Petang yang gelap ketika sy sedang menjemur kain. yea...sy memang lambat sidai kain.. Tak lama kemudian, berarak mendung awan yang kelabu diikuti dengan agin kuat yang menyamankan. waaaa.....el nino sudah berakhir. Tiada lagi matahari yang memancor sehingga membasahkan baju akibat perpeluhan yang lebih dari selalu.
Akhirnya, hujan pun turun membasahi bumi Kota Damansara tempat lain sy tak tahu la pulak. Seperti melepaskan gian, kantung awan melepas ayor hujan dengan begitu galak. Percikan ayor hujan yang sedikit terasa ketika berada di sliding door rumah seperti mengajak sy untuk keluar menikmati setiap titisan yang turun ke bumi. Udara dingin yang terkena tubuh sy, menyegarkan badan yang selama ini dilanda kehangatan. Mungkin selepas ini tekak sy akan kembali pulih seperti sedia kala. boleh la melepaskan gian berkaraoke.lalalaa....
Turunlah lagi wahai hujan. Sy memang merindui kehadiran setiap titisanmu itu.
3 kata mereka:
jalan2
Sepang jerebu kottt
panas panas huwaaaaaaa
haha
hit mineee
posg..joging la..
amira...nant awan mendung dtg sepang la tu..2gu ek..
Post a Comment