Abah saya En.hesan Bin Zainal Abidin seorang yang tegas mendidik kamu dan menggemari masakan perak,gulei tempoyak. Juga merupakan seorang pegawai di sektor kerajaan.
Dek kerana cemburu melihat adik saya, ebah serta isterinya sudah memiliki external hard disk. Suatu hari dia menghantar sms kepada yong saya berbunyi begini "yong,belikan abah pendrive besar seribu gig macam ebah dgn ummie ada". Pelik yong saya memikirkan pendrive yang begitu besar kapasitinya. Rupa-rupanya abah kami ni tak tahu nama saintifiknya. Demi abah, yong saya pun mencarikan pendrive besar yang dimaksudkan itu. Ketika itu Pc Fair sedang berlansung di KLCC,sebab itu la abah kami mintak.
Apabila melihat pendrive besar ni membuat saya tergelak besar mengenangkan arahan yang abah saya tu……
0 kata mereka:
Post a Comment