KAWAN keSAYANGan

Saturday, March 24, 2012

Kepala Robotku



Tahu bagaimana robot ini menggerakkan kepalanya? Tak sehebat manusia ciptaan Allah menggerakkan kepalanya. Amatlah sedih sekali sudah dua hari sy pergerakkan kepala sy sudah seperti robot dek kerana urat leher sy sudah berselirat. ADOI!


Bermula dengan sakit kepala yang teramat sangat, diakhiri dengan kesukaran tidak boleh menggerakkan kepala ke kanan ke kiri dan menunduk seperti biasa. argghhh......


Petang semalam, segera sy menyerahkan rambut kepada yang pakar untuk dipotong pendek. ya..hampir dua tahun rambut ini tidak potong. Sempat juga akak chantek itu tanya. "tak sayang ke nak potong pendek neh?" dengan angkuhnya sy membalas "tak! kepala sy da sakit sangat ni"


Walaupun potongan rambut sy kurang memuaskan tapi sy berpuas hati, akak chantek tersebut telah memberi perkhidmatan urutan yang membantu mengurangkan kesakitan sy.


*tidur lasak sangat ke sampai boleh tersalah urat bahu?

Monday, March 19, 2012

BR1M sudah habes!



Alhamdulillah.. tangan yang sedang menaip ini telah menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah diberikan oleh kerajaan untuk golongan yang berpendapatan rendah seperti sy. ahaks. Memang ianya satu kemudahan yang meringankan beban ketika tengah-tengah bulan sebegini.

Bertempat di S K U3,Subang Perdana benar-benar menguji kesabaran untuk mengambil wang saguhati dari kerajaan ni.


Disebabkan hari sabtu bank tutup, terpaksalah beratur panjang untuk menunaikan baucar ini. Betul-betul menguji ketahanan mental, terpaksa beratur dalam dewan yang panas.




ting!! bertukarlah kertas baucar kepada wang tunai!!




Malam kejadian,berjoli sakan disini.





Keesokkan harinya, Abah dan Umie terlibat dengan majlis besar. 







gambar yang agak comot. tapi inilah keluarga saya.







tahniah kepada mereka. abah ni buat-buat sibuk pula ek. 





Ni baru betul pose dengan abah. Pelik akak jual bunga tu cakap sy lagi mature dari yong, apakah akak tu buta??







Kami bersantap mandy di sini. Tak snap gambar disebabkan terlalu lapar dan tak sabar nk baham kambing mandy.

Tuesday, March 13, 2012

hana humaira


Comel kan ni? Nurhannah Humaira nama die, sudah sebulan baru sy berkesempatan mendokong beliau. Sabtu lepas, die tidur semasa sy datang menjenguk. Tak sangka selepas sy menyerahkan hadiah baju comel ni kat mama die, terus die terjaga. Menggeliat sakat hana bila mamanya sarungkan baju comel. 


Comelkan sy  auntie???  
Hanna memang comel la. Nanti sudah besar boleh kite cari baju comel2 lg ek.


Cepat besar tau hannah! muaaahhhh!



Ni la mama Hanna aka my BFF. Mama Maryam.

Thursday, March 8, 2012

All praises to Allah!



Segala kesakitan yang diuji oleh Allah mampu sy hadapi dengan senyuman [mungkin la kot]. Mengajar sy untuk mengingati sihat sebelum sakit. Juga tidak lupa untuk bertawakkal kepadaNya setelah segala usaha yang telah diusahakan yang termampu. KepadaNya juga tempat memohon agar diberikan kekuatan bagi menanggung dosa lama yang dibalas dalam bentuk kesakitan yang baru sy alami sekarang. Astagfirullahalazim..begitu banyak dosa sy!

 Sekian lama juga meninggalkan dunia blog ditambah pula permasalahan yang didatangi bagi menguji tahap kereaktifan sy menghadapi  permasalahan.


bila sudah sihat ubat ditinggalkan..Doktor,sy sudah sihat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...