tak beli lagi, masih sempat menyiapkan sekurang-kurangnya 3 jenis kuih sebelum lebaran. Memang suka buat kuih saat-saat terakhir, dikuatiri habis sebelum raya.


Sesiapa nak rase kuih ni jemput la beraya kat rumah sy ek....kunjungan anda amat dialu-alukan untuk menghabiskan kuih raya. Tapi duit raya tidak disertakan. SEKIAN.


Tuesday, August 16, 2011

i'm back!!!!


Hampir sebulan sy memasuki dunia pekerjaan baru yang penuh dengan urusan rasmi, prosedur-prosedur yang harus diingat, dan tersangatlah formal. Memang agak kejutan budaya pada mulanya, tapi secara perlahan-lahan sy belajar untuk menyesuaikan diri dengan dunia baru ni. 

Akibat dari dunia baru ni juga, sy telah mencipta rekod puasa berfacebook dan berblog. Bukan berpuasa semperna ramadhan saja. Kadar pengaktifan sy untuk kedua-dua aktiviti ni telah menjunam ke paras yang kronik tanpa disedari. Walaupun aktiviti ini boleh diakses di tempat kerja baru sy, tapi sy agak profesional  eerrr , tidak mengambil kesempatan mengakses internet untuk kepentingan sendiri di PC. Sy cuba untuk mendisiplin diri supaya tidak menyalahkangunakan harta kerajaan. Alah..lagipun intenet kat opis tu slow sangat,unifi kat rumah lagi laju..

Yang pasti teramatlah RINDU dengan dunia maya sy ni!!!!



wat da hot story????

rindu bergossip dengan GF2 ku


Friday, August 5, 2011

Berkat diPAKSA mengaji


Ramadhan di tempat baru yang mencabar,sy belajar merangkak dalam menguruskan hal kewangan sekolah. Memaksa otak untuk mengingati setiap format yang harus disempurakan, memang mencabar daya ingatan sy yang agak lemah ni. Tapi nasib baik bulan puasa ini diberi pulang awal setengah jam, akibatnya kerja sy agak tergendala setelah waktu bekerja dikurangkan. Hanya mampu menurut perintah.


Waktu rehat yang sepatutnya mengisi perut yang lapar pula diganti dengan aktiviti tadarus, satu aktiviti  yang mengejutkan. Buat pertama kali  diadakan dan diwajibkan kepada semua guru dan staf sokongan. Naqibnya terdiri dari ustazah dan  mereka yang arif membaca al-quran. Bermula jam 12 tengahari, sy menghentikan sebentar kerja duniawi dan mengadap ustazah bersama lima sahabat yang lain.


Terasa ringan lidah ini menyebut ayat-ayat suci walaupun tekak sedikit kering minta disiram. Hati dan fikiran sedikit tenang walaupun sebentar tadi keserabutan @ kerawat berhadapan dengan tugas. Kalam Allah ini memang cukup indah mengubat hati. Subahanallah!


Sungguh berterima kasih kepada abah selaku ustaz mengajar anaknya ini mengenal ayat-ayat al-quran dan membaca dengan betul. Abah sendiri mengambil kerja separuh masa dimalam hari mengajar anak-anaknya mengenal kalam Allah. Menjadi disiplin kami adik-beradik selepas solat magrib berjemaah, adalah masa untuk mengaji sehingga waktu isyak. Memang sampai kebas kaki duduk mengaji depan abah. Pernah juga abah tertidur semasa mendengar bacaan kami. Inilah masanya kami mempercepatkan bacaan menyudahkan sesi mengaji. Usaha abah memaksa kami mengaji sehingga ada ketika kami  dikejar dengan rotan satu rumah. Entah kenapa terasa berat sangat nak mengaji masa kecil dulu, agak kuat syaitan menghasut. Tapi kuat lagi doa abah untuk mendidik anak-anaknya ilmu Allah ini.


Hasil paksaan semasa kecil itulah sekarang anak-anak Encik Hesan tidak buta al-quran, kenal akan al-quran. Alhamdulillah... 






Gambaran pemilik belog semasa belajar mengaji ketika kecilnya, tapi hanya 50% adalah benar. (hasil bantuan encik google)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...