KAWAN keSAYANGan

Wednesday, July 13, 2011

Mentakedarah Pagi2 Dengan Hanya RM4


Hari ini pagi-pagi sy menemani MAK CIK MUNI ke Bangunan MARA untuk bertanyakan mengenai pinjaman  pendidikan yang disediakan. Oleh kerana kami tiba awal di bangunan tersebut, maka sy mengajak beliau untuk bersarapan dahulu. Sangat lapar apabila melihat orang makan di sekitar medan selera tersebut, yea...sy tak boleh tengok orang makan. Tapi adik sy ni dah tetapkan awal-awal tak mahu makan di kedai mamak. Ok..banyak lagi kedai tak mamak kat sini. 

Lantas kaki melangkah menghampiri Mama Chops Papa Grills dan terlihat banner yang dipasang....



EATS AS YOU CAN.... yes i can!!

Maka cabaran itu sy sahut dengan perut yang kelaparan. Dengan agak terbenge2 sy pon mengambil santapan untuk pusingan pertama setelah membayar RM4 sahaja.

"Kuew tiaw goreng, Air Oren, Kuih yang sy tak tahu namanya dan Corn flake berendam susu."

Untuk yang seterusnya sy mencuba telur separuh masak beserta Roti Bakar.

Ingat nak bangun lagi untuk mengambil makanan tapi macik muni tu cakap "kita dtg sini bukan nak makan"... Ok.. berhenti makan!

Ternyata misi kami hari ini tidak memberangsangkan apabila pegawai MARA memberitahu, pinjaman pendidikan adalah untuk pelajar IPTS SAHAJA. Apa???? secara automatiknya, adik sy terpaksa lah meminjam dengan PTPTipuN. Ouuhhh...terima kasih!

Pagi ini juga sy berjogging di KL , memang menyeluarkan peluh apabila berjalan dari Bangunan Mara melintasi Pertama Kompleks dan Sogo, diikuti mendaki jejantas Bank Negara dengan memakai WEDGES dikaki. Memang TERBAIKK...rasa nak berkaki ayam setelah melihat sepasang bangkai kasut wanita yang ditinggalkan di sekitar jejantas Bank Negara. Alhamdulillah kasut sy masih boleh menampung kaki walaupun hanya kasut uptown RM20 sahaja.


moral of the day 1: Sekarang kalau nak belajar tinggi memang dipaksa membuat pinjaman. Mentang-mentang kami bukan yang senang mengecop duit. Tapi sy amat berbangga dengan adik sy ni, memang agak cemerlang dalam pelajaran jadi amat berbaloi untuk membuat pinjaman. Beliau merupakan Ex MRSM dan MATRIX.

moral of the day untuk sy : Sudah biasa dimanjakan dengan kereta, tak biasa bersusah payah naik public transport. Kalau didulu nak pergi Times Square dari Central Market jalan kaki je. Memang berkocak isi perut lepas mentakedarah berjoging

13 kata mereka:

hawiz said...

pehh....xley jd cmnie..dh la tank hawiz kecik...rugi rr...hohoho

Lydia Miza said...

wahh murahnyer?

Halimatun Sa'adiah said...

hawiz...xpe matun leh tolong abeskn utk kamu ek...

Kak LM..sy mmg ske yg murah2 ni..berbaloi2...

MrPingu Gonzalesz said...

wow lazatt

fae jamal said...

bertambah kurus la matun..hehe

myzziema said...

waw gila best! bayar RM4 and makan sepuas2nya? biar betuuuul. menu dia best2 pulak tu kan.

Fyqa said...

bestnye dpt mkn mcm tuhh

tomato said...

siyess murah !! ><

Zul fattah said...

bapak r..murah do.. boleh bungkus x?

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

murahnye.... tapi kuantiti makanan mesti siket kn... kalau aku meamng xleh... hahaha

~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~+~ said...

waah menu apa yang ada :D

Hana Soffelia said...

Wah, syoknya pi bekpes kt MCPG.. agak2 cwanganya kt ECM Kuantan mcm tu gak x? harus g cuba gak ni.. hehe

Qaseh Dalia said...

gumuklah pasni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...