KAWAN keSAYANGan

Saturday, April 30, 2011

bahaya ubat gigi



Jangan disangka ubat gigi yang kita gunakan seharian boleh membantu memutihkan gigi sahaja, mungkin ramai yang tidak mengetahui melalui pengambilan ubat gigi yang berlebihan boleh menyakibatkan perubahan warna pada gigi. Ini tidak bermakna dengan menambahkan kuantiti ubat gigi,kita akan mendapat hasil yang lebih memuaskan dari sebelumnya. Kesannya anda mungkin akan terdedah kepada masalah dental yang dinamakan "FLUOROSIS"

Fluorosis sebenarnya terjadi akibat tindak balas fluorida yang berlebihan sewaktu tumbesaran gigi (sewaktu usia pertumbuhan gigi kekal iaitu bermula dr 6 tahun). Pendedahan ini tidak melibatkan kanak-kanak yang tidak melebihi 8 tahun. Fluoride yang menyebabkan gigi fluorosis ini, merosakkan enamel-forming cells yang dipanggil ameloblasts, kerosakan pada cell tersebut menyebabkan mineralisation disorder of teeth.

Tahap fluorosis bergantung kepada jumlah fluorida, umur kanak-kanak semasa pendedahan, faktor pemakanan dan lain-lain.Cuma gigi yang belum tumbuh sahaja boleh mengalami fluorosis bila ada pendedahan berlebihan. Setelah gigi tumbuh, fluorida berlebihan tidak akan mengakibatkan fluorosis.



Sekiranya tidak teruk permukaan gigi akan kelihatan bergaris atau bertompok putih. gambar en.google



Jika teruk stain berwarna perang atau hitam boleh kelihatan dan gigi juga mudah retak dan berlubang. gambar en.google,bukan sy gigi ok??



 Hati-hati apabila memberus gigi anak-anak kecil gunakan ubat gigi tanpa fluorida atau kurangkan pengambilan ubat gigi,saiz kacang. 
Jika sumber fluorida berlebihan adalah dalam sumber air minuman, mungkin pihak berkuasa perlu mengambil langkah perlu.


Rawatan kosmetik bagi keadaan fluorosis yang tidak teruk, pesakit boleh menjalani rawatan pemutihan gigi atau mikroabrasi di mana sedikit lapisan luar gigi dihauskan. Bagi keadaan yang lebih teruk, gigi pesakit terlibat boleh ditampal dengan tampalan komposit atau direstorasi dengan veneer porselin.


***********************************************************


Agak menyesal telan ubat gigi KODOMO LION semasa kecik2 dulu, kesannya 4 batang gigi hadapan sy berwarna keperangan dan berbintik2 putih. Malah gigi tersebut rapuh dan sudah 3 kali tukar tampalan,kali ke 4 bakal menyusul. 3 tahun yang lalu, sy telah membuat rawatan pemutihan 'bleaching' di hospital kerajaan tapi hasilnya semakin ditelan dek zaman. Mungkin rawatan kali sy harus menggunakan tampalan komposit bagi hasil yang memuaskan dan untuk jangka masa panjang. 


Tak sabar nak jumpa en. dentist lagi,malu jugak tunjuk gigi buruk. Lagi2 kalau doktor lelaki yang kachak,memang berat nak buka mulut. Kan senang kalau dijodohkan dengan en.dentist, boleh buat rawatan selalu kan. ahhaaakksss...

3 kata mereka:

diana said...

bahayaa jugak ye..
sebenarnye cara menggosok tu yang penting berbanding jumlah ubat gigi..kan??

Halimatun Sa'adiah said...

dua2 patot diambil kira utk gigi yg sihat n chantek...
jd cm cm sy suda la...

Santri T.P.I.N.I said...

wah...info gigi yg menarik ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...