KAWAN keSAYANGan

Friday, December 31, 2010

khairul FAHMI che mat..namanya membuatku tersentapp

perghhhh.....meletop gile nama beliau hari ini. Pagi2 aku balik kerja buka tv,hot fm da sebut2 nama beliau. Bukak je fb semua kawan-kawan puji aksi2 beliau semasa perlawanan bola sepak malam tadi.


















Sape beliau tu??? ooo keeper malaysia yang menghalang bola dari masuk ke gawang. Bukan setakat aksi dipuji, rupa pun orang cakap boleh tahan.Iya..ye ke?..usha sket muka beliau. urmmmm..boleh tahan la..


Fuihh..tak sangka bukan nama beliau saja dijaja malah girlfriendnya pun turut mendapat perhatian. Sempat juga,saya jengok blog girlfriend fahmi ni.waw...wats a sweet couple!!!











Kalau sebelum ni,memang susah nak dengar orang puji pemain bola sepak negara. Kononnya pemain kita kurang kick dan  lebih minat liga inggeris MU,Liverpool, chelsea dan seangkatan dengannya. Tapi selepas kemenangan malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2010,seperti membuka mata masyarakat malaysia (temasuk saya yang tak layan bola) untuk sama berkongsi kemenangan yang bersejarah ini. Memang satu mekanisma baru bagi arena sukan negara kita apabila jaguh2 sukan kita Khairul Fahmi dan Safee Sali melakarkan sejarah kemenangan ini.Tahniah! 1 malaysia dapat cuti umum esok.




entri ni sepatutnya dipublish semalam tapi disebabkan masalah teknikal ianya tertunda

Friday, December 17, 2010

Alhamdulillah...aku kembali tenang...


fuhhh...lega rasa hati ini bila apa yang aku nanti-nantikan terjawab sudah. Ya!  jawapan yang aku nantikan tu agak negatif tapi aku berpuas hati dan redha dengan ketentuaNya. Selama lima bulan aku tunggu jawapan yang pasti dari beliau, aku redha sebab ni lah jawapan dari solat istiharah yang aku kerjakan selama ini. Memang saket oooo masa tu, air mata perempuan ku mencurah-curah sehingga terkena handfon. Tapi selepas aku berwudhuk dan mengadap ilahi. tinggss... macam magik....aku merelakan apa yang berlaku dan mampu menangkis air mata perempuanku untuk keluar lagi. yeay!! saya dah kuat balik dan mampu tersenyum!



Rasanya tidak perlu untuk aku catatkan kat sini kronologi kisah percintaan kami yang selama empat tahun. Apa yang aku mampu simpulkan kat sini. Ia memang pengalaman yang amat indah dan manis semanis madu. Beliau yang pernah bergandingan denganku merupakan seorang jejaka yang dikategorikan baik pernah aku jumpa dan kenal.Tapi seribu kali sayang, jodoh kami hanya setakat ini dan sampai sini sajalah kisah kami yang telah Allah tetapkan. Dan tidak akan pernah salahkan beliau dengan apa yang terjadi apatah lagi memusuhi beliau mahupun pasangan barunya,sebab apa aku mengeluarkan kenyataan begitu??? Ini kerana beliau telah pernah berbuat baik terhadap diri ini dan pernah membahagiakan diri ini. TERIMA KASIH sebab beliau kerna pernah mengajar aku erti CINTA sesama manusia. 



Memang tenang aku rasakan ketika menaip entry ni. Aku percaya kekuatan ini adalah hasil dari doa aku dari yang Esa ketika hatiku sakit dahulu. Disebabkan aku sudah biasa berjaga malam,kesempatan itu ku isi dengan membuat solat sunat sebelum tidur.Di hamparan sejadah aku berdoa semoga segala persoalan tentang aku dan beliau terjawab disamping aku diberi kekuatan untuk menerima apa saja yang berlaku dengan tenang. Sebab aku percaya apa yang bakal terjawab nanti sudah ditetapkan Allah dan Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk aku. Alhamdulliah semuanya sudah terjawab dan aku kembali tenang.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...