KAWAN keSAYANGan

Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN yang diRINDUI


hasil pertama belajar photoshop

Bulan yang penuh keberkatan bakal menjelma, rindu rasanya dengan kedatangannya. Rindu untuk mendapatkan pahala amalan yang digandakan, rindu untuk merehatkan sistem pencernaan yang selama ini tidak berhenti beroperasi, dan rindu untuk berlapar di siang hari selama sebulan.

Ramadhan kali ini lebih berbeza dari tahun sebelum ni, sebabnya..
  • Sy tidak lagi bekerja dengan makanan. Tidak lagi berhadapan dengan patties GBC yang berkilat2 semasa sahur,yang penting tidak lagi menghidang makanan kepada mereka yang tidak berpuasa. 
  • Waktu malam sy tak terganggu untuk melakukan solat terawih sepanjang bulan. insyaallah.

 Sangat teruja menanti ramadhan tahun ni. Tak sabar nak niat puasa.


Sunday, July 24, 2011

Lagu sebelum tidur



Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan dunia

Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharapkan cinta yang Satu
Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu

Malu-mu bernilai
Kata-mu berhikmah
Hati-mu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh...Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu


* agak cair dengan ayat jiwang diikuti doa kepada Allah mengharapkan hubungan diredhai.
** alhamdulillah....hati keringku sudah disirami

Wednesday, July 13, 2011

Mentakedarah Pagi2 Dengan Hanya RM4


Hari ini pagi-pagi sy menemani MAK CIK MUNI ke Bangunan MARA untuk bertanyakan mengenai pinjaman  pendidikan yang disediakan. Oleh kerana kami tiba awal di bangunan tersebut, maka sy mengajak beliau untuk bersarapan dahulu. Sangat lapar apabila melihat orang makan di sekitar medan selera tersebut, yea...sy tak boleh tengok orang makan. Tapi adik sy ni dah tetapkan awal-awal tak mahu makan di kedai mamak. Ok..banyak lagi kedai tak mamak kat sini. 

Lantas kaki melangkah menghampiri Mama Chops Papa Grills dan terlihat banner yang dipasang....



EATS AS YOU CAN.... yes i can!!

Maka cabaran itu sy sahut dengan perut yang kelaparan. Dengan agak terbenge2 sy pon mengambil santapan untuk pusingan pertama setelah membayar RM4 sahaja.

"Kuew tiaw goreng, Air Oren, Kuih yang sy tak tahu namanya dan Corn flake berendam susu."

Untuk yang seterusnya sy mencuba telur separuh masak beserta Roti Bakar.

Ingat nak bangun lagi untuk mengambil makanan tapi macik muni tu cakap "kita dtg sini bukan nak makan"... Ok.. berhenti makan!

Ternyata misi kami hari ini tidak memberangsangkan apabila pegawai MARA memberitahu, pinjaman pendidikan adalah untuk pelajar IPTS SAHAJA. Apa???? secara automatiknya, adik sy terpaksa lah meminjam dengan PTPTipuN. Ouuhhh...terima kasih!

Pagi ini juga sy berjogging di KL , memang menyeluarkan peluh apabila berjalan dari Bangunan Mara melintasi Pertama Kompleks dan Sogo, diikuti mendaki jejantas Bank Negara dengan memakai WEDGES dikaki. Memang TERBAIKK...rasa nak berkaki ayam setelah melihat sepasang bangkai kasut wanita yang ditinggalkan di sekitar jejantas Bank Negara. Alhamdulillah kasut sy masih boleh menampung kaki walaupun hanya kasut uptown RM20 sahaja.


moral of the day 1: Sekarang kalau nak belajar tinggi memang dipaksa membuat pinjaman. Mentang-mentang kami bukan yang senang mengecop duit. Tapi sy amat berbangga dengan adik sy ni, memang agak cemerlang dalam pelajaran jadi amat berbaloi untuk membuat pinjaman. Beliau merupakan Ex MRSM dan MATRIX.

moral of the day untuk sy : Sudah biasa dimanjakan dengan kereta, tak biasa bersusah payah naik public transport. Kalau didulu nak pergi Times Square dari Central Market jalan kaki je. Memang berkocak isi perut lepas mentakedarah berjoging

Sunday, July 10, 2011

Hari memBERSIH



Seperti mana yang rakyat Malaysia sedia maklum semalam 9hb Julai 2011 satu perhimpunan yang berwarna KUNING telah diadakan dengan perkasanya di tengah-tengah ibu kota, Kuala Lumpur. Meskipun dikecam hebat oleh kerajaan Malaysia menerusi media massa dan pemimpin sendiri telah melarang keras. Itu tidak menggentarkan semangat rakyat untuk bangun demi mendapatkan hak masing-masing.

Ramai  yang masih tak paham, tak tahu atau kurang jelas dengan perhimpunan ini dan marah dan mengecam  kerana sudah dimomok-momokkan oleh medai massa yang sudah memutarbelitkan fakta yang sebetulnya. Terima kasih kepada Solihin Zubir kerana memberi penerangan secara terperinci tentang perhimpunan bersih di blognya. Kepada yang masih marah dan tak puas hati silalah kelik SINI untuk membuka minda kalian yang sudah disempitkan itu.


Semalam juga secara tidak sengaja sy telah mengikuti perhimpunan tersebut bersama-sama keluarga. Cuma umie dan abah tidak bersama kami kerana sudah turun awal-awal pagi bersama sahabat mereka. Jadi kami berlima beradik bersama touchngo masing-masing menuju ke KL dengan menaiki LRT. 

Perjalanan train berubah apabila melintasi stesyen KL Sentral, train tidak berhenti di stesyen tersebut sebaliknya terus bergerak dan berhenti secara tiba-tiba berdekatan dengan stesyen Pasar Seni dan Masjid Jamek. Diketiga-tiga stesyen berkenan tren tidak menurunkan atau mengambil penumpang seperti biasa. Semua penumpang memang cuak habis ketika itu. Melihat kepada pemandangan ibu kota yang lengang cuma di Pasar Seni kelihatan lautan rakyat sedang bangkit.

KL yang lengang

Akhirya tren menurunkan kami di Dang Wangi, sebaik saja keluar kami ditahan tidak dibenarkan keluar dari stesyen tersebut oleh pihak polis dan pengurusan LRT. Keadaan menjadi sesak sehingga kami menghempap antara satu sama lain, barulah pintu utama stesyen dibuka.

 Ketika kami tidak tahu arah tuju seterusnya,kelihatan sekumpulan penyokong BERSIH sedang berjalan menuju ke KLCC. Mula-mula lihat saja, tiba-tiba kaki ini melangkah dan menyertai kumpulan berkenaan.



 kami terserempak dengan Ketua Muslimat Pas Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan

 hampir tiba di KLCC

perjalanan di teruskan bersama....


Ok..da sampai kena duduk..


 kawan-kawan duduk

 kawan-kawan digi

Ucapan dari pemimpin seperti Dr Bard dan selebihnya sy tak berapa kenal. Diikuti dengan nyanyian lagu NEGARAKU.


Pelbagai kaum yang turut serta




Tweety pun ikut serta



Selesai ucapan kami dimaklumkan pihak polis dan fru mula menghampiri, kami diarahkan untuk bersurai tapi ramai yang berlari. Maka berlari anak la kami bagi mengelakkan dicekup, disembur atau cedera akibat tak ikut serta berlari.

Berlari sehingga kami berjumpa....



 Kami makan dulu di Secret Recipes, bangunan MCA. Satu-satunya tempat yang dibuka, hanya boleh duduk di bahagian luar. Pekerjanya begitu cuak semasa kami menyerbu premis tersebut untuk makan akibat kepenatan berlari.



Tak lama kemudian pihak polis dan fru membuat barisan beserta trak untuk mencari mangsa. Kawan-kawan lariiiiii!!

Tapi kami tetap meneruskan santapan pencuci mulut...


Wajah ceria kami selepas terlibat dalam himpunan yang dikatakan HARAM.

Selesai mengenyangkan perut,kami mencari jalan untuk pulang. Nasibaik lokasi kami berhampiran dengan Putra Lrt Ampang Park. Tapi sempat lagi kami merakamkan suasana ketika itu sebelum pulang.


 Polis berkuda kachak sambil membawa rotan panjang. Tapi kuda yang belakang sekali tu sempat membuang air besar di hadapan kami. yeekksss....


Jentera polis standby menanti mangsa. lokasi dihadapan stesyen lrt Ampang Park.


* Allahuakbarr!!!! KL berjaya diBERSIHkan....
** Umie, Abah dan adik lelaki sy terkena gas pemedih mata di Pasar Seni.
*** ini adalah pengalaman sebenar.

Thursday, July 7, 2011

Ditunda lagi...

Semalam sy mendapat panggilan dari pihak SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) bahawasanya kursus orientasi yang patut sy hadiri pada 7hb dan 8hb Julai TELAH BERUBAH. Dan sy akan mendapat surat lain untuk memaklumkan tarikh lain untuk sy menghadiri kursus tersebut. 

Yea...sy hanya mampu menurut perintah walaupun hati ini sudah berkobar-kobar untuk memulakan perkhidmatan. Tapi ini sudah masuk kali ke 3 tarikh sy untuk melapor diri untuk bekerja di sektor kerajaan telah berubah.

Semuanya bermula dengan rayuan sy untuk mendapatkan kembali jawatan yang telah sy "tolak". Untuk keterangan lanjut sila ke ENTRY INI

Setelah proses rayuan yang mengambil masa lebih 3 tiga bulan dilalui, ternyata rayuan sy itu diterima dan bakal melapor diri 4hb lepas. Keterangan yang menggambarkan perasaan sy ketika itu di SINI YEA

Tapi setelah sy berhenti kerja dan bersedia untuk melaporkan diri, sepucuk surat lagi sy terima membatalkan surat yang pertama dan menyuruh sy melaporkan diri dan menghadiri kursus orientasi pada 7hb dan 8hb pula. Tak apalah banyak masa untuk sy berehat dan bersenang lenang di rumah.

Kali ini sy tarikh itu diubah lagi. Duduk rumah sambil menanti abang posmen menghantar surat cinta lagi.



abg..surat sy ada tak??? yang nama PUAN HALIMATUN tu...


** nak kerja dengan gomen kena banyak bersabar.

Wednesday, July 6, 2011

Langkawi lagi!! (part2)


**sambungan dari entri INI


30.06.2011 KHAMIS


10:30pg Kami check out. Bersarapan di Restoran Tomato yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan kami. 


roti naan tandori yg sy order kurang memuaskan.


Setelah perut sudah diisi, kami ke destinasi seterusnya Makam Mahsuri. Macam lawatan sambil belajar la pulak kan...

keadaan dalam kereta yang agak padat.


pemandangan sawah padi yang menyejukkan mata.




Sampai di destinasi, bayaran rm5 dikenakan yang dikenakan untuk masuk ke dalam menyelongkar sejarah Langkawi.



Baca lah.....



Perigi Mahsuri. Airnya diproses dan dijual. tengah panas berjalan,rasa nk mandi je tengok telaga ni




Rumah Mahsuri. sila abaikan model.


Singgah ke Perusahaan Gamat. Pelbagai jenis produk gamat yang dihasilkan, bukan setakat minyak atau balm. Tapi bedak sejuk, bedak muka, lipscrub untuk penjagaan bibir,alat komestik seperti mascara, eye shadow.



Seterusnya ke Pekan Kuah, borong coklat lagi.



Dan destinasi yang dinanti, Dataran Helang


jom tangkap helang kawan-kawan!!!


sy pun rasa bersayap macam helang tu



16:00ptg Masa untuk meninggalkan Pulau Langkawi yang chantek. Terasa berat hati nak tinggalkan pulau helang ini.

demi mengabadikan kenangan di Langkawi,sy mebeli sehelai tshirt dan terus memakainya di terminal. 

19:00 Bertolak dari Stesyen Keretapi Arau.

05:20pg 1.07.2011 Tiba di KTM Sugai Buloh.


WE LANGKAWI


* Kau dan aku sahabat..untuk selamanya setia...teringat lagu unggu,sahabat selamanya yang selalu berkumandang dalam kereta sewa citra kami ketika disana.Buat kalian yang bersama semasa percutian  Abg Arep, Kak Azah, Kak Mas, Popo,Awie, Ann dan Syam.

** Entry yang dipenuhi gambar.

Tuesday, July 5, 2011

Trip To Langkawi (part 1)


Sy hampir tidak mengikuti percutian ini, tapi setelah dipujuk dan mendapat tajaan duit poket serta tambang.tapi sy bayar balik ok setelah gaji masuk. Sy pun mencukupkan penyertaan dari pihak perempuan. Terima kasih kalian. Sedikit pengalaman sy di Langkawi bersama kome.



mai da helang...tp L tak muat pulak


28.06.2011  SELASA

21:30 Bertolak dari stesyen keretapi KTM Sungai Buloh dengan perasaan girang. Kami memilih kabin katil Senandung Langkawi untuk keselesaan, tapi masih tidak dapat menidurkan diri kerana tak sabar untuk berjumpa helang. Dalam perjalanan yang terhoyong-hayang dibuai keretapi, dua kali kami menikmati supper di koc kantin mengirup minuman panas. Mata masing-masing sudah merah dan bengkak, akhirnya kami tertidur juga dibuai alunan pegerakan keretapi.


Wajah-wajah tak boleh tidur ketika train berhenti di Ipoh. memang sengaja tak menampakkan wajah sendiri.


29.06.2011 RABU

08:30 Pagi yang nyaman tiba di stesyen Arau. Terus mengambil teksi menuju ke Terminal Feri Kuala Perlis, perjalanan yang mengambil masa kurang setengah jam dipecut lebih 100kmj oleh  pacik teksi yang hebat mentang-mentang jalan lurus tak belok2. 

huh?? da sampai??

Sarapan pagi di Restoran Haji Abd Ghani 2, terletak berhadapan dengan terminal. Dibuka 24 jam,macam Mcd juga. Memang banyak pilihan makanan, bukan roti canai atau nasi lemak je laksa pun dihidang untuk sarapan. Memang syiokk!! Tapi mabuk dalam train tadi mula terasa,terasa agak terhoyong-hayang.bertahan! sempat juga sy mengecas bateri fon.


09:30pg Menaiki feri ke Pulau Langkawi. Setelah diberi penerangan ringkas tentang langkah keselamatan jika berlaku kecemasan di dalam feri, dihidangkan dengan cerita Kongsi, Lu Langsi Lu Mati. Perjalanan yang hujan lebat, membuai sy untuk tidur sehingga mulut terbuka. sangat memalukan!!

ape bacenye ni???

10:30pg Tiba di terminal Langkawi. Menunggu kereta sewa yang kami tempah dengan bro yang menawarkan pakej penginapan serta kereta sewa ketika kami bersarapan tadi. Menuju ke Pantai Chenang dengan cuaca hujan lebat. Tak dapat la kami terus terjun mandi pantai.


suasana agak sendat dalam kereta sewa citra kami

12.00tghr Check in di Tanjung Malie Resort, kami mengambil dua bilik, lelaki dan perempuan. Rehat dan bersihkan diri sementara menunggu hujan reda, perut sudah berdondang sayang. arggghhhh...sabar ya perut..

15:00 Hujan pun reda. Kami mengisi perut di Restoran Sambal Tumbuk, berhampiran dengan tempat penginapan berhadapan dengan Langkawi Free Tax Zone. Jalan kaki je! Sy memilih untuk bersantap dengan Nasi Goreng Paprik bersama Jus Epal, terbaikk!! 


agak ketawa besar dapat makan

Selesai makan terus menuju ke Langkawi Free Tax Zone bersebelahan Under Water World. Setelah masuk kami dilanda kemaruk coklat dan menerkam dengan rakusnya coklat yang murah2 seperti DAIM.


Dalam kawasan Langkawi Free Tax Zone tak boleh ambil gambar, ni semasa di Pekan Kuah.

17:00 Bertukar untuk mandi-manda!!! Kawasan pantai yang berdekatan dengan tempat penginapan kami kurang mengancam, jadi kami ke kawasan yang lebih havoc. Agak jauh tetapi banyak aktiviti pantai  seperti banana boat, jet ski dan parachute. Tapi kami tak main pun, pelancong asing lebih menggemari aktiviti itu. Sy hanya memilih untuk bermain ombak bersama mereka.

lagi seronok dilambung ombak dengan Mail Lambung.

19:00 Balik ke bilik. Bersiap untuk makan malam. Tapi masing-masing terlena selepas penat bermain pantai petang tadi. Terpaksa tidur dalam keadaan lapar.




01:00pg 30.06.2011

Masing-masing tersedar dari lena akibat kelaparan. Makan ala-ala seafood. Lokasi agak terlupa.


02:30 kembali sambung tidur.


** berhenti menaip untuk berbuka puasa. nanti sy sambung cerita lagi. ce cite..ce cite...

Friday, July 1, 2011

Selamat Tinggal M





Detik- detik terakhir bersama M tak mungkin sy lupa. Walau hanya setahun + sebulan sy bersama dengan mereka, berat juga rasa hati untuk menukar karier. Kerja yang dipenuhi scandal kemeriahan yang melampau.




Kenangan terakhir bersama M....


CREW PICNIC 2011 DESA WATER PARK






bersama kawan - kawan baru THE CURVE..









bersama kak dede saye!!!! kachak kn die??





menyelit di sebalik kemeriahan KOTA..






Games time!!! Gagah abg sam membawa kami


memang syok habis!!!




kak zura menjeling disebalik kegumbiraan sy??





*Susah nak update entry ni,tergendala hampir 3 hari.
** Hati masih berada di Langkawi. Nantikan entry percutian sy menghabiskan wang di PULAU LANGKAWI..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...