Seperti mana yang rakyat Malaysia sedia maklum semalam 9hb Julai 2011 satu perhimpunan yang berwarna KUNING telah diadakan dengan perkasanya di tengah-tengah ibu kota, Kuala Lumpur. Meskipun dikecam hebat oleh kerajaan Malaysia menerusi media massa dan pemimpin sendiri telah melarang keras. Itu tidak menggentarkan semangat rakyat untuk bangun demi mendapatkan hak masing-masing.
Ramai yang masih tak paham, tak tahu atau kurang jelas dengan perhimpunan ini dan marah dan mengecam kerana sudah dimomok-momokkan oleh medai massa yang sudah memutarbelitkan fakta yang sebetulnya. Terima kasih kepada Solihin Zubir kerana memberi penerangan secara terperinci tentang perhimpunan bersih di blognya. Kepada yang masih marah dan tak puas hati silalah kelik SINI untuk membuka minda kalian yang sudah disempitkan itu.
Semalam juga secara tidak sengaja sy telah mengikuti perhimpunan tersebut bersama-sama keluarga. Cuma umie dan abah tidak bersama kami kerana sudah turun awal-awal pagi bersama sahabat mereka. Jadi kami berlima beradik bersama touchngo masing-masing menuju ke KL dengan menaiki LRT.
Perjalanan train berubah apabila melintasi stesyen KL Sentral, train tidak berhenti di stesyen tersebut sebaliknya terus bergerak dan berhenti secara tiba-tiba berdekatan dengan stesyen Pasar Seni dan Masjid Jamek. Diketiga-tiga stesyen berkenan tren tidak menurunkan atau mengambil penumpang seperti biasa. Semua penumpang memang cuak habis ketika itu. Melihat kepada pemandangan ibu kota yang lengang cuma di Pasar Seni kelihatan lautan rakyat sedang bangkit.
KL yang lengang
Akhirya tren menurunkan kami di Dang Wangi, sebaik saja keluar kami ditahan tidak dibenarkan keluar dari stesyen tersebut oleh pihak polis dan pengurusan LRT. Keadaan menjadi sesak sehingga kami menghempap antara satu sama lain, barulah pintu utama stesyen dibuka.
Ketika kami tidak tahu arah tuju seterusnya,kelihatan sekumpulan penyokong BERSIH sedang berjalan menuju ke KLCC. Mula-mula lihat saja, tiba-tiba kaki ini melangkah dan menyertai kumpulan berkenaan.
kami terserempak dengan Ketua Muslimat Pas Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan
hampir tiba di KLCC
perjalanan di teruskan bersama....
Ok..da sampai kena duduk..
kawan-kawan duduk
kawan-kawan digi
Ucapan dari pemimpin seperti Dr Bard dan selebihnya sy tak berapa kenal. Diikuti dengan nyanyian lagu NEGARAKU.
Pelbagai kaum yang turut serta
Tweety pun ikut serta
Selesai ucapan kami dimaklumkan pihak polis dan fru mula menghampiri, kami diarahkan untuk bersurai tapi ramai yang berlari. Maka berlari anak la kami bagi mengelakkan dicekup, disembur atau cedera akibat tak ikut serta berlari.
Berlari sehingga kami berjumpa....
Kami makan dulu di Secret Recipes, bangunan MCA. Satu-satunya tempat yang dibuka, hanya boleh duduk di bahagian luar. Pekerjanya begitu cuak semasa kami menyerbu premis tersebut untuk makan akibat kepenatan berlari.
Tak lama kemudian pihak polis dan fru membuat barisan beserta trak untuk mencari mangsa. Kawan-kawan lariiiiii!!
Tapi kami tetap meneruskan santapan pencuci mulut...
Wajah ceria kami selepas terlibat dalam himpunan yang dikatakan HARAM.
Selesai mengenyangkan perut,kami mencari jalan untuk pulang. Nasibaik lokasi kami berhampiran dengan Putra Lrt Ampang Park. Tapi sempat lagi kami merakamkan suasana ketika itu sebelum pulang.
Polis berkuda kachak sambil membawa rotan panjang. Tapi kuda yang belakang sekali tu sempat membuang air besar di hadapan kami. yeekksss....
Jentera polis standby menanti mangsa. lokasi dihadapan stesyen lrt Ampang Park.
* Allahuakbarr!!!! KL berjaya diBERSIHkan....
** Umie, Abah dan adik lelaki sy terkena gas pemedih mata di Pasar Seni.
*** ini adalah pengalaman sebenar.
11 kata mereka:
waa, bestnya you dapat join. hik. nasib baik la selamat :)
memang best dan selamat..
setiap groub de penguam yang akan lindungi kita kalo ditahan,cume perasan atau x je..
waaaaa....jeles nye dpt pegi...jd legend la awak semalam....
'menjadi sbhgian dari sejarah' mmg wa jeles...haha
bgus2..truskan semangt..kih kih kih
mula rasa mcm malas nak amek port...tp bila dah baca tweet dari org yg pergi perhimpunan ni...macam nak rasai pengalaman sebenar situasi kat sana...nak tengok kebenaran yang di manipulasi oleh media
jadi memory la dlm idup awak ye...
berani ek join BERSIH nie..hehe..takot pulak bila awak cerita pngalaman sebenar..
wow... pengalaman hebat ni...
Sempat lagi tu! HAHA.
syukur matun baik2 je..ayah ok tak?mmg sempat lari ye matun?tq ye sudi share smua gmbr tu...satu pengalaman buat akak juga ....tq matun syg
la..best r..dapat join.. kak..tahun depan kalau ada, kita nk join jugak r.
Post a Comment