KAWAN keSAYANGan

Sunday, January 15, 2012

Hassle & Gretel


Hari sekali lagi sy dan kakak menghabiskan wang sewajarnya bersama di One Utama. Memang seronok berjalan cuci mata sambil menolak troli barang. Sudah lama kami tak menjelajah OU, banyak kedai yang sudah berubah tempat dan kedai yang belum pernah kami jelajahi. Sehinggakan tempat ATM di Old Wing pun sudah dipindahkan. Macam baru pertama kali berkunjung je, kalau dulu pejam mata pun boleh tawaf OU tu.


Dipertengahan kunjungan kami terjumpa kedai yang sarat dengan candy. Penuh warna-warni!



Lolipop tu palsu ke betul ek..Tinggi sangat tak boleh nak rasa.





yess!! sy boleh pegang kapal terbang ni!












boleh petik nak lolipop biru ke merah












Alhamdulillah..kami boleh keluar kedai ini dengan selamat, tak seperti dalam cerita dogeng mat salleh HASSLE & GRETEL tu. Sebab kami tak makan atau beli candy di kedai tersebut, cuci mata je!















Saturday, January 14, 2012

Indahnye bersama Mereka



Alhamdulillah..berkesempatan juga kami berkumpul setelah masing-masing membawa haluan sendiri setelah berpaling dari McD.  Malam semalam kami membuat perjumpaan di warong diana, walaupun kuew tiaw kungfu sudah berubah rasa. Dengan dua kali round order kami bersama-sama mengimbau kembali kronologi kenangan semasa bekerja disamping berkongsi kisah terbaru masing-masing. Juga merancang percutian kami seterusnya.




tak lama lagi kak mas sudah kawin, boleh ke lagi bercuti bersama kami..huhuhuuu



** lepaskan gian gelak besar.

Saturday, January 7, 2012

mahu berCHA CHA di TAHUN BARU



sangat teruja dan sudah jatuh hati dengan benda mahal ni. perasaan tu menjadi lebih kuat lagi apabila yang sedang digunakan pakai sekarang sedah mula menunjukkan tanda-tanda untuk diservis. Tapi alang-alang melabur untuk sevis, ada baiknya bertukar kepada yang BARU!


Tapi mengenangkan harganya yang mungkin boleh membuatkan sy berpuasa untuk membeli barangan lain selama 3 kali gaji, ini melemahkan semangat sy untuk bertukar ke talifon bimbit yang baru semperna tahun baru ni.




* tapi KAU tetap dalam angan ku.

Wednesday, January 4, 2012

BIRU [ Wordless Wednesday]



Sy jarang atau tak pernah memiliki baju yang berwarna BIRU. Tapi sekarang ni dah nekad mahu menukar koleksi baju kurung dari PINK ke BIRU atau hijau, sebab da banyak sangat baju sy yang berwarna PINK. Sudah BOSAN! 


Tapi tak sangka ramai pulak yang menengur sy dalam lautan BIRU ni. Nampak sy lebih BERISI! Wah! terasa badan sy sudah memBESAR pula. Padahal ilusi semata-mata.





sambil menembamkan pipi untuk kelihatan berisi la sangat!

Monday, January 2, 2012

MaSUCKS!?




Maap..agak kurang sopan tajuk entry di tahun baru ni. Tapi itulah hakikatnya apabila sy ditugaskan untuk ke dapur, ketika mana kakak sy tiada untuk memasak seperti selalu.

Sebagai anak dan kakak yang agak tua dipertanggungjawabkan untuk menyediakan juadah sekeluarga. Dengan berat hati, sy melangkah ke dapur menyediakan apa yang sedang membuatkan lidah sy terliur. Yea..memang lapar! Jadikan terpaksalah memasak.



Alahamdulillah..berhasil juga IKAN BAWAL MASAM MASAM MANIS!






+






=





Licin habis lauk ni dibaham oleh mereka. Tengah lapar semua sedap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...