KAWAN keSAYANGan

Sunday, May 29, 2011

Asiteru dan Dr. Love




Tersangat batak jakun suka dan terus jatuh chenta setelah mendengar lagu ni dari post AR-RIJAL di facebook. Ramai orang komen cerita "cinta melody" ni best, sy tak tahu la pula sejauhmanakah kebenaran kenyataan mereka itu. Maklumlah,rumah tak ada astro piring dia memang terpacak kat luar rumah nasibaik unifi ada.

Patut la, ramai yang sering memperkatakan lagu asiteru aishiteru ni, OST cerita "cinta melody" rupanya. Memang sinetron indon rata-ratanya medendangkan lagu yang sedap didengar. Jangan pelik kalau sy hanya buka siaran sinetron di permulaan drama dan di pengakirannya, jalan cerita memang tak ambil tahu langsung. Saya hanya menumpukan pada OSTnya sahaja, itu lebih menarik perhatian sy kepada sesebuah sinetron. Contohnya sinetron "sejuta cinta marshanda", sy akan buka tv3 tepat pukul 2 tengahari setelah mendengar melalak lagu terus siaran dialihkan. 


Sebelum ini memang tak berminat nak dengar lagu ni sebab ingatkan lagu seangkatan k-pop,tajuk pun ala korean. Sy pulak  anti dengan korean, bak kata abah artis tak basuh punggung. hahhaa...Tapi dua orang adik sy tersangat minat dengan mereka ni.

Ternyatalah tanggapan pertamaku salah. Ribuan terima kasih kepada DR LOVE secara tidak sengaja telah menyedarkan sy tentang lagu yang sedang hangat dilayan masa kini disamping menjadi back up sy,dek kerana tak tahu mengeja tajuk lagu ni.


Ni buktinya..Ce klik bagi beso






Terasa dilindungi oleh abang pula sy memang tak ada abang pun. Si mangsa pun harus dilindungi.













10 kata mereka:

Anonymous said...

minat gila cinta melody :)

Niena Muhammad said...

hehe..minat sesgt lagu ni, cerita tu pn best.. melody tu comel..
nway sudah follow anda.. slmt berkenalan :)

Kechik Itu Comel said...

suka lagu ni..
sejak tgk cite melodi lah..=)

cik azeya said...

suke lagu ni jugak. hehe

scya lollita said...

cik scya salah satu fanatiknyaa haha

Burungman said...

arituh tertengok cinta melody punya drama.. aduuuu, buruk banget seh.. ke memang aku takdak feeling layan drama indon ni? haha

A retarded kitty said...

tak minat cerita indon

anismelon said...

anis suke lagu je..ceriete x..weeee..

Qaseh Dalia said...

lagu ni seakan2 lagu jepun

Halimatun Sa'adiah said...

rmai jugak ek yg minat lagu neh, sejiwa ng matun tu...
tp nordin ngn kitty nape x minat???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...