KAWAN keSAYANGan

Monday, June 11, 2012

Senarai Lagu Ketika Frust Menonggeng



Entri ini tiada kena-mengena dengan perasaan tuan belog ketika ini. Cuma mahu berkongsi barisan lagu-lagu yang menyayat hati dan bisa meruntun jiwa bagi sy, atau mungkin tidak pada kalian.


  •  Ku Relakan Kau Pergi DariKu...Okays
  • Kerana Terluka ..Nurul
  • Titian Hasrat..Samudera
  • Jangan Menangis Sayang..Safura & One
  • Hati yang Telah kau sakiti..Rossa

Sila ajukan pertanyaan kepada "tube anda" untuk memperdengarkan lagu-lagu diatas.



Sudah cukup memdengar lagu yang sadis. Mari kita berkongsi pula lagu yang bisa memujuk kembali setelah terluka hati yang telah disakiti setelah titian hasrat hancur sehingga merelakan kekasih pergi.

  • Baik-Baik Sayang..Wali Band
  • Sejiwa..Spring

Hanya DUA lagu yang mampu memujuk hati yang disayat oleh LIMA lagu yang sadis. Betapa hebatnya kuasa lirik lagu yang boleh mengubah emosi sy, sehinggakan sy pernah melontarkan suara dengan 5 lagu yang pada asalnya sukar dicapai vokal sy dengan penuh emosi. Maklumlah orang tengah frust, tercengang girlfriend2 sy menyaksikan persembahan khas sy ketika itu.



Sekadar gambar hiasan- kenangan selepas Himpunan Hijau 1 Jun 2012, Stadium Darul Aman,Kedah










Tuesday, June 5, 2012

Mari Bersukan!




Tarikh kejadian : 25 mai 2012
Tempat kejadian : Denai Alam Recreation Club, Shah Alam

      
Memang sudah berlapuk gambar ini. tapi untuk tatapan sepanjang zaman sy ingin berkongsi pengalaman melakukan aktiviti outdoor di malam hari. Dikesempatan itu, sy sempat melakukan 2 aktiviti yang tidak pernah dibuat sepanjang 24 tahun.

Aktiviti Pertama : Menunggang Kuda 
Kos : RM5.oo (untuk 3 pusingan kuda)




Muke gatal pakai helmet..hihihiii..tinggi ooo kuda ni,rendah sy dibuatnya.




 yihaaaaa...kuda ni kachak dan sangat panas badanya. Setelah 3 pusingan agak pening sedikit.





Aktiviti Kedua : Belajar memanah mengikut kata orang puteh archery
Kos : Ditanggung Nisa' 




Untuk pusingan pertama, yong mendahului sy, yela cikgu tu ajar betul2. Tak pe tak kesa pon.



yeah!! Sy pun dapat mata jugak walaupun bukan bull eyes, 5 markah tu! Warna yang disasarkan tu pun sama dengan warna baju n tudung sy. ahaks... Tapi setelah 12 anak panah dilepaskan. Akibat sakit telinga mendengar pengumuman cikgu yang markah sy masih KOSONG di pusingan ke 2. Sy hanya menjawab stail najwa latip...KOSONG.....KOSONG......


Aktiviti berakhir sebelum jam 12.00 tengah malam, memang berpuas hati walaupun masing-masing mendapat "cenderahati" di lengan akibat kesalahan memegang busur. Terima Kasih kepada Nisa' PJS!



 Sangat seronok berada di Kelab ni, sangat sesuai untuk golongan ada2 seperti sy. Di bawah ini sedikit info tetang DARC.




*bermanja dengan blog yang sekian lama ditinggalkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...