KAWAN keSAYANGan

Monday, March 28, 2011

KU DISERANG IKAN KELI..KURANG ASAM!!

Pagi memang semangat nak buat kerja rumah,selepas kemas rumah terfikir apa yang nak dimasak hari ni. Buka peti ais jumpa ikan keli 5 ekor. Nampak chantek je. Sedap neh. Basuh lebih kurang,kerat dua tak lupa lumurkan dengan garam kunyit humban goreng dalam kuali.
Perrgghhhhh..... Detik inilah bagai kilat sambung menyambung bunyinya diikuti percikan bunga api menyerang sy yang tanpa perisai. Betubi-tubi sy diserang tanpa bersalah.




Kesannya seluruh lengan sy kelihatan tanda2 lovebite kemerah-merah dikerjakan ikan keli tadi,pedih seluruh tangan dibuatnya. Ini baru 3 ekor menyerang. Berhenti menggoreng,terfikir pula mahu mencuba masak gulai tempoyak. Terus call yong mintak petunjuk,sempat juga mengadu diserang ikan keli. Gelak yong mendengar sambil bagi petua "cuci ikan mnggunakan asam jawa". Ouuhhhhh..patut la meletop teruk.


Proses memasak gulai tempoyak pula agak mudah,tapi sy seperti kurang yakin. Maklumlah cubaan pertama memasak lauk kegemaran. Memang tak yakin tapi ingat pesan yong,bahan-bahan kena gaul sebati dulu baru letak atas api. Gaul dengan tangan!  Patut la syg umie & yong lebih, gulai tempoyak dorang pn sedap menjadi kegemaran kami sekeluarga.


Tapi.kenapa gulai tempoyak sy merah bukan kuning macam yong selalu buat??? Nak rasa pun takut. Bila rasa memang pedas seperti warnanya. Waaaa...sy GAGAL memasak hari ini!











                              urmmm...Kalau keli ni pulak yang meletup sakitkan org tak??

1 kata mereka:

Mah@mahu said...

huhuhu keli memang sedap masak lemak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...