KAWAN keSAYANGan

Friday, August 5, 2011

Berkat diPAKSA mengaji


Ramadhan di tempat baru yang mencabar,sy belajar merangkak dalam menguruskan hal kewangan sekolah. Memaksa otak untuk mengingati setiap format yang harus disempurakan, memang mencabar daya ingatan sy yang agak lemah ni. Tapi nasib baik bulan puasa ini diberi pulang awal setengah jam, akibatnya kerja sy agak tergendala setelah waktu bekerja dikurangkan. Hanya mampu menurut perintah.


Waktu rehat yang sepatutnya mengisi perut yang lapar pula diganti dengan aktiviti tadarus, satu aktiviti  yang mengejutkan. Buat pertama kali  diadakan dan diwajibkan kepada semua guru dan staf sokongan. Naqibnya terdiri dari ustazah dan  mereka yang arif membaca al-quran. Bermula jam 12 tengahari, sy menghentikan sebentar kerja duniawi dan mengadap ustazah bersama lima sahabat yang lain.


Terasa ringan lidah ini menyebut ayat-ayat suci walaupun tekak sedikit kering minta disiram. Hati dan fikiran sedikit tenang walaupun sebentar tadi keserabutan @ kerawat berhadapan dengan tugas. Kalam Allah ini memang cukup indah mengubat hati. Subahanallah!


Sungguh berterima kasih kepada abah selaku ustaz mengajar anaknya ini mengenal ayat-ayat al-quran dan membaca dengan betul. Abah sendiri mengambil kerja separuh masa dimalam hari mengajar anak-anaknya mengenal kalam Allah. Menjadi disiplin kami adik-beradik selepas solat magrib berjemaah, adalah masa untuk mengaji sehingga waktu isyak. Memang sampai kebas kaki duduk mengaji depan abah. Pernah juga abah tertidur semasa mendengar bacaan kami. Inilah masanya kami mempercepatkan bacaan menyudahkan sesi mengaji. Usaha abah memaksa kami mengaji sehingga ada ketika kami  dikejar dengan rotan satu rumah. Entah kenapa terasa berat sangat nak mengaji masa kecil dulu, agak kuat syaitan menghasut. Tapi kuat lagi doa abah untuk mendidik anak-anaknya ilmu Allah ini.


Hasil paksaan semasa kecil itulah sekarang anak-anak Encik Hesan tidak buta al-quran, kenal akan al-quran. Alhamdulillah... 






Gambaran pemilik belog semasa belajar mengaji ketika kecilnya, tapi hanya 50% adalah benar. (hasil bantuan encik google)


2 kata mereka:

Zul fattah said...

Alhamdulillah.. dapat jugak blajar mengaji kan? tapi saya masih belum khatam lg la.. belajar sendiri jew..
nk cari guru mengaji.. tp malu.. belajar dari kawan2 la..

Halimatun Sa'adiah said...

zul..insyaallah...kalo da niat nk blaja tu mist bole punye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...