Hari ni ramai pulak yang mempertikaikan nama saya yang telah diberikan hasil buah pikiran abah dan umie saya. Kalau yang baru mengenali saya mesti akan komen uishhh...panjangnye nama dan yang paling membanggakan sedapnye nama... Komen2 yg sebegitulah yang membuatkan saya berasa bangga dengan nama ibu susuan Nabi kita ni. Menurut abah dan umie, nama saya ni juga merupakan penyambung bagi nama tok saya HALIMAH.
Jujur saya ceritakan kt sini,semasa saya di sekolah rendah saya cukup malu dengan nama saya sehingga pernah menyatakan hasrat kepada umie untuk menukarkan nama..hahaahaha...gilekn permintaan yg mmmg kebudak-budakkan.. Tapikan umie saya tak layan permintaan saya tu.
Nak tahu apa sebab saya beria-ria mahu menukar nama???
Sebab yang paling UTAMAnya adalah kerana mahu kena ejek. yela..masa sekolah rendah dulu kan memag terkenal dengan acara ejek mengejek nama masing2.Disebabkan nama saya cukup popular di dalam buku teks agama islam,jadi sayalah yang menjadi mangsa ketika itu. Tapi saya tidak melawan pun ketika itu,cuma mengadu kat umie je nk tukar nama. Maklumlah nama kawan2 semua bermula dengan awalan NUR,SITI,NURUL. Saya saja yang tiada awalan tersebut,memang rasa asing la nama yang saya miliki ni.
Aduh..memang kelakar kalau saya kenang balik permintaan saya ketika itu. Sampai macam tu sekali kan.hahahahaaa...
Masuk sekolah menengah,lain pula ceritanya. Bukan saya saja yang mempunyai nama tersebut tapi ada lagi dua orang yang satu batch yang turut berkongsi nama dengan saya. Ramai yang keliru dengan nama kami,hanya ejaan yang membezakan nama-nama kami bertiga.
Halimatun
Halimatus
Halimaton
Disebabkn perkara ini lah saya cukup berhati-hati dengan ejaan nama saya,bagi saya kalau tersilap ejaan tu bukan nama saya la ek.
Tapi kan saya telah bertemu dengan geng2 nama klasik di sekolah menengah. Abah saya yang menggelarkan nama tersebut. Nak tahu kenapa??
Nama kami saling berkaitan...Halimatun Sa'adiah..Noor Maryam..Siti Aminah..atau panggilan singkat MATUN,MARYAM,MINAH..chantek kan nama kami??
3M...Matun..Minah..Maryam
Sekarang saya bangga dengan nama saya...HALIMATUN SA'ADIAH.....
Wednesday, January 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 kata mereka:
nama kamu sangat indah !
yea...thanks cik wanie...
nama kamu sdap lah... i follow u
i followw u jgak...
perangai macam adik mama qis..minta tukarkan nma dia..hahahahah
Post a Comment