KAWAN keSAYANGan

Tuesday, July 5, 2011

Trip To Langkawi (part 1)


Sy hampir tidak mengikuti percutian ini, tapi setelah dipujuk dan mendapat tajaan duit poket serta tambang.tapi sy bayar balik ok setelah gaji masuk. Sy pun mencukupkan penyertaan dari pihak perempuan. Terima kasih kalian. Sedikit pengalaman sy di Langkawi bersama kome.



mai da helang...tp L tak muat pulak


28.06.2011  SELASA

21:30 Bertolak dari stesyen keretapi KTM Sungai Buloh dengan perasaan girang. Kami memilih kabin katil Senandung Langkawi untuk keselesaan, tapi masih tidak dapat menidurkan diri kerana tak sabar untuk berjumpa helang. Dalam perjalanan yang terhoyong-hayang dibuai keretapi, dua kali kami menikmati supper di koc kantin mengirup minuman panas. Mata masing-masing sudah merah dan bengkak, akhirnya kami tertidur juga dibuai alunan pegerakan keretapi.


Wajah-wajah tak boleh tidur ketika train berhenti di Ipoh. memang sengaja tak menampakkan wajah sendiri.


29.06.2011 RABU

08:30 Pagi yang nyaman tiba di stesyen Arau. Terus mengambil teksi menuju ke Terminal Feri Kuala Perlis, perjalanan yang mengambil masa kurang setengah jam dipecut lebih 100kmj oleh  pacik teksi yang hebat mentang-mentang jalan lurus tak belok2. 

huh?? da sampai??

Sarapan pagi di Restoran Haji Abd Ghani 2, terletak berhadapan dengan terminal. Dibuka 24 jam,macam Mcd juga. Memang banyak pilihan makanan, bukan roti canai atau nasi lemak je laksa pun dihidang untuk sarapan. Memang syiokk!! Tapi mabuk dalam train tadi mula terasa,terasa agak terhoyong-hayang.bertahan! sempat juga sy mengecas bateri fon.


09:30pg Menaiki feri ke Pulau Langkawi. Setelah diberi penerangan ringkas tentang langkah keselamatan jika berlaku kecemasan di dalam feri, dihidangkan dengan cerita Kongsi, Lu Langsi Lu Mati. Perjalanan yang hujan lebat, membuai sy untuk tidur sehingga mulut terbuka. sangat memalukan!!

ape bacenye ni???

10:30pg Tiba di terminal Langkawi. Menunggu kereta sewa yang kami tempah dengan bro yang menawarkan pakej penginapan serta kereta sewa ketika kami bersarapan tadi. Menuju ke Pantai Chenang dengan cuaca hujan lebat. Tak dapat la kami terus terjun mandi pantai.


suasana agak sendat dalam kereta sewa citra kami

12.00tghr Check in di Tanjung Malie Resort, kami mengambil dua bilik, lelaki dan perempuan. Rehat dan bersihkan diri sementara menunggu hujan reda, perut sudah berdondang sayang. arggghhhh...sabar ya perut..

15:00 Hujan pun reda. Kami mengisi perut di Restoran Sambal Tumbuk, berhampiran dengan tempat penginapan berhadapan dengan Langkawi Free Tax Zone. Jalan kaki je! Sy memilih untuk bersantap dengan Nasi Goreng Paprik bersama Jus Epal, terbaikk!! 


agak ketawa besar dapat makan

Selesai makan terus menuju ke Langkawi Free Tax Zone bersebelahan Under Water World. Setelah masuk kami dilanda kemaruk coklat dan menerkam dengan rakusnya coklat yang murah2 seperti DAIM.


Dalam kawasan Langkawi Free Tax Zone tak boleh ambil gambar, ni semasa di Pekan Kuah.

17:00 Bertukar untuk mandi-manda!!! Kawasan pantai yang berdekatan dengan tempat penginapan kami kurang mengancam, jadi kami ke kawasan yang lebih havoc. Agak jauh tetapi banyak aktiviti pantai  seperti banana boat, jet ski dan parachute. Tapi kami tak main pun, pelancong asing lebih menggemari aktiviti itu. Sy hanya memilih untuk bermain ombak bersama mereka.

lagi seronok dilambung ombak dengan Mail Lambung.

19:00 Balik ke bilik. Bersiap untuk makan malam. Tapi masing-masing terlena selepas penat bermain pantai petang tadi. Terpaksa tidur dalam keadaan lapar.




01:00pg 30.06.2011

Masing-masing tersedar dari lena akibat kelaparan. Makan ala-ala seafood. Lokasi agak terlupa.


02:30 kembali sambung tidur.


** berhenti menaip untuk berbuka puasa. nanti sy sambung cerita lagi. ce cite..ce cite...

1 kata mereka:

Unknown said...

bestnyerrr p lgkwi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...