Wednesday, August 8, 2012
Friday, July 13, 2012
Saturday, July 7, 2012
Monday, June 11, 2012
Senarai Lagu Ketika Frust Menonggeng
Entri ini tiada kena-mengena dengan perasaan tuan belog ketika ini. Cuma mahu berkongsi barisan lagu-lagu yang menyayat hati dan bisa meruntun jiwa bagi sy, atau mungkin tidak pada kalian.
- Ku Relakan Kau Pergi DariKu...Okays
- Kerana Terluka ..Nurul
- Titian Hasrat..Samudera
- Jangan Menangis Sayang..Safura & One
- Hati yang Telah kau sakiti..Rossa
Sila ajukan pertanyaan kepada "tube anda" untuk memperdengarkan lagu-lagu diatas.
Sudah cukup memdengar lagu yang sadis. Mari kita berkongsi pula lagu yang bisa memujuk kembali setelah terluka hati yang telah disakiti setelah titian hasrat hancur sehingga merelakan kekasih pergi.
- Baik-Baik Sayang..Wali Band
- Sejiwa..Spring
Hanya DUA lagu yang mampu memujuk hati yang disayat oleh LIMA lagu yang sadis. Betapa hebatnya kuasa lirik lagu yang boleh mengubah emosi sy, sehinggakan sy pernah melontarkan suara dengan 5 lagu yang pada asalnya sukar dicapai vokal sy dengan penuh emosi. Maklumlah orang tengah frust, tercengang girlfriend2 sy menyaksikan persembahan khas sy ketika itu.
Sekadar gambar hiasan- kenangan selepas Himpunan Hijau 1 Jun 2012, Stadium Darul Aman,Kedah
Tuesday, June 5, 2012
Mari Bersukan!
Tarikh kejadian : 25 mai 2012
Tempat kejadian : Denai Alam Recreation Club, Shah Alam
Memang sudah berlapuk gambar ini. tapi untuk tatapan sepanjang zaman sy ingin berkongsi pengalaman melakukan aktiviti outdoor di malam hari. Dikesempatan itu, sy sempat melakukan 2 aktiviti yang tidak pernah dibuat sepanjang 24 tahun.
Aktiviti Pertama : Menunggang Kuda
Kos : RM5.oo (untuk 3 pusingan kuda)
Muke gatal pakai helmet..hihihiii..tinggi ooo kuda ni,rendah sy dibuatnya.
yihaaaaa...kuda ni kachak dan sangat panas badanya. Setelah 3 pusingan agak pening sedikit.
Aktiviti Kedua : Belajar memanah mengikut kata orang puteh archery
Kos : Ditanggung Nisa'
Untuk pusingan pertama, yong mendahului sy, yela cikgu tu ajar betul2. Tak pe tak kesa pon.
yeah!! Sy pun dapat mata jugak walaupun bukan bull eyes, 5 markah tu! Warna yang disasarkan tu pun sama dengan warna baju n tudung sy. ahaks... Tapi setelah 12 anak panah dilepaskan. Akibat sakit telinga mendengar pengumuman cikgu yang markah sy masih KOSONG di pusingan ke 2. Sy hanya menjawab stail najwa latip...KOSONG.....KOSONG......
Aktiviti berakhir sebelum jam 12.00 tengah malam, memang berpuas hati walaupun masing-masing mendapat "cenderahati" di lengan akibat kesalahan memegang busur. Terima Kasih kepada Nisa' PJS!
Sangat seronok berada di Kelab ni, sangat sesuai untuk golongan ada2 seperti sy. Di bawah ini sedikit info tetang DARC.
*bermanja dengan blog yang sekian lama ditinggalkan.
Wednesday, May 9, 2012
Sunday, April 15, 2012
Saya Tak Suka Hutang!
14 April 2012 sekali lagi rakyat Malaysia bangkit, dimana golongan mahasiswa menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur, mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.
Mari tengok gambar ketika kejadian
Pelik..orang Malaysia ni lebih suka berhutang. Kesian tengok adik dan kawan-kawan yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi terpaksa berhutang seawal usia 18 tahun. Kalau nak pandai kena berhutang..apakah???
Thursday, April 12, 2012
The GELIsh Thing For Me
Kali ni sy mahu berkongsi perkara-perkara yang membuatkan tekak sy loya mahupun hati sy gelish bagaikan digaru dengan garfu. Mungkin sesetengah orang yang gelish, seram, takut, fobia dengan sesuatu perkara samaada benda, binatang atau perbuatan seperti takut kepada kucing, lipas, cicak, bunyi kilat,bunyi belon pecah and so on.
Benda pertama yang sy agak gelish secara peribadi ialah anak patung beruang seperti kebanyakkan gadis gemarkan di bawah ni......
Kalau yang bersaiz kecil boleh tahan la gelishnya lagi. Tapi kalau yang bersaiz besar dari manusia memang sudah macam raksasa! Seperti ini....
Diambil ketika sambutan Hari Krismas 2010, disebabkan kawan ni minat bear sy pun menepek bergambar bersama. Tapi tak dekat dengan raksasa ni lah.
Seterusnya, sy amatlah gerun dan seram apabila minuman dicampurkan dengan cecair ini. Jika meminumnya amatlah kembang tekak sy sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada perut sy. Memang badan sy tidak dapat menerima kehadiran cecair ini dalam tekak dan perut sy, tapi yang peliknya semasa sekolah rendah sy masih lagi boleh menerimanya dengan baik. mengapakah???
Hanya 'O' untuk minuman sy.
Benda kedua yang seboleh-bolehnya tidak masuk kedalam perut sy. Jika ianya berlaku maka meranalah perut sy menanggung keperitan bahana kepedasan sayur ini. Tahun ini saja sudah mencatat dua kes agak serius akibat terambil sayur ini, memang menyiksakan!
* mungkin gelish yang pertama tu boleh diubah persepsi kegelishan sy, tapi 2 benda yang terakhir tu bukan boleh dibuat main.
Cukuplah 3 perkara saja. Sekian!
Monday, April 9, 2012
My BuLan Penuh Disagat!
Lihatlah dunia..my BuLan Penuh yang baru berusia sebulan telah disagat dengan rakusnya oleh trak tentera yang gadang. Sudahlah mengalami kecederaan yang parah pada cermin sisi pemandu dan mendapat cakaran berbentuk XMen, encik tentera berkenaan tidak pula mengaku kesalahannya. Sudah mengagak ruang sehabis baik katanya, yang pelik kalau sudah mengagak sehabis baik kenapa mesti my BuLan Penuh sy terluka?? Ahhh..mentang-mentang dia besar dan gagah, boleh mencederakan kenderaan kecil sesuka hati la? Beberapa minit sebelum kejadian pun sudah berlaku cubaan mat rempit melanggar cermin sisi sebelah kiri. Memang mende nak jadi kan...
*pagi tadi sangat teruja melihat bulan penuh di langit. sangat indah!
Saturday, March 24, 2012
Kepala Robotku
Tahu bagaimana robot ini menggerakkan kepalanya? Tak sehebat manusia ciptaan Allah menggerakkan kepalanya. Amatlah sedih sekali sudah dua hari sy pergerakkan kepala sy sudah seperti robot dek kerana urat leher sy sudah berselirat. ADOI!
Bermula dengan sakit kepala yang teramat sangat, diakhiri dengan kesukaran tidak boleh menggerakkan kepala ke kanan ke kiri dan menunduk seperti biasa. argghhh......
Petang semalam, segera sy menyerahkan rambut kepada yang pakar untuk dipotong pendek. ya..hampir dua tahun rambut ini tidak potong. Sempat juga akak chantek itu tanya. "tak sayang ke nak potong pendek neh?" dengan angkuhnya sy membalas "tak! kepala sy da sakit sangat ni"
Walaupun potongan rambut sy kurang memuaskan tapi sy berpuas hati, akak chantek tersebut telah memberi perkhidmatan urutan yang membantu mengurangkan kesakitan sy.
*tidur lasak sangat ke sampai boleh tersalah urat bahu?
Monday, March 19, 2012
BR1M sudah habes!
Alhamdulillah.. tangan yang sedang menaip ini telah menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah diberikan oleh kerajaan untuk golongan yang berpendapatan rendah seperti sy. ahaks. Memang ianya satu kemudahan yang meringankan beban ketika tengah-tengah bulan sebegini.
Bertempat di S K U3,Subang Perdana benar-benar menguji kesabaran untuk mengambil wang saguhati dari kerajaan ni.
Disebabkan hari sabtu bank tutup, terpaksalah beratur panjang untuk menunaikan baucar ini. Betul-betul menguji ketahanan mental, terpaksa beratur dalam dewan yang panas.
ting!! bertukarlah kertas baucar kepada wang tunai!!
Malam kejadian,berjoli sakan disini.
gambar yang agak comot. tapi inilah keluarga saya.
tahniah kepada mereka. abah ni buat-buat sibuk pula ek.
Malam kejadian,berjoli sakan disini.
Keesokkan harinya, Abah dan Umie terlibat dengan majlis besar.
Ni baru betul pose dengan abah. Pelik akak jual bunga tu cakap sy lagi mature dari yong, apakah akak tu buta??
Kami bersantap mandy di sini. Tak snap gambar disebabkan terlalu lapar dan tak sabar nk baham kambing mandy.
Tuesday, March 13, 2012
hana humaira
Comel kan ni? Nurhannah Humaira nama die, sudah sebulan baru sy berkesempatan mendokong beliau. Sabtu lepas, die tidur semasa sy datang menjenguk. Tak sangka selepas sy menyerahkan hadiah baju comel ni kat mama die, terus die terjaga. Menggeliat sakat hana bila mamanya sarungkan baju comel.
Comelkan sy auntie???
Hanna memang comel la. Nanti sudah besar boleh kite cari baju comel2 lg ek.
Cepat besar tau hannah! muaaahhhh!
Ni la mama Hanna aka my BFF. Mama Maryam.
Thursday, March 8, 2012
All praises to Allah!
Segala kesakitan yang diuji oleh Allah mampu sy hadapi dengan senyuman [mungkin la kot]. Mengajar sy untuk mengingati sihat sebelum sakit. Juga tidak lupa untuk bertawakkal kepadaNya setelah segala usaha yang telah diusahakan yang termampu. KepadaNya juga tempat memohon agar diberikan kekuatan bagi menanggung dosa lama yang dibalas dalam bentuk kesakitan yang baru sy alami sekarang. Astagfirullahalazim..begitu banyak dosa sy!
Sekian lama juga meninggalkan dunia blog ditambah pula permasalahan yang didatangi bagi menguji tahap kereaktifan sy menghadapi permasalahan.
bila sudah sihat ubat ditinggalkan..Doktor,sy sudah sihat!
Monday, February 13, 2012
Esok Valentine La!
Yea..esok pasangan kekasih akan menyulam cinta lebih dari biasa dek kerana terikut-ikut budaya barat.
Esok juga sy turut mengambil kesempatan untuk mengambil cuti yang sedia ada untuk mengisi masa lapang dengan jayanya.
Semoga semuanya pulih seperti biasa. kesihatanku..kad atm ku..agar sy dapat bermain ombak di PD hujung bulan ni. Insyaallah!
*agak sawan, unifi dirumah dipotong. Lama tak menepek kt CC.
Sunday, February 12, 2012
Nice Lyric But Creepy Song
- Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
- Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
- Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
- Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
- Hati ini bukan milik ku lagi
- Seribu tahun pun akan ku nanti
- Kan… kamu…
- Sayangku
- Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
- Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Sangat suka dengan lirik lagu ni, sungguh puitis tapi bila dengar lagunya....
Monday, February 6, 2012
Sunday, January 15, 2012
Hassle & Gretel
Hari sekali lagi sy dan kakak menghabiskan wang sewajarnya bersama di One Utama. Memang seronok berjalan cuci mata sambil menolak troli barang. Sudah lama kami tak menjelajah OU, banyak kedai yang sudah berubah tempat dan kedai yang belum pernah kami jelajahi. Sehinggakan tempat ATM di Old Wing pun sudah dipindahkan. Macam baru pertama kali berkunjung je, kalau dulu pejam mata pun boleh tawaf OU tu.
Dipertengahan kunjungan kami terjumpa kedai yang sarat dengan candy. Penuh warna-warni!
Lolipop tu palsu ke betul ek..Tinggi sangat tak boleh nak rasa.
yess!! sy boleh pegang kapal terbang ni!
Subscribe to:
Posts (Atom)