"Apabila cinta itu hadir, jalan disalahkan cinta tetapi tiliklah dulu bagaimana hubungan kita dengan Pemberi cinta. Kalau cinta manusia menghuni kanvas hati, memanglah payah nak menikmati cinta Ilahi. Kerana itu adanya perkahwinan, untuk menjadi tapak semaian kasih sayang yang haram kepada halal. Sebagaimana berdosa memegang tangan sebelum berkahwin, samalah juga mendapat pahala apabila menggenggam tangan pasangan."
"Apabila cinta itu hadir, jangan disalah-salahkan kepada cinta tetapi musahabah kembali... Adakah cinta yang dirasakan itu hanya dengan nafsu atau terpandu dengan kompas dari Tuhan? Cinta itu indah dan hanya yang bercinta akan merasakan keindahannya tetapi cinta yang berteraskan nafsu dan maksiat akan merasa hangatnya cinta seperti bara api neraka. Semakin lama semakin panas dan membakar diri sehingga hangus. Cinta yang disandarkan kepada Rabbul Izzati insha Allah akan sentiasa terasa manisnya walaupun sekadar suam-suam kuku.
**renungan dari HARUMAN MAWAR
3 kata mereka:
apabila cinta hadir
sy tersenyum n sambut err
indahnya kata2 ni...
Nice one... I like.
Post a Comment