KAWAN keSAYANGan

Saturday, April 30, 2011

bahaya ubat gigi



Jangan disangka ubat gigi yang kita gunakan seharian boleh membantu memutihkan gigi sahaja, mungkin ramai yang tidak mengetahui melalui pengambilan ubat gigi yang berlebihan boleh menyakibatkan perubahan warna pada gigi. Ini tidak bermakna dengan menambahkan kuantiti ubat gigi,kita akan mendapat hasil yang lebih memuaskan dari sebelumnya. Kesannya anda mungkin akan terdedah kepada masalah dental yang dinamakan "FLUOROSIS"

Fluorosis sebenarnya terjadi akibat tindak balas fluorida yang berlebihan sewaktu tumbesaran gigi (sewaktu usia pertumbuhan gigi kekal iaitu bermula dr 6 tahun). Pendedahan ini tidak melibatkan kanak-kanak yang tidak melebihi 8 tahun. Fluoride yang menyebabkan gigi fluorosis ini, merosakkan enamel-forming cells yang dipanggil ameloblasts, kerosakan pada cell tersebut menyebabkan mineralisation disorder of teeth.

Tahap fluorosis bergantung kepada jumlah fluorida, umur kanak-kanak semasa pendedahan, faktor pemakanan dan lain-lain.Cuma gigi yang belum tumbuh sahaja boleh mengalami fluorosis bila ada pendedahan berlebihan. Setelah gigi tumbuh, fluorida berlebihan tidak akan mengakibatkan fluorosis.



Sekiranya tidak teruk permukaan gigi akan kelihatan bergaris atau bertompok putih. gambar en.google



Jika teruk stain berwarna perang atau hitam boleh kelihatan dan gigi juga mudah retak dan berlubang. gambar en.google,bukan sy gigi ok??



 Hati-hati apabila memberus gigi anak-anak kecil gunakan ubat gigi tanpa fluorida atau kurangkan pengambilan ubat gigi,saiz kacang. 
Jika sumber fluorida berlebihan adalah dalam sumber air minuman, mungkin pihak berkuasa perlu mengambil langkah perlu.


Rawatan kosmetik bagi keadaan fluorosis yang tidak teruk, pesakit boleh menjalani rawatan pemutihan gigi atau mikroabrasi di mana sedikit lapisan luar gigi dihauskan. Bagi keadaan yang lebih teruk, gigi pesakit terlibat boleh ditampal dengan tampalan komposit atau direstorasi dengan veneer porselin.


***********************************************************


Agak menyesal telan ubat gigi KODOMO LION semasa kecik2 dulu, kesannya 4 batang gigi hadapan sy berwarna keperangan dan berbintik2 putih. Malah gigi tersebut rapuh dan sudah 3 kali tukar tampalan,kali ke 4 bakal menyusul. 3 tahun yang lalu, sy telah membuat rawatan pemutihan 'bleaching' di hospital kerajaan tapi hasilnya semakin ditelan dek zaman. Mungkin rawatan kali sy harus menggunakan tampalan komposit bagi hasil yang memuaskan dan untuk jangka masa panjang. 


Tak sabar nak jumpa en. dentist lagi,malu jugak tunjuk gigi buruk. Lagi2 kalau doktor lelaki yang kachak,memang berat nak buka mulut. Kan senang kalau dijodohkan dengan en.dentist, boleh buat rawatan selalu kan. ahhaaakksss...

Indahnya Ciptaan Allah Buat Wanita








Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Thursday, April 28, 2011

kejutan menganggu tidurku

Dua malam lepas sy telah mendapat pangggilan dari nombor yang tiada dalam senarai, sudah la menganggu lena ku disuruh pulak ingat siapa beliau. mamat ni nak kenakan aku yang tengah mamai ni ke?? kuang asam! Sy memang tak dapat mengecam siapakah insan yang menganggu ni,yang pasti mamat ni sudah dibuang dari hidup sy. Dengan kecewanya, dia memutuskan talian. Lantak ko,jangan kacau tidur aku! syoohh..syyoohhh....

Sambung tidur balik, bila tutup mata je terfikir macam kenal nombornya. Beliau kah??? 

Panggilan diterima lagi dari nombor yang sama. Pergghhhh......berbakul-bakul soalan yang sy dipaksa jawab antaranya, "kenapa buang beliau dari hidup sy" blablabla......"sy rindukan awk"... isshhhh....yang benar mamat ni?? Dulu beliau jugak suruh lupakan hubungan kami sehinggakan GF bising2 kat sy. pernah diceritakan dalam ENTRI LEPAS. Tak hairan lah kalau sy membuang beliau jauh2 dari hidup sy kn? Tapi disebabkan hati sy yang agak lembut seperti baru direbus, sy memaafkan beliau.  Tak guna bermusuhan dengan orang yang mahu berbaik dengan kita, lagipun beliau sudah pun menyesali perbuatannya. Jadi inilah masanya untuk kami meneruskan hubungan yang tergendala satu ketika dahulu. Tak salah mencuba kan...
Maka terkeluarlah kenyataan di fb pada keesokkan paginya. 


halus sangatt, ce klik bagi beso kome oii.....


Buat SI FEROZ dan CIK DHILLA moga gaduh2 manjei tu jadi kenyataan. ahhaakkss....

SEBULAN SUDAH BERLALU

Rasa macam sudah lama sy menjadi suri rumah penggangur terhormat ni, tapi rupanya baru sebulan je la! Senang hati saja duduk rumah ni. Belajar memasak, menguruskan kerja-kerja rumah, jadi kalau umie balik sekolah terus makan dan rehat saja. Semuanya anak dara dia sudah uruskan. Kalau masakan anak dia ni tak sedap,komen saja..maklum la sy baru belajar selok belok di dapur,sebelum rajin menyental dapur saja.




Kelmarin barulah berkesempatan lepaking bersama rakan taulan yang rapat habis semasa bekerja di  McD dulu. Walaupun hujan kami tetap berkumpul di tempat biasa. Kebanyakkan geng kami sudah meninggalkan dunia McD ni, tak sampai 50% yang masih lagi bersama McD. Yang masih tinggal ni pun bakal mengikut jejak langkah kami tidak lama lagi. Mungkin tak sabar berwajah ceria seperti kami yang sudah meninggalkan McD. 






Antara kenangan sy bersama McD SEMASA DI PANTAI BERAMAI2 dan SAAT2 TERAKHIR. Sy da tak nak menyusahkan orang untuk terima sy bekerja jadi sy dengan rela hati mengundurkan diri dan lebih senang dengan kehidupan ala housewife sekarang ni. (:








Tapi sebenarnya sy sedang menunggu balasan kepada SURAT CINTA LAMA yang sudah sy membuat rayuan kepada pihak berkenaan. Semoga dipermudahkan urusan ku....aminnn...






INSYAALLAH......ADA JALANNYA.......

Tuesday, April 26, 2011

Puisi Untuk Sy...Thanks Penulis Senja




TETAPLAH KAU DISISIKU

Ya Allah…
Kemanakah ku harus berkelana…
Saat pondok tasbihku musnah semua
Saat semua persinggahan menutup pintu,
Dan berkata “ ini bukan untukmu…”
“Segaralah menjauh disini bukan tempatmu….!!!”

Ya Allah…
Katakan padaku, dermaga untukku berlabuh…???
Agar ku segera menghela nafas kehidupan yang baru.
Sampai bila ku harus harungi waktu,..
Ku lelah menunggu suatu yang tak pasti walau hanya Satu,..

Ya Allah …
Beri aku penerang jalanMu
Agar tak tersesat saat ku melaju,..
Kuatkan awak kapalku,
Saat badai menghalangi jalanku
Dalam cuba mengenal aku
Untuk kenal diriMu

Ya Allah
Tetaplah disisiku
Dalam perjuanganku
Mengenal diriMu
Dalam pertempuranku
Membantu hambaMu
Agar selesa dan tenang
Untuk terus memujiMu
Menang juangku atas rahmatMu
Tewasnya aku atas kehendakMu

Ya Allah …
Tetaplah disisiku,
Jangan Engkau menjauh dariku…
Kerana ku mati tanpa hadirMu








Tersangat berbesar hati apabila mendapat puisi yang cukup indah ini dari PENULIS SENJA bersemperna sy mengikuti segmen beliau semalam. Puisi ni mengingatkan sy hanya Dia yang sentiasa bersama walaupun sy dalam keadaan sukar sekarang ni.

Monday, April 25, 2011

PENULIS SENJA BUAT SEGMEN PULAK DAH






YANG SY TAK KURANG SUKA DALAM BLOG PENULIS SENJA
urrrmmmmm......pikir dulu jap.....

(a) Puisi yang beliau hasilkan tersangatlah menyentuh hati dan sanubari sy ni. Kalau sy menghayati puisi dari beliau ni dengan sepenuh hati, sy akan terkenang kembali kenangan bercinta semasa muda2 dulu. Jadi sy akan baca hasil penulisan beliau ni sehari 2 atau 3 puisi sahaja bagi mengelakkan hati ini terkenang. 

 (b) Gambar header blog beliau ni agak kurang sopan la. Kenapa model tu duduk atas meja,tak duduk kat atas kerusi yang disediakan tu???? 

(c) Kenapa blog satu warna je?? awok nak kaler pink ler..boleh PS??? ahakksss....

paaaaaannggg.....berhenti mengarut cik matun!!





YANG SAYA SUKA SANGAT KAT BLOG PENULIS SENJA

(a) Beliau mengabdikan karya2 teragungnya dalam belog tersebut.Memang gile kentang la boleh hasilkan 15 puisi tak sampai sehari dan 21 puisi dalam masa 3jam. tapi jangan la sampai over smoke jugak ek cik PS.

(b) Blog yang sungguh kemas dan bersih walaupun banyak puisi yang terkandung dalam blog beliau. Sejuk mata memandang blog ni, tak serabut dengan aksesori tambahan,atau suara-suara sumbang melainkan di vlog beliau.

(c) Di samping itu juga,sy sebagai pengikut setia berasa sungguh senang banyak kali menyertai segmen beliau kerana ianya mudah,ringkas,bersahaja, malah amatlah mesra blogger.



wassalam....

Saya Makin Cengeng

Big girl don't cry...fergielicious cakap....

kenapa kalau budak kecil menangis,orang akan pujuk dan anggap ianya perkara biasa. Walaupun selalu menangis,semua orang mesti nak berusaha memujuk supaya budak tu berhenti menangis.




Memang sy mengaku, semasa kecil2 dulu sy merupakan budak yang kuat SANGAT menangis macam gambar itu. cuma rambut sy warna hitam ok... Kalau orang lain pegang,sy mula la tangisan yang tiada sebab. Sehinggakan ramai yang tak suka pegang sy dulu. Menurut cerita umie abah dan orang sekeliling.



Alhamdulillah...apabila sudah besar walaupun badan tak besar mana semakin berkurangan sifat sy tu. Masih menangis tapi mengelak dari dilihat orang lain,malu lah... Lagipun muka sy semasa tersangat la buruk,takkan nak tunjuk kat orang pulak. ada orang yang menangis muka nampak cantik ke? Bila sy mula rasa sebak,sy akan lari jauh2 dari orang, ataupun menahan empangan air mata sebaik mungkin. Paling seronok bila dapat menangis dalam bilik sendiri di rumah, atas katil sehingga terlelap. Akibatnya,bangun dari tidur mata bengkak berlapis2 diikuti kepala terasa berat. Orang mesti ingat sy demam,boleh berlakon tu.



Kalau masa kecik2 dulu,menangis sebab sakit ataupun memang nak tarik perhatian. Tapi kalau sudah 20 tahun lebih hidup boleh lagi ke menangis hanya kerana sebab berkenaan??? ahaaksss...melampau la tu kan.

KECEWA...itulah penyebab utama sy suka menangis kot sekarang ini. eeiii...cengang kan sy ni?? Jujur sy memang tak kuat kalau diri yang serba kecil ini terasa lagi kecil menerima dugaan yang lebih besar dari diri kecil ini. Tak berniat nak menyalahkan takdir, tapi sy tetap nak menangis juga. Menangis pun macam meluahkan isi hati jugak kan? Memang ramai kawan2 yang menyangka sy ni "HATI KERING" atau "tak de perasaan". Tapi hakikatnya,amatlah suka menangis dirumah saja la. 






adalah rentetan peristiwa dari pengharapan semalam. sy sudah biasa menangis tanpa dipujuk.....



Sunday, April 24, 2011

DOAKAN SY EK???

Insyaallah.....
semoga hari esok dipermudahkan urusan ku.....
fuuhhhh....nervous sangat rasanya memikirkan hari esok. Semoga apa yang sy pelajari selama ini membuahkan hasilnya. Harap tak sia-sialah usaha dan pengorbanan sy selama ini. Hanya ini saja harapan yang sy ada. 

Insyaallah ...
Dengan izinNya sy dapat buat yang terbaik untuk UJIAN MEMANDU  esok. Moga sy tidak diserang penyakit MENGGELABAH dan LUPA esok. minta dijauhi sangat.






gadis ini mahukan lesen keretanya.........insyaallah....

Tiru Aksi Spongebob

Hujung minggu macam ni rancangan di kaca tv memang dipenuhi dengan rancangan untuk kanak-kanak seperti kartun  animasi penuh dengan imaginasi kanak2. Walaupun adik2 sy sudah besar,sy dipaksa juga menonton rancangan kartun bersama mereka. aduhhh... Tapi sy suka menonton STITCH,lebih kurang la kami ni kan??


Tadi sekian lama tak menonton kartun span yang segi empat tepat,sy tertarik dengan adegan span tersebut bersama rakannya yang berbentuk tapak sulaiman sedang bermain dengan obor2 berwarna. Amat ghairah mereka bermain sehingga tak kesa pun kalau terkena kejutan elektrik (disengat)




Lebih kurang macam ni la aksi span segiempat tepat dan tapak sulaiman tu.


  



Sekaligus membuatkan sy teringat kenangan semasa belajar di sarawak dulu. Saya pernah ceritakan dalam entri sebelum ni

Pada saat akhir disana,sy mengikuti rombongan ke Pantai Bungai,Sibuti. Terletak di Miri juga la,perjalanan pun lebih kurang 2 jam lebih saja. Program kali ini  memang berlainan dengan yang selalu sy ikuti sebelumnya kerana:


1. Bukan dari program Citra yang dianjurkan oleh pihak IKBN. (Ahli jawatankuasa surau sendiri punya proram.jangan tak tahu sy dulu ajk surau tau! ajk bahagian apa,tu sudah lupa.ahakss...)

2. Kami dikenakan bayaran rm10 untuk pengangkutan dan penyertaan adalah terhad kerana bas yang disediakan satu sahaja. (Program sebelum ni tidak dikenakan sebarang bayaran pun, tak kisah la janji dapat pergi pantai.)

3. Dibenarkan untuk bermandi-manda. (hohohohooo...sebelum ni kalau kat Esplanade Miri dapat main celup2 kaki saja)

4.Program ini dibuat oleh ustaz kami kerana isterinya merangkap naqibah usrah kami kepengen sangat mahu ke pantai. (Al maklum la sedang mengandung ketika itu,romantik kan ustaz??)

Yang penting sekali,program kali ini tidak terikat pada tentatif atau peserta boleh melakukan aktiviti BEBAS. Lagipun ia merupakan program terakhir buat batch sy.


Oleh kerana kami bertolak selepas subuh,kami terus bersarapan dahulu sebelum main air. Seperti biasa kami berhidang ala dulang sambil bersuap-suapan sesama kami lama tak makan begitu. Selepas itu, kami dibiarkan melakukan aktiviti gerak bebas. Boleh berendam selama mana kami mahu...sehinggakan ada yg tertanggal tudung dilambung ombak. Nasib baik dia pakai anak tudung,tapi pantai kan arusnya ketepi,jadi mudah untuk dapat balik tudungnya. Ustaz mampu geleng kepala je. Lain pula  pelajar lelaki  main humban sesiapa yang ditangkap ke pantai, ustaz turut  menjadi mangsa. 

Yang menjadi  kenangan pada sy ketika itu, kali pertama dalam hidup sy melihat obor-obor. Kecil saja saiznya,berwarna merah jambu, PINK. Memang nampak chantek pada permukaan air. Terlampau perak sy ketika itu, apatah lagi melihat kawan2 yang sudah biasa hidup di pantai bermain dengan memegang obor2 malah mengutipnya buat tatapan kami.
Tapi tengok pada tangan mereka kemerah-merahan akibat sengatan obor2,ada jugak mereka menggaru2 tangan yang terkena sengatan tu. 

Sedang sy girang bermain air pantai,terdapat jugak obor2 yang berenang berhampiran sy. Terasa geram pula melihat haiwan itu bergerak dengan lembutnya. Dengan ghairahnya, dengan menggunakan baju yang agak labuh ketika itu, sy telah berjaya menangkap seekor obor2 yang comel. yahhh..berjaya...... Tiba-tiba.......seperti kejutan elektrik.....








Tanganku disengat................


Memang betul la macam cerita spongebob,kalau dia terkena sengatan sepeti terkena kejutan elektrik. ahaaksss....

Kesannya sy mengalami gatal2 dan kelihatan kemerah-merahan pada bahagian yang disengat. Dengan seronoknya sy menceritakan pengalaman tersebut kepada umie sy,alangkah terkejut beliau mendengar tindakan berani dari sy.  Atas desakan umie terpaksalah sy ke klinik untuk pemeriksaan, doktor pun cakap tak serius. Cuma diberi ubat sapu bagi megelakkan kegatalan. 



Bila la nak main dengan obor2 lagi ek?? memang tak serik kn sy neh....






Maap..gambar sendiri tiada. Taksub sangat tengok pantai,tak sempat nk posing. 




Friday, April 22, 2011

SAYA MENANG AWARD PUISI


Terima kasih cik PENULIS SENJA... last but listed...ahakss..




Ini merupakan kali pertama sy menyertai sebarang contest yang dianjurkan oleh para blogger. Memandangkan contest cik penulis senja ni simple je,hanya pilih puisi beliau. Sy pun menjerumuskan diri menyertainya. Lagipun memang sy minat sangat baca hasil-hasil karya beliau. hehehehe. Puisi bertajuk HATI INI MASIH MILIKMU.....KEMBALILAH menjadi pilihan sy.


Terima kasih juga diatas sedikit sebanyak komen yang anda utarakan. Semalam seharian sy cuba perbaikinya,sehingga kejung biji mata. Bloglist sy sudah buat,anda tersenarai tau! Berkenaan posting jadi dua tu sy sedang mengkajinya. Maklum la sy ni rabun it.


......gabungan gambar dan puisi tu memang sesuai. sy memang suka pantai! terima kasih juga kepada cik solihin zubir atas kata-kata semangat beliau.

Thursday, April 21, 2011

salahkah sy single??

Sekarang ini banyak cerita hangit tentang hidup tanpa hubungan yang istimewa atau nama glamornya SINGLE. Memang benar pandangan cik tasya bagi pihak wanita dan jejaka ini. Memang tiada masalah langsung kalau kita hidup tanpa jagaan bf or gf ni sebenarnya. Yang penting kehidupan tak terkongkong dan terdapat lebihan masa untuk bersama keluarga dan sahabat handai.


Tetapi sekarang ni lain pula situasi sy apabila ingin mengadakan dating atau temujanji bersama GF....


Darling 1 


"aku kena tanya encik bf dulu,die bising kalau aku keluar malam"

"tak pe.....biar aku cakap sendiri dengan cik bf ko tu." 
sy pun berbual bicara apa yang patut dengan beliau..memberitahu ke mana destinasi kami padahal dia bukan tahu pun, pergi dengan apa..balik pukul berapa.... Di samping juga mendapat nasihat sepatah dua dari beliau.

Da sattle...baru boleh keluar.

(tapi semasa kami keluar encik bf bertalu-talu menelefon sy  kerana si gf aka kawan sy ni tak angkat call,rimas melayan calling dr bf nya)

sigh...sabar je la....


Darling 2

 sy = "darl..hujung minggu ni kite dating nk?"
dia = "orait...can't wait dear"

beberapa hari kemudian...

dia = "yunk...tak dapat la nak dating..ada hal kena sattle dengan my fiance..i'm so sorry"
sy = " its ok darl..next time je k" peace!





Dalam dunia ni memang tak terbilang ramainya manusia,tapi hakikatnya kita sebenarnya bersendirian.




Asy-Syaima anak ku....

sayang..jangan masukkan jari dalam mulut tu....takmo2...



Baru sy tahu yang sy mempunyai anak perempuan yang namanya cukup indah. Asy-syima anak perempuan ibu susuan Rasulullah , sy telah perasan sebentar semasa membaca entri tersebut. Macam mana la rasanya nanti mengasuh anak kecil, lebih2 lagi yang bukan anak kita sendiri. Sekarang mana ada lagi anak susuan, tapi anak buah,anak tiri,anak pungut ada la. 

Yang pasti sekarang ni sy sangat obses apabila melihat baju2 comel yang dijual di kedai pakaian kanak2.



Geram tengok baby tight dengan punggung tonggek die....











Baby boy mama nak jadi superman ke lion????
bleh ke offer kat anak macam tu? giler mama













Ok.. Masa untuk tukar lampin anakku....





Masa mama kecik2 dulu suka tangkap ladybird, botol air yang opah bagi masa mula2 dulu pun bentuk ladybird. Jadi pampers baby pun kena ada motif ladybird juga k.




Tapi kalau la anak sy Asy-syima mesti tergeliat lidah sy nak menyebut nama beliau. Sebabnya sy mengalami masalah untuk menghasilkan bunyi desiran semasa bercakap. Sukar menghasilkan bunyi dari huruf SYIM.




Ok SUDAH la tu berangan nak ada anak. Bakal suami pn belum jumpa lagi. Jom tidur. Moga mimpi indah2 bersama ............ ahaks.

hempoknye tilam kekabu ni. warna pun cantik.

Wednesday, April 20, 2011

JOM JOIN FOTO PUISI PENULIS SENJA




Hati ini masih milikmu..kembalilah

Ku tak sanggup jauh darimu.
Ku tak ingin marah terlalu lama padamu.
Karena ku tak mau membohongi dirimu.
Bahwa ku sangat mencintaimu.
Melebihi emosi yang kendalikan hatiku.

Ku tak pernah menginginkan emosi dalam diriku.
Yang ku inginkan tetap dirimu.
Marahku hanya bahasa lain dari emosiku.
Bahwa kau ku cinta melebihi yang ku mau.
Ku lupakan salahmu dan ku maafkan cintamu.

Datanglah kembali padaku.
Karena hati ini masih milikmu.
Siramlah kembali bunga cinta di dadaku.
Agar tak segera layu.
Karena hanya kaulah yang mampu sirami duka hatiku.



4. Saya memilih puisi ini kerana.......urmmmmmm....sebab gambar bro dalam gambar sangat gagah perkasa sambil memegang bunga. Terasa macam nak sambut bunga yan bro tu pegang je.              Boleh tak alasan macam ni ps??


Ok.. Alasan diatas tu penuh dengan penipuan,yang sebenarnya sy tertarik pada puisi tu sebab ia meluahkan apa yang sedang sy rasa. Walaupun beliau tak mungkin kembali macam dulu. Ps sudah menyungkapkan apa yang sy alami dalam bentuk puisi yang begitu puitis.


5. Header baru memang nampak menawan,lepas ni sy tempek kat blog sy ni kalau menang segmen ni la. berbaur ugutan pulak





SIAP......hantar

( first time join segmen blogger..sy jengok je segmen org buat)

Tuesday, April 19, 2011

tidur malam tanpa beliau





itam main dengan mainan mcd sy



Seminggu ni, sy dan yong seronok bermanja dengan DIA.
Tidur pun angkut sekali atas katil.selalunya DIA akan tidur berbantal tangan sy.
15 minit kemudian,dengar bunyi DIA bising, tertindih rupanya...
DIA beralih tidur kat kaki yong pulak.


Bangun pagi esok,tak nampak pulak DIA 
Sambung tidur kat bawah la tu
Duduk kat sofa ada DIA kat sebelah
Usik2 DIA
Tapi DIA tak nak bangun lagi

Bila DIA bangun 
Menggeliat je dah mula bising
Lapar la tu
Bagi makan dan bancuhkan susu untuk DIA
Seronok DIA melompat2 main kat luar 
Sudah membuang masuk rumah
Nampak pakaian yang sy nak lipat
Sambung tidur kat tepi pakaian 
Sampai tak perasan DIA tidur kat situ

Magrib tadi,cari DIA
tak nampak pulak main2 kat umah
rupanya  DIA ikut adik2 lelaki sy ke surau
sampai dah tak nampak rumah ini lagi.....


Malam ini tidur tanpa si itam la kiterunk......




dipaksa snap gambar, tu yang nak cakar lengan sy

Friday, April 15, 2011

the great makeover by guardian


Lokasi : LG floor Oval One Utama
 10  April 2010
Bersama Cik Shasha Safila selaku supir sy pada hari tersebut





Sudah hampir sebulan sy dan yong menanti-nanti hari bakal dichantekkan ini dengan penuh ghairahnya. Memang kuat halangan untuk kami menyertainya, yong terpaksa menguruskan kursus ditempat kerjanya,sy terpaksa menemani abah dan umie bermesyuarat sebelah pagi. Petang itu,sy tekad mencari kawan yang boleh diajak kerana sy memiliki 1 tiket lebih. Lagipun yong akan pergi selepas habis kerja,takkan nk syok sendiri sorunk2 pulak kn?? Puas mencari kawan yang dapat dihubungi,akhirnya calon terakhir boleh menemani sy. Cik Shasha la orang, senang keluar dengan beliau. Lagipun dia berkereta dan yang paling penting tidak kisah keluar malam.







Lepas mendaftar,pegi cari mana2 kerusi yang kosong. Tadahlah muka untuk dicontengkan oleh jurumekap yang disediakan. Tak lama pun, tak sampai 15 minit.



H



A


S


I


L


N


Y


A






Inilah hasil contengan di muka sy.
Adehh..jerawat yang subur begitu menyerlah...







Nampak beg yang dipegang shasha?? Beg goodies yang kami dapat semasa pendaftaran. Dalam beg tu sarat dengan barang2 komestik yang jarang sy pakai. Tapi yang pelik tu,senarai 2 barang yang terakhir tu kurang sesuai untuk sy la.


sekotak tisu muka guardian
coupon dari guardian
cream mask dari qutie coat
masker muka cm pe ntah
cleansing gel nivea
set dari avene
eye revive therapy dari skinz
natural clenx tea dari NH Detox Slim
equal fit




Tapi goodies beg yang yong dapat agak berlainan sedikit tau. Kesian dia, tak sempat nk makeover. Tempat tu tutup pukul 8.00 malam,yong sampai pukul 8.05, tapi masih berpeluang mendapat goodies beg. Dalam beg tu ,ada ni...


sekotak tisu muka guardian
coupon dari guardian

bedak enchanteur
loreal white perfect
cleansing foam dr bio essence
tisu basah guardian
lipstik maybelline
lotion dr palmer
kotak ubat blackmores









Satu perkara yang mengejutkan,sy telah membeli perfume. Gara2 yong nak percuma beg,lagipun dapat shower foam percuma. Yang kuning tu bukan sy punya. Ntah bila sy pakai perfume ni. pss..sy ni cepat loya denagn bau perfume,agak allergic la





Da chantek2,perut pun terasa lapar. Jalan2 terserempak dengan menu ni...







Abang..kami nak order ni...ntah bangsa apa abg ni...









Kelihatan kosong .....












Ok...yong masakkan untuk sy,sudah lama dia tak masak







Berasap sehingga berkabus lens camera fon.....









sy sudah kenyang,habiskan makanan sorang pula tu. Tapi tak habis pun.



muka kekenyangan



Thursday, April 14, 2011

La Tahzan.....

Terasa begitu sakit
kesan luka tidak kelihatan
tapi jelas terasa kesakitan
kalau la sebegitu mudah
untuk mengubati kepedihan ini
tak sanggup rasanya 
menanggung derita ini
derita merindu
kepada yang bukan milik 



Usahlah berharap lagi
berhentilah berharap
berhentilah menyakiti hati sendiri
usah biarlah ia disakiti lagi
terimalah apa yang berlaku
dengan senyuman yang telah lama hilang










Semoga kamu bahagia dengan pilihan 
maaf kehadiran diri ini
menbuatkan kamu serba salah
sy memaafkan kamu 
dengan hati yang terbuka
meskipun air mata mengiringi
meskipun hati ini tidak berhenti mengingati
semua yang pernah kita ciptakan bersama
tidak bisa membuang kamu dihati ini
maaf sekali lagi





Buat hati ini
ayuhlah lupakan semua ini
terimalah apa yang telah terjadi
tak mungkin ianya kembali seperti dulu
mungkin sukar
tapi itulah kenyataan yang menyakitkan 
percayalah
yang terbaik sedang menanti 
sambil menahan tangis sedu sedan..



Monday, April 11, 2011

tunggu aku matahari..aku masih mengulit mimpi bersama bintang

wahahaa...sungguh berbunga2 tajuk entry kali ni kan...


Begitulah ibaratnya kehidupan sy sebagai penganggur suri rumah sejak da minggu ni. Maklum la sorang2 je duduk kat umah, family yang lain bekerja dan bersekolah. Jadi boleh bangun tidur bile rasa nak bangun, lagi tak puas bermimpi selagi tu tak nak bangun. Memang sakit badan TERBAIK. Bangun tidur memang terhoyong hayang la. Jangan hairan la kalau sy jemur pakaian pada petang hari. Matahari pun da tak mandang.


Selalunya sy akan check kerja2 yang harus dilaksanakan. Kalau banyak yang harus dilaksanakan mengeluh panjang dulu, cakap2 dengan miow baru mulakan gerak kerja. Kalau kelihatan tak banyak,touch up2 sikit. Bersenang lenang la sy pada hari berkenaan. 


Untuk mengelakkan rasa sunyi di rumah,segala macam drama disiarkan sy ikuti. Kadang tu bukan sy tengok pun,tapi sy sengaja buka bagi menimbulkan mood bising di rumah. Laptop pula malam baru sy off. 


Seronok jadi housewife ni.. untung2 ada macik2 yang berkenan dengan sy untuk jadi menantu. Boleh kawin cepat. Amin (= 







Tiba2 teringat drama korea ni. Ada sesiapa yang pernah tengok? Lepas ni sy bercerita mengenai drama ni dengan hidup sy.


Wednesday, April 6, 2011

Tuhan kirimkanlah Aku..Kekasih yang Baik Hati..



Untuk kesekian kalinya
cinta dari insan yang berniat tulus ditolak
Maaf  impian manis itu membuatkan ku takut
Tidak dapat dibalas cinta itu
Bukan niat untuk memainkan perasaan 
atau sengaja melukakan hati 
Tetapi biarlah hati ini pulih sepenuhnya. 
Pulih dari luka lama 
yang sering menyeksa diri.




Bukan  tak dicuba  merawat hati ini 
Tetapi semakin dibuang sakit itu
ia akan tetap datang mengusik hati ini 
menyentuh kembali ingatan 
membelai ceritera lama yang sudah berakhir
dalam diam menyimpan harapan
yang tidak mungkin pada zahirnya
Tapi mengapa aku terus percaya
.........terus mengharap pada yang tak pasti



biarlah takdir yang Esa mengubah...hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaek buat hambaNya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...