KAWAN keSAYANGan

Friday, February 25, 2011

PAGI YG GELAP DI McD KOTA DSARA

Sudah 2 hari McD mempromosikan set breakfast yang terbaharu,iklan pun baru je sy tengok semalam. Iklan yang berlatar belakangkan McD kota..tapi masa shooting tu tak sempat pulak nak menyelit tumpang glamor kejap. 

Macam biasa McD menawarkan sarapan ala orang puteh,makan sausage dan scramble egg. Kalau dulu set berupa kombo takde,cuma dijual set untuk makan satu mulut saja iaitu set weekdays breakfast yang harganya serendah rm4.25 termasuk cukai. Kini kalian boleh memilih 2 jenis set untuk 2 hingga 4 orang bagi menikmati hidangan pagi ala orang puteh ni,harga rm19.90 dan rm24.90 tidak termasuk cukai.










Set ni memang jenuh nk menyediakan produknya.ye lah banyak sangat isi perut. Tapi suka sangat dengan kotak merah ni. Terbaek la kotak dia...

Yang di katakan pagi yang gelap walaupun lampu kat McD masih berfungsi dengan baik,tetapi masih gelap akibat dihurung oleh mereka yang kelaparan setelah melihat iklan di kaca tv masing2. Memang suasana di McD  agak gelap dan hampir 2 jam, yang dikatakan GELAP akibat orang menghurung bahagian kaunter dengan berwajah SURAM dek kerana servis kami yang agak lambat hari ni.

Maap ya para pelanggan yang berkunjung ke McD kota pgi tadi. Bahagian dapur kami agak terkejut dengan permintaan sausage muffin with egg yang mendadak, terpaksa la menungu round egg yang menjadi punca utama kesesakan produk Jadi punca utama kesesakan di kaunter dan drive thru pagi tadi adalah bermula dari kesesakan produk kami di dibahagian dapur. adooiii....memang penat  memaniskan muka bagi menenangkan customer yang ingin cepat ke tempat kerja. Berikutan peristiwa ini,saya secara tidak langsung dipaksa OT dua jam dek kerana membantu menjernihkan keadaan yang gelap dan suram itu.

Tak sabar nak dapat kupon percuma untuk crew Mcd yang bakal diagihkan. Sesiapa nak breakfast ala orang putih boleh la sy belanja.hehehehe

6 kata mereka:

yaya_flanella said...

yang hotcakes tu sedap tak? :)

Unknown said...

cam menarik jer..leh teray ni

Halimatun Sa'adiah said...

yaya..hotcakes tu bau die sgt la myelerakan...

a'im..jom2 teray...

Lydia Miza said...

sedapnyer

::Budak Degil:: said...

tu lah, hotcakes tu sedap ke?..mcm nak try tp tgk mcm lempeng biase je..ahahah

Halimatun Sa'adiah said...

budak degil..hotcakes tu mmg lempeng pon..
bau nye pon sdap....

kak lm..mmg sedap pon,lg2 kalo lapo..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...