KAWAN keSAYANGan

Sunday, April 24, 2011

Tiru Aksi Spongebob

Hujung minggu macam ni rancangan di kaca tv memang dipenuhi dengan rancangan untuk kanak-kanak seperti kartun  animasi penuh dengan imaginasi kanak2. Walaupun adik2 sy sudah besar,sy dipaksa juga menonton rancangan kartun bersama mereka. aduhhh... Tapi sy suka menonton STITCH,lebih kurang la kami ni kan??


Tadi sekian lama tak menonton kartun span yang segi empat tepat,sy tertarik dengan adegan span tersebut bersama rakannya yang berbentuk tapak sulaiman sedang bermain dengan obor2 berwarna. Amat ghairah mereka bermain sehingga tak kesa pun kalau terkena kejutan elektrik (disengat)




Lebih kurang macam ni la aksi span segiempat tepat dan tapak sulaiman tu.


  



Sekaligus membuatkan sy teringat kenangan semasa belajar di sarawak dulu. Saya pernah ceritakan dalam entri sebelum ni

Pada saat akhir disana,sy mengikuti rombongan ke Pantai Bungai,Sibuti. Terletak di Miri juga la,perjalanan pun lebih kurang 2 jam lebih saja. Program kali ini  memang berlainan dengan yang selalu sy ikuti sebelumnya kerana:


1. Bukan dari program Citra yang dianjurkan oleh pihak IKBN. (Ahli jawatankuasa surau sendiri punya proram.jangan tak tahu sy dulu ajk surau tau! ajk bahagian apa,tu sudah lupa.ahakss...)

2. Kami dikenakan bayaran rm10 untuk pengangkutan dan penyertaan adalah terhad kerana bas yang disediakan satu sahaja. (Program sebelum ni tidak dikenakan sebarang bayaran pun, tak kisah la janji dapat pergi pantai.)

3. Dibenarkan untuk bermandi-manda. (hohohohooo...sebelum ni kalau kat Esplanade Miri dapat main celup2 kaki saja)

4.Program ini dibuat oleh ustaz kami kerana isterinya merangkap naqibah usrah kami kepengen sangat mahu ke pantai. (Al maklum la sedang mengandung ketika itu,romantik kan ustaz??)

Yang penting sekali,program kali ini tidak terikat pada tentatif atau peserta boleh melakukan aktiviti BEBAS. Lagipun ia merupakan program terakhir buat batch sy.


Oleh kerana kami bertolak selepas subuh,kami terus bersarapan dahulu sebelum main air. Seperti biasa kami berhidang ala dulang sambil bersuap-suapan sesama kami lama tak makan begitu. Selepas itu, kami dibiarkan melakukan aktiviti gerak bebas. Boleh berendam selama mana kami mahu...sehinggakan ada yg tertanggal tudung dilambung ombak. Nasib baik dia pakai anak tudung,tapi pantai kan arusnya ketepi,jadi mudah untuk dapat balik tudungnya. Ustaz mampu geleng kepala je. Lain pula  pelajar lelaki  main humban sesiapa yang ditangkap ke pantai, ustaz turut  menjadi mangsa. 

Yang menjadi  kenangan pada sy ketika itu, kali pertama dalam hidup sy melihat obor-obor. Kecil saja saiznya,berwarna merah jambu, PINK. Memang nampak chantek pada permukaan air. Terlampau perak sy ketika itu, apatah lagi melihat kawan2 yang sudah biasa hidup di pantai bermain dengan memegang obor2 malah mengutipnya buat tatapan kami.
Tapi tengok pada tangan mereka kemerah-merahan akibat sengatan obor2,ada jugak mereka menggaru2 tangan yang terkena sengatan tu. 

Sedang sy girang bermain air pantai,terdapat jugak obor2 yang berenang berhampiran sy. Terasa geram pula melihat haiwan itu bergerak dengan lembutnya. Dengan ghairahnya, dengan menggunakan baju yang agak labuh ketika itu, sy telah berjaya menangkap seekor obor2 yang comel. yahhh..berjaya...... Tiba-tiba.......seperti kejutan elektrik.....








Tanganku disengat................


Memang betul la macam cerita spongebob,kalau dia terkena sengatan sepeti terkena kejutan elektrik. ahaaksss....

Kesannya sy mengalami gatal2 dan kelihatan kemerah-merahan pada bahagian yang disengat. Dengan seronoknya sy menceritakan pengalaman tersebut kepada umie sy,alangkah terkejut beliau mendengar tindakan berani dari sy.  Atas desakan umie terpaksalah sy ke klinik untuk pemeriksaan, doktor pun cakap tak serius. Cuma diberi ubat sapu bagi megelakkan kegatalan. 



Bila la nak main dengan obor2 lagi ek?? memang tak serik kn sy neh....






Maap..gambar sendiri tiada. Taksub sangat tengok pantai,tak sempat nk posing. 




6 kata mereka:

suria lekatlekit said...

main obor2... apsal x bawak jaring macam patrick star fish & spongebob tu.. sy pun suka tgk spongebob.. kelakar

Halimatun Sa'adiah said...

x di bgtau pulak kne bwk jaring kn...2 yg pkai bju je...
adehhh..mmg kenangan....

kindergartenlibrary said...

spongebob !
hahaha
suka2

Halimatun Sa'adiah said...

cik nelly suke ek...

Solihin Zubir said...

uiii.. jgn sronok sgt main obor2 tu.. sengatannya boleh membawa maut.. heheh..

Halimatun Sa'adiah said...

solihin....nk maen ngn obor2 tanpa kena sengat boleh kn?? huhuhuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...