TADAAAA.....
Serba sedikit koleksi shawl yang sedang bergayutan dalam almari bilik anak dara en.Hesan.
Entry ni dibuat bukanlah berniat untuk menunjukkan koleksi yang tak seberapa ni kepada tontonan umum. Tapi nak berkongsi kisah disebalik kewujudan gebor2 di atas. Secara praktikalnya, sy memang tidak berminat dengan pemakaian gebor shawl. Sebagai seorang yang agak comot dan kurang penelitian dalam penampilan,tidaklah memilih untuk membelit kepala dengan kain seperti ini. Lebih selesa memilih tudung jenis sarung saja untuk melengkapkan penutupan aurat. Tidak diduga wujud juga gebor shawl dalam almari sy, kesemuanya hasil dari buah tangan mereka-mereka yang ikhlas menghulurkan. Maka bermula dari itulah sy mula terjebak dalam arena pemakaian gebor shawl, mempelajri teknik-teknik melilit membungkus kepala menggunakan gebor shawl tersebut. Selagi ianya menutup aurat.
Seronok melihat sahabat-sahabat yang mula berhijrah menutup aurat selepas jatuh chenta hati dengan gebor shawl.
siti aminah, seronok sangat bila tengok beliau bertudung.
sahabat ketika sekolah juga blogger FAEZAH JAMALUDIN
bakal mummy yang superb...cik yam eh puan yam
juga model yang superb, shazelyn. baru je kenal dengan rapat beliau ni.
* chantek sangat mereka ni, sampai malu nak berkongsi rahsia lilitan gebor shawl. tapi sejuk je tengok mereka menutup aurat.
6 kata mereka:
ya Allah...sygg...malunye sy..hehe..kamu pon cantik berlilit2 mcm kami..hehe;D
wow....da ramai skrg pompuan pakai shawl
fae..seronok tgk kwn2 sy chantek2..
fendy..trend kn, smpai yg x minat pon da terjebak sama..
wanita kan lebih cantik bertudung :)
woah, bertudung tu comel kan??
cun2 gak member ko ye sis.. dah cam model amatur lak.. haha
Post a Comment