KAWAN keSAYANGan

Sunday, December 25, 2011

Wedding Of The Year


Membariskan mereka-mereka yang sudah melangkah ke alam perkahwinan.




Dimulai dengan IZYAN, yang juga merupakan anak kepada kawan abah yang sebaya dengan sy. Tidak berkesempatan bergambar bersama suaminya, lagipun majlis bertunang dan akad nikah mereka pada hari yang sama. Cepat dan senang kn?




Cik eh.. Puan Khairiah, bekas pengajar sy semasa di IKBN Miri. Dapat jugak beliau berpindah ke semenanjung semula sebelum berkahwin. Kalau dulu msg dengan encik suami tak lepas, maklumlah baru berjauhan.




Merupakan lokasi kenduri yang agak jauh iaitu di Bagan Dato', Perak berbondong-bondong la kami konvoi beramai-ramai ke majlis kak Su, ex manager di Mcd Kota damansara juga geng kamcing. 



Majlis Abg Yob, rakan selate nite di Mcd. Bekerja keras beliau menyimpan duit untuk kawin ni. Kami terpaksa menunggu lama bagi memberi ruang kepada pasangan untuk bersantap, memang habis hidangan disantap pengantin. Membazir katanya, yela dah bekerja keras mengumpul duit untuk majlis kan.



Juga rakan sekerja di Mcd dulu, Kak Anum ni agak kasar sikit orangnya tapi seri pengantin memang memeranjatkan!



My BFF sejak darjah 6, memang layak pun Maryam ni berumah tangga dulu antara kami.



Majlis yang terakhir sy bertandang, ezatie kawan sekolah dulu. Faezah Jamaluddin selaku pengapit akan menyusul la selepas ni.


** gembira melihat mereka telah menempuh ke alam baru. sy juga akan mengikut jejak mereka tak lama lagi. insyaallah!

Cinta Itu Membunuhku



Biarkan  cinta yang tak halal itu pergi. Usah ditangiskan lagi. Tak guna diratapkan perhubungan cinta yang berselimut nafsu.


Bila cintamu hanya bersandar padaNya,orang yang belum halal bagimu tak akan membuatmu bersedih berpanjangan apatah lagi sehingga membuat kamu berputus asa. 


Sudah ternyata dia bukan jodohmu,jangan sia-siakan air matamu demi cinta yang belum halal. Ikhlaskan hati untuk melepaskan dia pergi, percayalah akan hadir yang lebih baik dari dia.






Ingatlah cinta kepada makhluk hanya sebuah aplikasi cinta kepadaNya,kepada Allah tentunya.Jangan sampai kita tergolong orang-orang yang "Mabuk Cinta" terhadap dunia dan isinya.

Ketika cinta yang di wakili oleh syaitan maka nafsulah yang akan berbicara. Syaitan lah yang akan membuat kita terjebak dengan maksiat atas nama cinta..Nauzubillah..

Syaitanlah yang membuat kemaksiatan indah di mata kita,dan kita merelakan dibutakan syaitan dengan cinta yang tidak halal. Cinta seperti inilah yang membuatmu menangis berpanjangan.

Buanglah syaitan cinta itu dalam hatimu ketika cinta yang belum halal bagimu meninggalkanmu. Gantikanlah cintamu itu dengan cinta kepadaNya,cinta pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Maka engkau akan di mudahkan untuk mendapakan kekasih sejati. allah maha mengetahui.

Apabila kita mencintai sesuatu tentu kita akan selalu mengingatinya dan menyebut namanya. Perkara yang sama kita akan lakukan ketika cinta yang tak kekal itu meninggalkanmu. Gantikan dengan menyebut dan mengingat pada Sang Maha Pecinta Yang Kekal.


Memang sukar untuk melupakan kekasih yang telah kita letakkan harapan yang besar,tetapi dengan mengingatinya hanya akan menjauhkan kita pada mengingatNya. Hanya dengan dekat dengaNya,dengan Sang Pecinta Sejati,cinta palsu yang dipengaruhi syetan itu akan hilang. 


Yakinlah,Allah akan terus dekat denganmu dan tak akan membiarkanmu hidup tanpaNya.

Janganlah kau kejar cinta duniamu,tapi kejarlah cinta akhiratmu. Cinta dunia akan mengikutimu saat engkau mengejar akhirat.





Friday, December 23, 2011

Pancake Breakfast KFC


Suatu pagi ketika perut kelaparan. Maka ditakdirkan untuk bersantapkan hidangan ini


|
|
|
|
|
|
|






kelihatan sangat menggoda selera.....




Jom bersantap!



errrrrr.......





kelihatan kecil???


** nasibbaik sedap!




Monday, December 19, 2011

Doyan Ouh Doyan!





Rezeki di waktu tengahari, Puan Penolong Kanan menjamu kami dengan 'Raja Buah'. Menjamu selera di luar pejabat untuk mengelakkan kerja kami 'dihidu'. Tapi dua ulas sahaja sudah mencukupi bagi sy, berpeluh badan dibuatnya. {tak sempat nk minum air dalam pangsa.} Memang nikmat! Masuk opis terus pasang aircon sambil berdiri depan kipas.




* sental tempoyak tak panas badan pun.

Wednesday, December 14, 2011

Wordless wednesday #2



"Ya allah ya tuhanku..berilah hambamu ini kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan hidup ini."








* pagi-pagi suda ke trauma & kecemasan PPUM dan dibekalkan stok ubat yang berkoyan-koyan.

Sunday, December 11, 2011

Apabila Chenta itu Hadir






"Apabila cinta itu hadir, jangan salahkan cinta... tetapi salahkan diri sendiri yang tak pandai letakkan cinta pada tempat yang betul. Memang benar cinta itu ujian hati dan perasaan tetapi sudah namanya kita ini hamba Tuhan, memang wajarlah Allah berikan ujian supaya kita sedar bahawa kita hanyalah HAMBA yang perlu bergantung kepada Tuhan."







"Apabila cinta itu hadir, jalan disalahkan cinta tetapi tiliklah dulu bagaimana hubungan kita dengan Pemberi cinta. Kalau cinta manusia menghuni kanvas hati, memanglah payah nak menikmati cinta Ilahi. Kerana itu adanya perkahwinan, untuk menjadi tapak semaian kasih sayang yang haram kepada halal. Sebagaimana berdosa memegang tangan sebelum berkahwin, samalah juga mendapat pahala apabila menggenggam tangan pasangan."






"Apabila cinta itu hadir, jangan disalah-salahkan kepada cinta tetapi musahabah kembali... Adakah cinta yang dirasakan itu hanya dengan nafsu atau terpandu dengan kompas dari Tuhan? Cinta itu indah dan hanya yang bercinta akan merasakan keindahannya tetapi cinta yang berteraskan nafsu dan maksiat akan merasa hangatnya cinta seperti bara api neraka. Semakin lama semakin panas dan membakar diri sehingga hangus. Cinta yang disandarkan kepada Rabbul Izzati insha Allah akan sentiasa terasa manisnya walaupun sekadar suam-suam kuku.


**renungan dari HARUMAN MAWAR

Saturday, December 10, 2011

Ke pangkor #1




6hb- 9hb Disember 2011
Kursus Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah
Coral Bay Resort, PANGKOR. 



Jetty Marina.






Tiba di Jeti Pangkor dengan hati yang girang.




saat-saat yang memengantokkan.Tapi encik baju hitam itu agak kachak!


suplemen utk menghilangkan mengantok



Ketika pusing-pusing Pulau melalui jalan darat.



\











Di kilang menghasilan makanan laut.


 








mariam peninggalan di tapak peninggalan Belanda.



Kota belanda yang kini didiami orang melayu.


 mereka yang bersama sy selama empat hari 



Masa untuk meninggalkan Pulau.




Selamat tinggal Pangkor.



**pengalaman yang agak ringkas dan mungkin akan bersambung.

Monday, December 5, 2011

Nour baru saye [2]

Kali ini entry berkenaan dengan kucing lagi, ini kerana rumah sy sering diserang olek kucing jantan ketika waktu mengawan berebutkan 3 ekor kucing betina yang rajin mengirai bulunya. 

Bermula dengan anak-anak MAK miow yang telah sy ceritakan di ENTRY INI
Disusuli pula SI PUTEH yang telah beranak pada awal tahun hijrah lepas, memang chantek tarikh lahir baby miow tu. Tapi berlokasikan di bawah katil bilik sy. Pagi-pagi kalau sy lambat bangun akan kedengaran bunnyi anak miow memanggil maknya. Bingit tau..



Inilah mereka yang comel!




Tinggal kenangan anak PUTEH sebelum ni, dimana ketiga-tiganya telah menghembuskan nafas terakhir secara bergilir-gilir. Hanya sempat bermanja dengan yang dua ekor ni saja, SNOWHITE dan NOUR. Dimana SNOWHITE kelihatan lemah setelah seharian bermain di luar rumah, dan didapati keras tubuh badan keesokan paginya setelah berkali-kali dibangunkan oleh NOUR. Lebih menyayat hati apabila pada malam berkenaan mereka berdua ekor tidur dalam satu kotak yang sama dengan penuh kecomelan. Diikuti NOUR yang aktif pada mulanya, tiba-tiba menjadi lemah dan menolak apa jua jenis makanan. Selalunya dodol pun beliau berebut dengan sy sehinggakan jari sy pun digigit. Ditambah pula dengan kecederaan di bahagian ekor berkemungkinan digilis roda penyidai kain, NOUR akhirnya mengikut jejak SNOWHITE.


Kehilangan mereka diganti dengan dengan yang baru!




Sepatutnya mereka berempat tetapi salah seekor telah dibaham oleh kucing jantan aka bapak sendiri. Tak sampai hati nak snap gambar yang mati tu, mengerikan sungguh. Dengan keadaan mulut ternganga seperti sedang memanggil maknya dan bahagian belakang badan  telah dirobek. Sungguh busuk bilik sy ketika itu! 




Yang mati tu corak badannya sama dengan yang ini.




 First time dapat anak kucing warna macam ini.




 Snowhite versi2.




Disamping si PUTEH, maknya. Ketika penggambaraan ni, mereka berusia seminggu. Mata pun belum buka lagi, berjalan pun menggelatar. Badan tak stabil lagi. Tapi sekarang telah dipindahkan ke dalam kotak, setiap kali sy jenguk mereka mesti akan tersenyum dengan hati yang senang.


* akan ke pangkor esok, kepenatan kemas beg tapi tak penat update blog pasal miow.


Friday, December 2, 2011

PANGKOR yang dinanti





Jumaat lepas sy menerima panggilan untuk berkursus pada 6hb hingga 9hb, tetapi yang menjadi tanda tanya ialah dimanakah lokasi sebenar kursus yang bakal sy hadiri. Hampir seminggu baru sy menerima hitam putih makluman kursus yang bakal sy hadiri, maka terjawab sudah lokasi kursus sy nanti.

Seperti mahu melompat lebih tinggi, angan-angan sy untuk ke pantai menjadi kenyataan sekali lagi. Tetapi kali ini lebih menguntungkan kerana segala kos telah ditanggung sepenuhnya melainkan kos membeli-belah. Tak kisahlah jadual telah diatur rapi untuk menimba ilmu kewangan selama empat hari. Janji sy dapat menjejakkan kaki ke tanah Pulau Pangkor yang sy idamkan.


Mula mencuci mata melihat pemandangan pulau secara visual.



ingin bermain ombak rindu di musim tengkujuh..



tak sabar menikmati keindahan pantai yang ayornya berwarna turquoise..







* harus menyiapkan pembayaran yang sudah menimbun sebelum ke pangkor.pecah kepala!
** Allah itu Maha Adil apabila hambanya angan sesuatu walaupun kadang kala ianya kelihatan tidak masuk akal. subahanallah!

Thursday, December 1, 2011

REZEKI SAYA


TADAAAA.....

Serba sedikit koleksi shawl yang sedang bergayutan dalam almari bilik anak dara en.Hesan.



Entry ni dibuat bukanlah berniat untuk menunjukkan koleksi yang tak seberapa ni kepada tontonan umum. Tapi nak berkongsi kisah disebalik kewujudan gebor2 di atas. Secara praktikalnya, sy memang tidak berminat dengan pemakaian gebor  shawl. Sebagai seorang yang agak comot dan kurang penelitian dalam penampilan,tidaklah memilih untuk membelit kepala dengan kain seperti ini. Lebih selesa memilih tudung jenis sarung saja untuk melengkapkan penutupan aurat. Tidak diduga wujud juga gebor shawl dalam almari sy, kesemuanya hasil dari buah tangan mereka-mereka yang ikhlas menghulurkan. Maka bermula dari itulah sy mula terjebak dalam arena pemakaian gebor shawl, mempelajri teknik-teknik melilit membungkus kepala menggunakan gebor shawl tersebut. Selagi ianya menutup aurat.

Seronok melihat sahabat-sahabat yang mula berhijrah menutup aurat selepas jatuh chenta hati dengan gebor shawl.




siti aminah, seronok sangat bila tengok beliau bertudung.



sahabat ketika sekolah juga blogger FAEZAH JAMALUDIN




bakal mummy yang superb...cik yam eh puan yam



juga model yang superb, shazelyn. baru je kenal dengan rapat beliau ni.



* chantek sangat mereka ni, sampai malu nak berkongsi rahsia lilitan gebor shawl. tapi sejuk je tengok mereka menutup aurat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...