KAWAN keSAYANGan

Friday, March 18, 2011

YANG PALING DIGERUNI KINI MENJELMA????

arggghhhhh...tidakk!!! Sungguh ku tidak boleh menerima hakikat yang berlaku ini. Adakah salah aku leka dengan penjagaan makanan yang sihat?? Sungguh aku malu dengan apa yang telah terjadi. Ya! ia benar-benar telah berlaku ke atas diriku. Meskipun sebelum ini aku cukup berjaga-jaga untuk mengelak ianya terjadi.




Antara amalam-amalan yang saya selalu elakkan dalam kehidupan harian


MINUM SEMASA MAKAN


ha..yang ini memang pantang bagi saya,amalam yang sudah sebati dengan diri. Selalunya saya akan bedal ayor secukupnya setelah habis makan,kemudian barulah sendawa kekenyangan. opsss...termengaku pulak. Memang berhasil ajaran umie saya menjauhkan minuman kami adik beradik semasa makan sedari kecil dulu,hasilnya tangki perut saya akan cepat sendat jika minum sebelum makan atau makan sambil minum atau sebaliknya.Kalau betul-betul dahaga pun saya akan minum seteguk dua ayor aje. Selalunya kalau makan kat luar saya akan pesan air panas,air tu akan sejuk/suam2 kuku selepas saya makan.




NO ICE ICE BEBEH


Minum minuman yang mengandungi ais atau sejuk menjadi pantang kedua saya, tapi kalau sudah dihidangkan takkan saya nk buang terus kn?? Jadi saya akan mengelak dari minum ayor yang dingin2 ni,kalau beli ayor tepi jalan pun saya akan request no ice ok ! Agak memilih saya kan? Bukan saya sendiri yang merancang untuk memilih sebegitu tapi hakikatnya tekak saya ni alah pada ayor sejuk. Jika cecair yang agak dingin mengalir dalam tekak ni,secara automatik tekak akan berasa sejuk ( tu memang la kan) dan akan batuk secara tiba2. Mungkin ini satu amaran yang diberikan oleh tekak saya untuk tidak menerima ayor sejuk masuk ke dalam badan saya.
Memang banyak fakta yang menyatakan tentang kemudaratan ayor sejok ini,terutamanya bagi yang mengutamakan badan dan artis2 yang bersuara soprano bukan rock.






                               Kelihatan amat menggiurkan tapi sukar untuk diterima tekak sy.....








AIR KOSONG SUAM2 KUKU


Air yang paling sedap bagi saya,kalau kemualan melanda ubat ni la yang saya akan cari dulu. Tapi kalau ayor ni da tak suam2 kuku sudah hilang nikmat bagi saya. Lebih menyelerakan selepas makan makanan yang berminyak. Antara fakta yang saya dapat...


"air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim inestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan."














SENAMAN SIT UP


Yang terakhir ni memang saya tak pernah amalkan,hanya nak berkongsi petua sahaja. Bagi sesiapa yang rajin bersenam mungkin sudah medapat hasilnya. Tapi mungkinkah kalau perempuan yang mengamalkan secara berlebihan akan terhasilnya six pack?? ehh..ada ruang ke untuk six pack kalau perempuan??








                                                           errr..gagah nye akak neh..ada six pack lg tu...










Tak dapat ku percayai perutku semakin menimbul. Apa kes ni? si kurus berperut buncit. waaa....tak suke2.........Tapi fakta terbaru yang saya dapat mengatakan yang stress atau tekanan juga menyebabkan kegemukan. Ini kerana  apabila anda stress, paras kortisol (hormon y boleh menyebabkan kegemukan) akan meningkat.


Tapi siapa pulak yang menekan saya sehingga menyebabkan saya angin satu badan ni?????

2 kata mereka:

♥sophie♥ said...

hee,,yekew ?? nice info laa ;DD
lepas nie fie minum air suam la lepas mkn =)

btw,,lagu yg awk tanya,,lagu tu lagu kotak-pelan² saja

Halimatun Sa'adiah said...

ouhh...a nice song..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...