KAWAN keSAYANGan

Monday, April 25, 2011

Saya Makin Cengeng

Big girl don't cry...fergielicious cakap....

kenapa kalau budak kecil menangis,orang akan pujuk dan anggap ianya perkara biasa. Walaupun selalu menangis,semua orang mesti nak berusaha memujuk supaya budak tu berhenti menangis.




Memang sy mengaku, semasa kecil2 dulu sy merupakan budak yang kuat SANGAT menangis macam gambar itu. cuma rambut sy warna hitam ok... Kalau orang lain pegang,sy mula la tangisan yang tiada sebab. Sehinggakan ramai yang tak suka pegang sy dulu. Menurut cerita umie abah dan orang sekeliling.



Alhamdulillah...apabila sudah besar walaupun badan tak besar mana semakin berkurangan sifat sy tu. Masih menangis tapi mengelak dari dilihat orang lain,malu lah... Lagipun muka sy semasa tersangat la buruk,takkan nak tunjuk kat orang pulak. ada orang yang menangis muka nampak cantik ke? Bila sy mula rasa sebak,sy akan lari jauh2 dari orang, ataupun menahan empangan air mata sebaik mungkin. Paling seronok bila dapat menangis dalam bilik sendiri di rumah, atas katil sehingga terlelap. Akibatnya,bangun dari tidur mata bengkak berlapis2 diikuti kepala terasa berat. Orang mesti ingat sy demam,boleh berlakon tu.



Kalau masa kecik2 dulu,menangis sebab sakit ataupun memang nak tarik perhatian. Tapi kalau sudah 20 tahun lebih hidup boleh lagi ke menangis hanya kerana sebab berkenaan??? ahaaksss...melampau la tu kan.

KECEWA...itulah penyebab utama sy suka menangis kot sekarang ini. eeiii...cengang kan sy ni?? Jujur sy memang tak kuat kalau diri yang serba kecil ini terasa lagi kecil menerima dugaan yang lebih besar dari diri kecil ini. Tak berniat nak menyalahkan takdir, tapi sy tetap nak menangis juga. Menangis pun macam meluahkan isi hati jugak kan? Memang ramai kawan2 yang menyangka sy ni "HATI KERING" atau "tak de perasaan". Tapi hakikatnya,amatlah suka menangis dirumah saja la. 






adalah rentetan peristiwa dari pengharapan semalam. sy sudah biasa menangis tanpa dipujuk.....



4 kata mereka:

Izzuddin Fauzi said...

aku keliru... apa itu chengeng :P

Halimatun Sa'adiah said...

kuat menanges la cik din oii...

n!cK said...

menangislah andai itu boleh tenangkan perasaan..:)

Halimatun Sa'adiah said...

memang da tenang pon....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...