KAWAN keSAYANGan

Monday, February 21, 2011

SELAMAT TINGGAL GIGI BONGSU KU.....

KHAMIS 10HB 2011...Saya dapat panggilan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengajak saya dating untuk kesekian kali bagi meneruskan rawatan gigi saya yang chantek ni. Sepatutnya tarikh dating saya tahun lepas,disebabkan saya tidak bersedia maka ianya tertangguh.




Dengan hati yang berbunga2 indah saya menuju ke Bilik Pemedahan5, Bahagian Pemedahan Mulut PPUM. Memang tiada perasaan nak dibedah sebab suasana bilik macam biasa,cuma lebih besar saiznya. Saya diberikan borang pengakuan untuk diisi dan ditandatangani bagi menjalani pemedahan saya ni.


Itulah gigi bongsu sy yang meliuk manja






Sedang saya leka melihat xrayy gigi sendiri,seorang jejaka ala arabian yang kachak masuk. HAYDER kat nametag beliau...ouhh...inilah doktor bedah saya. Beliau pun merisik khabar tentang gigi bongsu saya.

DD : why u want to take it out?? its hurting u?
 ME: no..
DD:  its annoying u??
ME: ya!! its make something stuck n difficult to cleanCehh..alasan sungguh mengade2 kn.. 
DD: Firstly,i want to explain u about the prosedur..
ME: ok


Yang aku faham beliau bagitau mula aku akan dibius chenta olehnya. kemudian gusi aku akan dikopak untuk mengeluarkan gigi bongsu yang manja dan meliuk itu. Semasa proses pengeluaran gigi aku akan dengar bunyi mendrill,jadi jangan terkejut la. Akhir sekali gusiku ini akan dijahit. 
Kesannya,mulut ku akan membengkak. Selama 4hari akan mengalami kesukaran untuk mengunyah @ makan lapar la sy nanti?? Sy disarankan untuk makan makanan yang lembut seperti bubur dan aiskrim. Agak kecut perut jugak mendengarnya,belum prosesnya lagi. 


Ok  halimatun,baring..
Assistant doktor mula menyelimut saya dengan kain hijau yang tebal sehingga menutupi bahu saya. Buka mulut..ya jarum besar sudah datang mahu membius chenta ,akhirnya sebelah mulut ku sudah tiada rasa. Lidah,pipi,gusi menjadi mangsa. Tak cukup dalam mulut, kedua-dua belah pipiku yang berjerawat pula menjadi mangsa,disapu antiseptik yang berbau kuat,tapi sejuk je pipi. 
Boleh hilangkan jerawat x? ehhh...tak boleh la. Ya..masih sempat lagi melawak dengan doktor yang bakal menyerjakan gigiku nant.


Kedua-dua belah mataku ditutup dengan kain pula tapi boleh nampak jugak,hidung saya kan tinggi
Open mouth,bahagian dalam mulutku disembur lagi dengan anti septik. Bahagian kiri mulut saya diletakkan penyokong bagi mengurangkan rasa lenguh menganga sepanjang pemedahan.


Dimulakan denagn bismillah dan selawat yang tak henti-henti, Doktor mula menguis-guis gusiku ok..tak mencabar lagi. Kemudian bunyi gigi manjaku diusik,makin lama makin kasar bunyinya sehingga saya terasa kekasaranya disebelah kiri. Disaat itulah airmata saya keluar, malu kot masa tu..aduh..terserlah kecengenggan ku. Ramai pulak suara2 yang kedengaran,bukan 3 orang tapi dalam 5orang.time2ni la nk menjenguk pun.


Ok..your teenth have been out. Terasa pula benang dibibirku,tidak lama proses menjahit muka ku dicuci lagi dan mulutku disumbat kapas. Maka selesai sudah proses pengeluaran gigi manja saya ni. Sebaik saja balutan mata dibuka,terasa loya yang teramat sangat. Berlari sy ke tandas untuk mengeluarkan apa yang patut,tapi tak terkeluar pun.


Ya..dapat 3hari mc,sempat dipesan supaya duduk diam2 jangan pergi mana2 atau shopping.
Sy bertanya juga,kalu ckap banyak boleh kn? terdiam jugak la doktor tu. Tak ada masalah la tu kan..


Setelah membuat bayaran sy disuruh untuk mengambil painkiller (arcoxca 90mg) serta merta bagi mengurangkan kesakitan. Paracetamol yang chantek pula menyusul, diikuti antibiotik yang selalunya  memang susah nak habiskan. Alhamdulliah darah sy tak banyak , penggunaan kapas memang sy tak suka..ianya amat memualkan  yekksss...


Sejurus setelah pemedahan,kepala saya terasa amat sakit sehinggakan gagal melangkah dengan betul,jalan pun melilau. Jenuh jugak la mencari aiskrim bagi menghilangkan rasa mual teramat sangat,ditambah pula dengan sengau akibat lidah dibius chenta. Rahang juga menyukarkan sy untuk membuka mulut untuk bercakap dan buka mulut untuk makan.







Dan yang menyedihkan sy sukar untuk senyum....lemparan senyuman yang seperti tak ikhlas kn??

4 kata mereka:

Joey said...

gerun betol nk cabut gigi..lagi2 bile nampak jarum yang dia nak suntik tu,,serammm..

Halimatun Sa'adiah said...

gerun tu mmg la tp pk jgak utk kebaekan gigi kite.
nant x chantek la pulak kn..
tp xpe doktor2 ensem n kiut sedia memujuk..hehehehe

Unknown said...

kecian kat gigi tu

Halimatun Sa'adiah said...

tp die wat sy saket ooo...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...