KAWAN keSAYANGan

Sunday, April 15, 2012

Saya Tak Suka Hutang!


14 April 2012 sekali lagi rakyat Malaysia bangkit, dimana golongan mahasiswa menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur, mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.


Mari tengok gambar ketika kejadian














Pelik..orang Malaysia ni lebih suka berhutang. Kesian tengok adik dan kawan-kawan yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi terpaksa berhutang seawal usia 18 tahun. Kalau nak pandai kena berhutang..apakah???

Thursday, April 12, 2012

The GELIsh Thing For Me



Kali ni sy mahu berkongsi perkara-perkara yang membuatkan tekak sy loya mahupun hati sy gelish bagaikan digaru dengan garfu. Mungkin sesetengah orang yang gelish, seram, takut, fobia dengan sesuatu perkara samaada benda, binatang atau perbuatan seperti takut kepada kucing, lipas, cicak, bunyi kilat,bunyi belon pecah and so on.

Benda pertama yang sy agak gelish secara peribadi ialah anak patung beruang seperti kebanyakkan gadis gemarkan di bawah ni......




Kalau yang bersaiz kecil boleh tahan la gelishnya lagi. Tapi kalau yang bersaiz besar dari manusia memang sudah macam raksasa! Seperti ini....





Diambil ketika sambutan Hari Krismas 2010, disebabkan kawan ni minat bear sy pun menepek bergambar bersama. Tapi tak dekat dengan raksasa ni lah. 



Seterusnya, sy amatlah gerun dan seram apabila minuman dicampurkan dengan cecair ini. Jika meminumnya amatlah kembang tekak sy sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada perut sy. Memang badan sy tidak dapat menerima kehadiran cecair ini dalam tekak dan perut sy, tapi yang peliknya semasa sekolah rendah sy masih lagi boleh menerimanya dengan baik. mengapakah???




Hanya 'O'  untuk minuman sy.


Benda kedua yang seboleh-bolehnya tidak masuk kedalam perut sy. Jika ianya berlaku maka meranalah perut sy menanggung keperitan bahana kepedasan sayur ini. Tahun ini saja sudah mencatat dua kes agak serius akibat terambil sayur ini, memang menyiksakan!




* mungkin gelish yang pertama tu boleh diubah persepsi kegelishan sy, tapi 2 benda yang terakhir tu bukan boleh dibuat main.


Cukuplah 3 perkara saja. Sekian!

Monday, April 9, 2012

My BuLan Penuh Disagat!




Lihatlah dunia..my BuLan Penuh yang baru berusia sebulan telah disagat dengan rakusnya oleh trak tentera yang gadang. Sudahlah mengalami kecederaan yang parah pada cermin sisi pemandu dan mendapat cakaran berbentuk XMen, encik tentera berkenaan tidak pula mengaku kesalahannya. Sudah mengagak ruang sehabis baik katanya, yang pelik kalau sudah mengagak sehabis baik kenapa mesti my BuLan Penuh sy terluka?? Ahhh..mentang-mentang dia besar dan gagah, boleh mencederakan kenderaan kecil sesuka hati la? Beberapa minit sebelum kejadian pun sudah berlaku cubaan mat rempit melanggar cermin sisi sebelah kiri. Memang mende nak jadi kan...

*pagi tadi sangat teruja melihat bulan penuh di langit. sangat indah!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...