KAWAN keSAYANGan

Sunday, July 11, 2010

Pantai Time!!!



Memang ku nanti-nantikan crew picnic kali ni. Dapat juga melepaskan hasrat untuk bersantai di tepi pantai. Hohohohohooo...

Pada hari kejadian awal-awal pagi lagi da terpacak di McD sesudah subuh.Dengan membawa bekalan bihun goreng serta kudap-kudapan. Walaupun bas lambat datang, kami berposing sakan di store sendiri.





Perjalanan yang menggirangkan walaupun perut masing-masing sudah kelaparan.



Sampai saja di destinasi,masing-masing menyental muka dan tangan dengan sunblock. Takut hitam la kononnya.


Wajah-wajah ceria baru jumpa pantai........(=


Semua telematch yang diadakn kami yang bolot. Cuma satu dua saja kami bagi peluang kat orang lain untuk menang...jangan tamak k!



Saya juga tidak melepaskan peluang untuk memenangkan store.huhuhhu...semangat tu..



Kumpulan kami menang besar...yeyy!









Masing-masing kepenatan tapi hamper tidak dilupakan. Esok jangan lupa datang kerja.Pihak McD bagi peluang kepada kami untuk bersantai selama sehari, tak payah fikir pasal store,orang lain da jagakan. Kami memang bergumbira sakan. (=

Friday, July 2, 2010

Sambung belajar????

Baru-baru ni,ummie saya bertanya "kamu tak nk belajar lagi ke?? nak kerja mcd je??" huh..agak menyentapkan sanubari. Dengan perasan tegarnya saya menjawab, "tak nak! nant tak de duit, kena buat pinjaman"--->padahal hati dah kecewa nak belajar balik.

Tengok kat facebook rata-rata kawan-kawan semua nya sudah menghitung hari untuk menghabiskan pengajian.Ni yang mengingatkan aku masa belajar dulu,tercampak jauh nun di SARAWAK sana. Memang saya dulu ada menyimpan angan-angan nak naik belon dan melancong ke bumi borneo ( sabah atau sarawak). Sebabnya saya ni sukakan manik dengan mutiara,jadi memang menjadi angan la. Tak sangka pulak angan saya tu menjadi nyata dengan tajaan Kementerian Belia dan Sukan lagi tu.

Tanpa berfikir panjang saya menerima tawaran belajar pastri di Institut Kemahiran Belia Negara,Miri.Dengan persiapan kurang dari seminggu,saya dan teman baik,aminah berangkatlah ke bumi kenyalang dengan perasaan girang.Manakan tidak,kawan-kawan yang lain semuanya berwajah sugul semasa dalam perjalanan ke airport,cuma kami berdua sahaja yang bising dan ceria.Kami berdua memang rapat sehinggakan tidak mahu menegur kawan-kawan baru yang akan menjadi classmate kami nant. Memang dicop sombong pun kami pada mulanya. Maklumlah kami berdua sahaja yang syok sendiri kegirangan terbang ke sarawak.
Tiba di bumi asing membuatkan kami agak kekok,dengan bahasa yang tidak difahami. Saya hanya melemparkan senyuman kalau ada yang menegur kamek kitak (saya awak) sik (tidak) bah (jom).
Memang sukar untuk kami berkomunikasi,terkebil-kebil jugak lah.



Akhirnya selama setahun saya bergaul dengan mereka,dapat lah memahami bahasa mereka. Semasa hari raya,saya merasai kek lapis yang berbagai-bagai corak,megenali ambuyat,pulut yang dimasak di dalam periuk kera,makan daging rusa...cuma saya tak cuba makan ulat mulong la (ulat sagu)

Saya juga dapat mengenali budaya sabah,ramai juga kawan-kawan saya yang berasal dari sabah. sabah bah itu--->tagline mereka. Kalau kawan-kawan saya pulang ke rumah ada sahaja amplang ataupun kuih cincin untuk kami merasa.

Paling seronok apabila mengenali perbezaan kaum di sana. Saya pasti teruja untuk mengetahui status kaum mereka. Kalau di sarawak kebanyakanya dari suku kaum iban,melanau,kayan,kenyah. Sabah pula kadazan,kelabit,bisaya. Dan lebih menarik mereka dari keturunan brunei.Bahasa pertuturan mereka pun berbeza mengikut kaum.


Satu lagi pengalaman yang saya paling suka kt ikbn ni,program yang dianjurkan iaitu program citra.Da lah percuma disamping tu dapat juga peluang melihat bumi sarawak lagi.Antara tempat yang saya pergi Batu Niah,Explanade Miri,Pantai Bungai,Kpg Batam. Tapi sayang...banyak gambar kenangan saya hilang disebabkan pendrive corupt. Kat bawah ni saja yang tinggal dalam simpanan....

Ni la kami yang tak pernah jumpa pantai...tengahhari terik pun jalan tepi pantai lagi.



Antara prgram yang saya ikuti. Belajar solat atas tanah.syahdu sangat masa tu.Terasa betul kita berasal dari tanah.


Kalau makan pulak memang best,sebab menu dia masakan ayam saje ( lain dari dewan makan ). Tapi kena makan bersuap la,menurut cik kami cara ini akan mengeratkan lagi ukhuwah antara kami.



Mungkin tak perasan,muka kami masa ni kena sental dengan lumpur,konon-konon nak mengenang Bilal Bin Rabbah...adeh..ikutkan je la



Sempat juga saya ke Bintulu



                                   Rindu sangat nak berambeh (makan-makan) macam ni lagi.(;


IKBNMIRI 2007/2008 dalam kenangan...halimatunbintunhesan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...