KAWAN keSAYANGan

Monday, December 5, 2011

Nour baru saye [2]

Kali ini entry berkenaan dengan kucing lagi, ini kerana rumah sy sering diserang olek kucing jantan ketika waktu mengawan berebutkan 3 ekor kucing betina yang rajin mengirai bulunya. 

Bermula dengan anak-anak MAK miow yang telah sy ceritakan di ENTRY INI
Disusuli pula SI PUTEH yang telah beranak pada awal tahun hijrah lepas, memang chantek tarikh lahir baby miow tu. Tapi berlokasikan di bawah katil bilik sy. Pagi-pagi kalau sy lambat bangun akan kedengaran bunnyi anak miow memanggil maknya. Bingit tau..



Inilah mereka yang comel!




Tinggal kenangan anak PUTEH sebelum ni, dimana ketiga-tiganya telah menghembuskan nafas terakhir secara bergilir-gilir. Hanya sempat bermanja dengan yang dua ekor ni saja, SNOWHITE dan NOUR. Dimana SNOWHITE kelihatan lemah setelah seharian bermain di luar rumah, dan didapati keras tubuh badan keesokan paginya setelah berkali-kali dibangunkan oleh NOUR. Lebih menyayat hati apabila pada malam berkenaan mereka berdua ekor tidur dalam satu kotak yang sama dengan penuh kecomelan. Diikuti NOUR yang aktif pada mulanya, tiba-tiba menjadi lemah dan menolak apa jua jenis makanan. Selalunya dodol pun beliau berebut dengan sy sehinggakan jari sy pun digigit. Ditambah pula dengan kecederaan di bahagian ekor berkemungkinan digilis roda penyidai kain, NOUR akhirnya mengikut jejak SNOWHITE.


Kehilangan mereka diganti dengan dengan yang baru!




Sepatutnya mereka berempat tetapi salah seekor telah dibaham oleh kucing jantan aka bapak sendiri. Tak sampai hati nak snap gambar yang mati tu, mengerikan sungguh. Dengan keadaan mulut ternganga seperti sedang memanggil maknya dan bahagian belakang badan  telah dirobek. Sungguh busuk bilik sy ketika itu! 




Yang mati tu corak badannya sama dengan yang ini.




 First time dapat anak kucing warna macam ini.




 Snowhite versi2.




Disamping si PUTEH, maknya. Ketika penggambaraan ni, mereka berusia seminggu. Mata pun belum buka lagi, berjalan pun menggelatar. Badan tak stabil lagi. Tapi sekarang telah dipindahkan ke dalam kotak, setiap kali sy jenguk mereka mesti akan tersenyum dengan hati yang senang.


* akan ke pangkor esok, kepenatan kemas beg tapi tak penat update blog pasal miow.


3 kata mereka:

SheyPull said...

baru lepas follow blog awk...
wah comel lah dorang...:P


Hye awk, Jom la jengah BLOG saye pulak...: Telefon pintar punca sakit tengkuk dan jari yang kronik ?

fae jamal said...

comelnya miow dye..;)

cerita best said...

nk kucing 1 hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...