KAWAN keSAYANGan

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday (Back To Basic)





Anda kenal alat ini? Hari ini buat pertama kalinya sy telah mencuba belajar 
menaip menggunakan alat yang dipanggil "Typewriter".

 Amatlah seksa kerana ia memerlukan kuasa tekanan menggunakan jari hantu yang lebih bagi menghasilkan huruf yang lebih jelas dan pekat dakwatnya. 
Disamping juga anda tidak boleh melakukan sebarang kesalahan walaupun kecil, contohnya: terlupa menukar butang huruf besar ataupun "caps lock" pada papan komputer. Hal ini kerana tiada butang "backspace" "undo" melainkan anda membuat pembetulan menggunakan cecair pemadam atau liquid ataupun belingko. 
Anda juga disarankan supaya tidak terlampau laju menaip kerana dikuatiri jarum-jarum huruf tersebut bercantum antara satu sama lain.
Akhir sekali, usah hiraukan bunyi yang anda hasilkan semasa menaip. Teruskan perhatian anda pada hasil tulisan yang ditaip pada kertas. 



*  Tergendala kerja-kerja sy apabila printer sy ni terpaksa diset semula akibat kerosakan CPU minggu lepas. 

4 kata mereka:

Zul Fattah said...

fulamak... susah gak eh? erm.. nk try jugak eh

sue perbs.. said...

haha.. tkpe lah...gune komputer pon slalu salah taip.. btw, blogwalking sini.. salam pknalan

kaizen said...

ayah sy ade typewriter yg moden sikit.. jenis yg pakai laser yg ink cam printer tu... konsep still same xleh nk wat silap sikit.. yg bestnyer kalo dah terdesak sgt xde letrik pon boleh buat keje gne batteri yg besar tu... hehehe

*tq sudi follow blog sy yg x seberapa

Liza @ Adzriel AB said...

mestilah kenal sebab pernah guna. ada lagi kat kampung... jadi bahan sejarah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...