KAWAN keSAYANGan

Friday, December 17, 2010

Alhamdulillah...aku kembali tenang...


fuhhh...lega rasa hati ini bila apa yang aku nanti-nantikan terjawab sudah. Ya!  jawapan yang aku nantikan tu agak negatif tapi aku berpuas hati dan redha dengan ketentuaNya. Selama lima bulan aku tunggu jawapan yang pasti dari beliau, aku redha sebab ni lah jawapan dari solat istiharah yang aku kerjakan selama ini. Memang saket oooo masa tu, air mata perempuan ku mencurah-curah sehingga terkena handfon. Tapi selepas aku berwudhuk dan mengadap ilahi. tinggss... macam magik....aku merelakan apa yang berlaku dan mampu menangkis air mata perempuanku untuk keluar lagi. yeay!! saya dah kuat balik dan mampu tersenyum!



Rasanya tidak perlu untuk aku catatkan kat sini kronologi kisah percintaan kami yang selama empat tahun. Apa yang aku mampu simpulkan kat sini. Ia memang pengalaman yang amat indah dan manis semanis madu. Beliau yang pernah bergandingan denganku merupakan seorang jejaka yang dikategorikan baik pernah aku jumpa dan kenal.Tapi seribu kali sayang, jodoh kami hanya setakat ini dan sampai sini sajalah kisah kami yang telah Allah tetapkan. Dan tidak akan pernah salahkan beliau dengan apa yang terjadi apatah lagi memusuhi beliau mahupun pasangan barunya,sebab apa aku mengeluarkan kenyataan begitu??? Ini kerana beliau telah pernah berbuat baik terhadap diri ini dan pernah membahagiakan diri ini. TERIMA KASIH sebab beliau kerna pernah mengajar aku erti CINTA sesama manusia. 



Memang tenang aku rasakan ketika menaip entry ni. Aku percaya kekuatan ini adalah hasil dari doa aku dari yang Esa ketika hatiku sakit dahulu. Disebabkan aku sudah biasa berjaga malam,kesempatan itu ku isi dengan membuat solat sunat sebelum tidur.Di hamparan sejadah aku berdoa semoga segala persoalan tentang aku dan beliau terjawab disamping aku diberi kekuatan untuk menerima apa saja yang berlaku dengan tenang. Sebab aku percaya apa yang bakal terjawab nanti sudah ditetapkan Allah dan Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk aku. Alhamdulliah semuanya sudah terjawab dan aku kembali tenang.





0 kata mereka:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...