KAWAN keSAYANGan

Friday, December 31, 2010

khairul FAHMI che mat..namanya membuatku tersentapp

perghhhh.....meletop gile nama beliau hari ini. Pagi2 aku balik kerja buka tv,hot fm da sebut2 nama beliau. Bukak je fb semua kawan-kawan puji aksi2 beliau semasa perlawanan bola sepak malam tadi.


















Sape beliau tu??? ooo keeper malaysia yang menghalang bola dari masuk ke gawang. Bukan setakat aksi dipuji, rupa pun orang cakap boleh tahan.Iya..ye ke?..usha sket muka beliau. urmmmm..boleh tahan la..


Fuihh..tak sangka bukan nama beliau saja dijaja malah girlfriendnya pun turut mendapat perhatian. Sempat juga,saya jengok blog girlfriend fahmi ni.waw...wats a sweet couple!!!











Kalau sebelum ni,memang susah nak dengar orang puji pemain bola sepak negara. Kononnya pemain kita kurang kick dan  lebih minat liga inggeris MU,Liverpool, chelsea dan seangkatan dengannya. Tapi selepas kemenangan malaysia dalam Piala AFF Suzuki 2010,seperti membuka mata masyarakat malaysia (temasuk saya yang tak layan bola) untuk sama berkongsi kemenangan yang bersejarah ini. Memang satu mekanisma baru bagi arena sukan negara kita apabila jaguh2 sukan kita Khairul Fahmi dan Safee Sali melakarkan sejarah kemenangan ini.Tahniah! 1 malaysia dapat cuti umum esok.




entri ni sepatutnya dipublish semalam tapi disebabkan masalah teknikal ianya tertunda

Friday, December 17, 2010

Alhamdulillah...aku kembali tenang...


fuhhh...lega rasa hati ini bila apa yang aku nanti-nantikan terjawab sudah. Ya!  jawapan yang aku nantikan tu agak negatif tapi aku berpuas hati dan redha dengan ketentuaNya. Selama lima bulan aku tunggu jawapan yang pasti dari beliau, aku redha sebab ni lah jawapan dari solat istiharah yang aku kerjakan selama ini. Memang saket oooo masa tu, air mata perempuan ku mencurah-curah sehingga terkena handfon. Tapi selepas aku berwudhuk dan mengadap ilahi. tinggss... macam magik....aku merelakan apa yang berlaku dan mampu menangkis air mata perempuanku untuk keluar lagi. yeay!! saya dah kuat balik dan mampu tersenyum!



Rasanya tidak perlu untuk aku catatkan kat sini kronologi kisah percintaan kami yang selama empat tahun. Apa yang aku mampu simpulkan kat sini. Ia memang pengalaman yang amat indah dan manis semanis madu. Beliau yang pernah bergandingan denganku merupakan seorang jejaka yang dikategorikan baik pernah aku jumpa dan kenal.Tapi seribu kali sayang, jodoh kami hanya setakat ini dan sampai sini sajalah kisah kami yang telah Allah tetapkan. Dan tidak akan pernah salahkan beliau dengan apa yang terjadi apatah lagi memusuhi beliau mahupun pasangan barunya,sebab apa aku mengeluarkan kenyataan begitu??? Ini kerana beliau telah pernah berbuat baik terhadap diri ini dan pernah membahagiakan diri ini. TERIMA KASIH sebab beliau kerna pernah mengajar aku erti CINTA sesama manusia. 



Memang tenang aku rasakan ketika menaip entry ni. Aku percaya kekuatan ini adalah hasil dari doa aku dari yang Esa ketika hatiku sakit dahulu. Disebabkan aku sudah biasa berjaga malam,kesempatan itu ku isi dengan membuat solat sunat sebelum tidur.Di hamparan sejadah aku berdoa semoga segala persoalan tentang aku dan beliau terjawab disamping aku diberi kekuatan untuk menerima apa saja yang berlaku dengan tenang. Sebab aku percaya apa yang bakal terjawab nanti sudah ditetapkan Allah dan Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk aku. Alhamdulliah semuanya sudah terjawab dan aku kembali tenang.





Sunday, October 24, 2010

hatiku kuyakksss....

adoooiii....memang sakit rasanya memikirkan hal CHENTA.. 

Tahun ni memang mengajarkan saya untuk melupakan hal ni... 
Cukup la selama 4 tahun ni sy merasai... 
Mengenali..apa yang dinamakan CHENTA ni...
 Sy da cukup faham apa itu CHENTA.. 
Memang begitu indah dan boleh juga menjadi sangat pahit untuk ditelan... 
Sukar untuk melupakan semua memori itu,tapi semuanya tak mungkin akan kembali.. 
Walau apa pun.. Terima kasih kerana memberi peluang untuk sy mengenali CHENTA..



Marilah layan lag dangdutt...yeahh!!





Monday, October 11, 2010

Bila hati dah sedih....

Hati ni kalau tak sedih badan pun rase tak sihat. 
Nak pegi keje pun da tak semangat.
Penawarnya...kita mahukan sesuatu yang baru supaya dapat mengubati hati yang sakit...
Moga-moga hati yang mendung tu kan bersinar...






Saya kena kembali senyum macam ni..........halimatunbintunhesan

Monday, August 9, 2010

saya suka pergi kenduri orang kawen...


ya..memang betul saya ni seorang yang sangat suka pergi ke majlis kenduri kendara ni. Tak kisah lah siapa punya majlis,samaada keluarga ataupun hanya kawan-kawan ummie atau abah saya pasti saya akan menggeletik mahu melaram sama.











Yang ni semasa kenduri abang saudra kami di Ipoh. Lepas je pengantin turun pelamin,kami pulak ganti tempat pengantin.Dengan bantuan sepupu (selaku cameraman) dengan girangnya kami posing sakan...umie geleng kepala je tengok gelagat anak2 dara dia..hahahaak Tapi hanya gambar ni saja yang ada.




Tak dapat atas bergambar atas pelamin kat gerbang ni pun jadi la...





Terserlah kegirangan kami kan.....(=



Tapi kenduri anak2 en. Hesan lambat lagi kot..hehehehee.......

Thursday, August 5, 2010

Saya nak bj raye!!!




Kain ni saya beli dua bulan yang lepas,memang semangat beli awal-awal. Dengan harapan yang tinggi dapat tempah baju untuk raye ni. Memang tak sabar nak wat baju untuk raye,risau jadi macam tahun lepas tak berbaju raye saya neh. Padahal beli kain masa puasa,mana lah nk sempat siap kn. Jadi untuk mengelakkan perkara yang saya pun memborong kain di gulatis shah alam dengan menggeliksnya. Saya pilih 3 jenis kain cotton untuk saya dan kakak,tak lupa untuk ummi juga. Tapi untuk menjimatkan kos kain yang 4 meter tu boleh dikongsi dengan dua adik kami yang lain.


yang abagla pengang ni kain untuk ummi...

Bulan lepasnya saya ke Gulatis Kota Damansara yang baru di buka pada hari yang saya pegi. Memang besar,tiga tingkat pulak tu. Kali ni saya ingin mencari kain satin untuk di padan dengan kain yang saya beli aritu.Jenuh jugak mencari kerana ia teletak di tingkat,tp nasibaik ada lif,jadi kena ikut abangla layan lagu-lagu hindi.

Selesai membeli kami berbincang untuk mencari macik tukang jahit untuk menempah 6 pasang baju.Tapi akhirnya baju untuk saya saja yang dihantar untuk ditempah disebabkan banyak sangat kesulitan yang dialami. Tu pun baru minggu lepas saya hantar selepas memujuk rayu macik tukang jahit untuk mengambil tempahan saya. Moga-moga smpat jugak siap baju saya tu.amin....

Sunday, July 11, 2010

Pantai Time!!!



Memang ku nanti-nantikan crew picnic kali ni. Dapat juga melepaskan hasrat untuk bersantai di tepi pantai. Hohohohohooo...

Pada hari kejadian awal-awal pagi lagi da terpacak di McD sesudah subuh.Dengan membawa bekalan bihun goreng serta kudap-kudapan. Walaupun bas lambat datang, kami berposing sakan di store sendiri.





Perjalanan yang menggirangkan walaupun perut masing-masing sudah kelaparan.



Sampai saja di destinasi,masing-masing menyental muka dan tangan dengan sunblock. Takut hitam la kononnya.


Wajah-wajah ceria baru jumpa pantai........(=


Semua telematch yang diadakn kami yang bolot. Cuma satu dua saja kami bagi peluang kat orang lain untuk menang...jangan tamak k!



Saya juga tidak melepaskan peluang untuk memenangkan store.huhuhhu...semangat tu..



Kumpulan kami menang besar...yeyy!









Masing-masing kepenatan tapi hamper tidak dilupakan. Esok jangan lupa datang kerja.Pihak McD bagi peluang kepada kami untuk bersantai selama sehari, tak payah fikir pasal store,orang lain da jagakan. Kami memang bergumbira sakan. (=

Friday, July 2, 2010

Sambung belajar????

Baru-baru ni,ummie saya bertanya "kamu tak nk belajar lagi ke?? nak kerja mcd je??" huh..agak menyentapkan sanubari. Dengan perasan tegarnya saya menjawab, "tak nak! nant tak de duit, kena buat pinjaman"--->padahal hati dah kecewa nak belajar balik.

Tengok kat facebook rata-rata kawan-kawan semua nya sudah menghitung hari untuk menghabiskan pengajian.Ni yang mengingatkan aku masa belajar dulu,tercampak jauh nun di SARAWAK sana. Memang saya dulu ada menyimpan angan-angan nak naik belon dan melancong ke bumi borneo ( sabah atau sarawak). Sebabnya saya ni sukakan manik dengan mutiara,jadi memang menjadi angan la. Tak sangka pulak angan saya tu menjadi nyata dengan tajaan Kementerian Belia dan Sukan lagi tu.

Tanpa berfikir panjang saya menerima tawaran belajar pastri di Institut Kemahiran Belia Negara,Miri.Dengan persiapan kurang dari seminggu,saya dan teman baik,aminah berangkatlah ke bumi kenyalang dengan perasaan girang.Manakan tidak,kawan-kawan yang lain semuanya berwajah sugul semasa dalam perjalanan ke airport,cuma kami berdua sahaja yang bising dan ceria.Kami berdua memang rapat sehinggakan tidak mahu menegur kawan-kawan baru yang akan menjadi classmate kami nant. Memang dicop sombong pun kami pada mulanya. Maklumlah kami berdua sahaja yang syok sendiri kegirangan terbang ke sarawak.
Tiba di bumi asing membuatkan kami agak kekok,dengan bahasa yang tidak difahami. Saya hanya melemparkan senyuman kalau ada yang menegur kamek kitak (saya awak) sik (tidak) bah (jom).
Memang sukar untuk kami berkomunikasi,terkebil-kebil jugak lah.



Akhirnya selama setahun saya bergaul dengan mereka,dapat lah memahami bahasa mereka. Semasa hari raya,saya merasai kek lapis yang berbagai-bagai corak,megenali ambuyat,pulut yang dimasak di dalam periuk kera,makan daging rusa...cuma saya tak cuba makan ulat mulong la (ulat sagu)

Saya juga dapat mengenali budaya sabah,ramai juga kawan-kawan saya yang berasal dari sabah. sabah bah itu--->tagline mereka. Kalau kawan-kawan saya pulang ke rumah ada sahaja amplang ataupun kuih cincin untuk kami merasa.

Paling seronok apabila mengenali perbezaan kaum di sana. Saya pasti teruja untuk mengetahui status kaum mereka. Kalau di sarawak kebanyakanya dari suku kaum iban,melanau,kayan,kenyah. Sabah pula kadazan,kelabit,bisaya. Dan lebih menarik mereka dari keturunan brunei.Bahasa pertuturan mereka pun berbeza mengikut kaum.


Satu lagi pengalaman yang saya paling suka kt ikbn ni,program yang dianjurkan iaitu program citra.Da lah percuma disamping tu dapat juga peluang melihat bumi sarawak lagi.Antara tempat yang saya pergi Batu Niah,Explanade Miri,Pantai Bungai,Kpg Batam. Tapi sayang...banyak gambar kenangan saya hilang disebabkan pendrive corupt. Kat bawah ni saja yang tinggal dalam simpanan....

Ni la kami yang tak pernah jumpa pantai...tengahhari terik pun jalan tepi pantai lagi.



Antara prgram yang saya ikuti. Belajar solat atas tanah.syahdu sangat masa tu.Terasa betul kita berasal dari tanah.


Kalau makan pulak memang best,sebab menu dia masakan ayam saje ( lain dari dewan makan ). Tapi kena makan bersuap la,menurut cik kami cara ini akan mengeratkan lagi ukhuwah antara kami.



Mungkin tak perasan,muka kami masa ni kena sental dengan lumpur,konon-konon nak mengenang Bilal Bin Rabbah...adeh..ikutkan je la



Sempat juga saya ke Bintulu



                                   Rindu sangat nak berambeh (makan-makan) macam ni lagi.(;


IKBNMIRI 2007/2008 dalam kenangan...halimatunbintunhesan

Monday, June 7, 2010

lapang sebelum sempit ku






Disebalik kesibukan bekerja saya tiba-tiba teringat kita sebagai umat islam kita dianjur untuk Ingat Lima Sebelum Lima.

Tua sebelum Muda
Kaya sebelum Miskin
Sihat sebelum Sakit
Lapang sebelum Sempit 
Hidup sebelum Mati


Kalau dulu semasa belajar saya hanya memahami secara skema buku bukan pada pengertian yang sebenarnya. Tapi bila sudah menghadapi dunia sebenar barulah saya mengerti kenapa kita perlu rebut lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Semuanya begitu jelas di kaca kehidupan yang saya dapat lihat sekarang,Segala-galanya dihuraikan dalam bentuk kisah kehidupan secara langsung,cuma kita yang harus menelitinya.

Apa yang lebih tertumpu pada kehidupan saya sekarang adalah lapang sebelum sempit,memang cukup jelas saya dapat rasakan. Barulah saya mengerti betapa pentingnya perkara ini.Jika semasa bekerja saya hanya faham secara lisan bukan teori (padahal memang tak faham pun)

Semasa lapang kita bebas melakukan apa saja aktiviti yang ingin dilakukan,tidak kisah lah samaada aktiviti itu bermanfaat atau tidak.Ketika itu tanggungjawab kita kepada Allah tidak terabai dan mungkin waktu lapang yang ada itu kita berkesempatan melakukan perkara sunat seperti membaca al-mathurat di waktu subuh dan petang,solat juga kita dapat lakukan tepat pada waktunya selepasnya pula berpeluang membaca al-quran walaupun  semuka ataupun dua muka surat.Ahhh...rindunya aku ketika itu.....

Tapi bila tibanya waktu sempit ini,membuat saya tidak berkesempatan melakukan semua itu.Di situ saya sedari betapa kerdilnya diri disisi Allah s.w.t,baru saja diuji dengan kesibukan kerja sudah mula menjauhi Dia.
ya allah ampunkan hambaMu yang lemah ini....betapa aku rindu padaMu apabila terasa jauh denganMu....

Yaa... saya harus berusaha untuk mencari ruang agar tidak berjauhan denganNya kerana saya percaya pada keberkatan.Kalau kita kerja bersungguh-sungguh tapi tidak mematuhi arahanNya,kita tidak dapat merasai erti sebenarnya kejayaan kita itu.Sebab itu saya yakin bahawa ramai yang berjaya tapi tidak pernah berasa puas dengan kejayaanya ataupun ianya hanya bersifat sementara.Itulah puncanya jika Allah tidak memberkati apa yang kita lakukan.Dia marah jika kita tidak melupakan Dia.Asik sibuk mengejar kejayaan sehingga mengabaikan solat lima waktu dan yang paling dasyat apabila kita melupakan mula menjauhi agama akibat terikut-ikut dengan arus dunia yang secara kita sedar lebih berlandaskan sentimen barat. fuhh..minta dijauhi.

Oleh itu saya sering mengingatkan diri sendiri agar mencari keberkatan walau sesibuk mana tugasan kita.Ingat tuhan itu lagi penting dari segala-galanya......halimatunbintunhesan



Saturday, June 5, 2010

aku mahukan percutian!!!

Sejak memasuki dunia pekerjaan ni,aku kelihatan begitu semangat untuk bekerja. Tak sangka sudah 6 bulan aku memasuki dunia pekerjaan secara serius100%. Mungkin itulah azamku bagi tahun 2010 ini, ya...setelah 2 bulan aku menjadi penganggur terhormat kerna itulah aku menyimpan azam sedemikian.

Tapi mungkin disebabkan aku sudah bekerja keras selama 6 bulan ini. Semangatku untuk bekerja semakin berkurangan. Simptomnya aku sudah  mulai rasa kurang bersemangat untuk kerja dan yang paling nyata aku sudah semakin berat untuk meninggalkan tilam dan bantal untuk bangun pergi bekerja. Begitu rindu aku pada rumahku.........home swet home.

Selepas terbang dari sarawak,aku memang bercadang untuk pergi bercuti,tapi kita hanya merancang Allah yang menentukan. Sehingga kini aku hanya menyimpan angan untuk pergi bercuti.adehhhh...
Sekali lagi aku betul-betul ingin percutian yang hebat...huahuahuaaa. Itulah angan yang aku simpan hampir setahun.fuhhh..






ini lah yang aku angankan selama setahun ini.....entah bila la nak pergi.....

Wednesday, May 26, 2010

Kasut Oh Kasut

Walaupun tersangat sibuk bekerja, saya mengambil kesempatan untuk menjengah permulaan sale di jusco. Ramai yang sudah memperkatakannya,sehinggakan saya dengar semasa di dalam tandas. Fuhh! Cepat betul orang perempuan ni bercerita mengenai jualan hebat. Sememangnya saya sudah berniat hendak membeli  kasut  untuk temuduga pada 27 hb nanti..jadi inilah masanya yang sesuai.


Memang rambang mata melihat barang dengan harga yang lebih murah dari biasa. Tapi saya cuba menahan mata bagi memfokus untuk KASUT yang saya betul-betul perlukan. Sekali imbas saya sudah dapat menangkap kasut yang menjadi pilihan hati..dengan girangnya saya pun meminta saiz yang paling kecil. Tetapi ketika disarungkan pada kaki,kasut tersebut tercabut(hahhahaak). Menurut promoter itulah saiz yang paling kecil,mana-mana patern pun sama(adehh). Aduhhh..sedih hati saya mahu guling-guling di situ rasanya. Dengan berat hati saya mencari yang lain,kalau-kalau ada yang sesuai dengan kaki saya yang kecil ini.







Setelah banyak kasut yang dicuba,akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli kasut yang bergetah supaya tidak tercabut dari kaki saya. Disebabkan reka bentuk sedemikianlah kaki saya tidak terkeluar dari kasut seperti kasut sebelumnya. Kesian juga promoter tu melayan kerenah saya. Dapat juga saya memiliki kasut yang formal.






                     waaaaaa.....kasutku...(=

Bukan semua yang kita suka itu bersesuaian dengan kita……salam…halimatunbintunhesan

Abahku Di Sebalik Kecanggihan Teknologi

Abah saya En.hesan Bin Zainal Abidin seorang yang tegas mendidik kamu dan menggemari masakan perak,gulei tempoyak. Juga merupakan seorang pegawai di sektor kerajaan.

Dek kerana cemburu melihat adik saya, ebah serta isterinya sudah memiliki external hard disk. Suatu hari dia menghantar sms kepada yong saya berbunyi begini "yong,belikan abah pendrive besar seribu gig macam ebah dgn ummie ada". Pelik yong saya memikirkan pendrive yang begitu besar kapasitinya. Rupa-rupanya abah kami ni tak tahu nama saintifiknya. Demi abah, yong saya pun mencarikan pendrive besar yang dimaksudkan itu. Ketika itu Pc Fair sedang berlansung di KLCC,sebab itu la abah kami mintak.

Apabila melihat pendrive besar ni membuat saya tergelak besar mengenangkan arahan yang abah saya tu……









Friday, May 21, 2010

Ummie, Mak, Ibu,Mama, Mummy, Amma


Tidak terlambat lagi untuk saya berkata mengenai hari ibu kan,walaupun sudah berminggu hari hari ibu. Tapi saya nak berkongsi jugak cerita mengenai umie,mak,ibu,mama,amma,mummy dan lain-lain. Boleh kan??

Ummie saya atau Puan Salbiah Binti Md Jelani seorang wanita dan ummie yang berkerjaya. Seorang ummie kepada 8orang anak serta seorang guru kepada murid-murid istimewa cacat pendengaran. Memang ummie saya ni seorang yang sangat sibuk dengan tugasan harian (walaupun cikgu banyak cuti sekolah) tapi ummie saya ni tetap sibuk dengan kegiatan lain yang menjadi tanggungjawab dia. Mengalahkan Datin Seri kn?? Tapi saya tabik sangat dengan ummie saya neh sebab dia POWER PUFF WOMEN bagi saya.(=

Tidak lupa juga  mak kawan-kawan saya sesama sekolah dulu. Ini kerana sesama saya sekolah dulu,saya rajin sangat lepaking atau bertandang ke rumah mereka. Kami berkumpul di satu rumah kawan dalam 3 atau 4 orang bukan saja sebab ingin berbincang mengenai pelajaran di sekolah,tapi aktiviti girls yang mungkin anda semua tekejut jika saya nyatakan di sini.( Bialah ianya menjadi kisah silam saya..heheheheee)


Rumah yang paling kerap menjadi tempat kami berkumpul adalah di rumah Noor Maryam di cempaka 4 tingkat 3 rumah nombor 4. Ini kerana di rumah dia mudah untuk kami berkumpul,adik beradik dia pun tidak ramai,mak dia pulak sangatlah peramah (dah namanya suri rumah). Puan Asmawati ni bertubuh genit saja, kiranya kelihatan masih sihat walaupun sudah bercucu dua. Seronok hati saya apabila melihat setiap pagi Puan Asmawati menghantar si Maryam naik bas ke sekolah hari-hari,sehingalah si Maryam ni di tingkatan 6. Betapa dia ingin memastikan keselamatan anaknya ke sekolah walaupun sudah besar panjang. Dia juga pernah menjual kuih secara kecil-kecilan,saya selalu juga lah menanyakan cara memasak kuih seperti kuih gulung yang berwarna hijau (saya pun tak pasti nama sebenar kuih ni  =p). Jadi kami selalu di hidangkan dengan kuih-kuih melayu ni. (tapi tak pernah tolong membuatnya pun...heheheee)

Rumah kedua kami kerap kunjungi adalah di rumah Siti Aminah Binti Sedal. Lokasinya tidak jauh dari blok si maryam tadi, cuma kena mendaki anak tangga lebih sedikit, sebab rumahnya di tingkat 5. Si mina ni ramai jugak adik beradik,tapi tidak seramai adik beradik saya la. Disebabkan waktu kami berkumpul itu dalam pukul 3 hingga 6 petang,adik adiknya masih disekolah cuma mak dia sahaja yang ada. Puan Safiyyah juga seperti mak si maryam peramah dan juga suri rumah yang menjaga anak-anak jiran sekitarnya. Kalau bersembang dengan beliau banyak kisah yang kita boleh dapat,selalunya kisah kehidupan jiran tetangga, antaranya anak india sebelah rumah suka buang air di tangga,orang depan tu kerja sampai lupa jaga anak..macam-macam.  Hahahahaaa...kita mengambil ikhtibar sahaja la. Yang menjadi persamaan antara mak si maryam dengan si mina ni adalah mereka menghantar anak mereka ke sekolah menaiki bas setiap pagi. Cemburu juga saya..ummie saya pun jarang menghantar saya ke sekolah,cuma kalau saya sudah terlambat sangat ataupun hari hujan.

Rumah Syathirah Najibah kami memang jarang membuat aktiviti, sebab rumah kami bertiga agak jauh dari rumah beliau. Mak nya kami panggil Cik Ani je.beliau memang hot,tapi mesti orang tak percaya yang Cik Ani dah beranak 6 tau.Rajin juga melayani kami,macam kawan. Sekali pandang macam kawan-kawan saja.

Mungkin kita lihat cara ummie,mak,ibu kita membesarkan kita dengan cara yang berbeza dari mak kawan kita. Tapi itulah yang TERBAIK yang ummie,mak,ibu kita sudah lakukan untuk anak-anaknya.(;
salam..halimatunbintunhesan






Tuesday, May 18, 2010

INTRO OF ME

Saya baru memasuki dunia blg neh..tidak la pandai sangat mgunakan teknologi canggih ni (internet) tapi rasa seronok nk berkongsi pgalaman hidup saja 
Nama saya yg telah diberi oleh kedua ibu bapa "HALIMATUN SA'ADIAH BINTI HESAN" baru saja berumur 22 tahun..Membesar di selangor sbg org PERAK..ajenyeye.... Baru saja memasuki dunia pekerjaan,sedang mpelajari susah senang kehidupn..i'm luvin it Saya nk memantapkan bahasa mlyu sambil mgenang kembali zaman belajar di tingkatan 6 dulu..

Walau apa pun salam pengenalan dr sy halimatunbintunhesan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...