KAWAN keSAYANGan

Wednesday, November 2, 2011

Dentist Time!!!


kami perlukan rawatan....


Sangat ketidaksabaran untuk menyambung semula rawatan pergigian bersama doktor pelatih di PPUM setelah empat tahun tidak mendapat rawatan manja untuk gigi. Kali terakhir sy mendapat rawatan daripada Doktor Najib yang bertanggungjawab membaikpulih dan menyelenggara gigi sy yang agak rosak. Sehinggakan kes sy dijadikan projek terakhir beliau sebagai doktor terlatih,gambar gigi sy diambil untuk dipersembahkan sebagai bahan ujikaji (takngape gambar muka sy tak diambil)

Sepatutnya fail sy yang sudah rabak di PPUM dibuka semula bulan lepas, tetapi akibat kekangan masa yang tak dapat elakkan terpaksalah sy menunggu lebih lama lagi. Tak disangka ketika sy makan hujung minggu lepas, tampalan gigi sy telah pecah tergigitkan tulang ayam. Memang tak sabar gigi-gigi sy ni menerima rawatan manja dari dentist! Alhamdulillah..setelah mengadu kepada dentist yang bakal merawat sy, appointment sy telah dipercepatkan bagi menutup gigi yang rompong sy ni. hehehehe..

Tapi rawatan yang paling sy tak sabar untuk memanjakan gigi sy ialah SCALING, memang gigi sy ni perlu ditonyoh selalu akibat kotoran degil yang suka melekat kuat pada enamel.

Dan rawatan yang agak menakutkan sy...mencabut gigi yang sudah tiada pasangan. Pasangannya telah dicabut sebelum sempat tumbuh, akibat tumbuh secara tidak menegak atau senget. Dikhuatiri gigi yang tiada pasangan itu bakal tumbuh lebih panjang seperti drakula, tapi kedudukannya di bahagian belakang sekali ataupun gigi bongsu. Sila rujuk ENTRY INI

**17hb ni tak sabar nak jumpa dentist baru DOKTOR ARINA yang bakal merawat gigi sy.Tak kisah la kena ikut prosedur seperti ceritakan sejarah pergigian dan datang banyak kali ke sesi rawatan, janji gigi sy chantek dan tak rosak lagi! 

akibat kecik-kecik tak nak jaga gigi baik-baik.....


1 kata mereka:

hawiz said...

takot klo dgn ospital or klinik2 nih..waaa..........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...