Ahad lepas, kami bertiga Yong, Saya, Muni dengan girangnya telah mengikut umie ke Sabak Bernam. Walaupun agak keberatan pada mulanya, bila lagi kan nak jalan dengan umie lagi??
Kira-kira 7.30 pagi, perjalanan dimulakan dengan menunggang si kancil comel yang dipandu oleh yong. Agak mencabar perjalanannya kerana menggunakan jalan lama bukan highway. Lebih mencabar apabila sang kancil harus menyusuri jalan yang bengkang bengkok, mahu muntah berada dalam perut sang kancil. Tapi pemandangan sepanjang jalan adalah sungguh indah dan mengasyikkan, ditambah pula rasa rindu lama tak menjengah kampung. Jadi memang perak la melihat sawah padi macam carpet. Rata-rata di tepi jalan kawasan kuala selangor akan terjumpa signboard "MENTARANG"....apakah binatang tu???
Amat menarik bagi penggemar seafood. Tapi harus ditahan dulu nafsu tersebut,dahulukan tujuan utama. Takpe balik nanti kita singgah makan binatang ni.
Alhamdulillah..kurang dua jam perjalanan kami selamat sampai ke destinasi.
Sabak Bernam here we come....
Sungguh teruja melihat bangunan ini,sungguh klasik seni binanya Inilah Sabak Bernam Mini Convention Centre.
terSENGET sudah diriku sebagai pemerhati program.
Muni dengan muka yang mencemaskan. Dia baru bangun tidur dan dipaksa oleh sy ambil angin kat luar bangunan. Sy masih kekal dengan senyuman,tak perlu kata apa2 kn??
Selepas magrib barulah program habis, kami bertolak pulang bersama sang kancil serta dua lagi penemanya myvi dan kia. Tak sempat la kami singgah mencuba mentarang memandangkan hari sudah lewat. Perjalanan pulang yang ekstrem, si kancil bergelumang dengan keadaan jalan yang agak beralun. Kami mengambil keputusan untuk singgah di pasar malam Tanjung Karang, masa untuk memenuhkan perut!!!! Makan dikedai saudara salah seorang sahabat umie.
Muka yang comot. Sangat malas nak touch up, yang penting perut harus dilayan.
Umie sangat girang.
Para IBU tengok sini......yang hujung sekali tu bukan ibu ok,kakak sy. Umie sy yang paling girang tu Selamat Hari Ibu...
0 kata mereka:
Post a Comment