KAWAN keSAYANGan

Saturday, May 21, 2011

hari pertama sy..



Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar hari ini. Bangun pagi dengan sendirinya,walaupun malam tadi susah nak tidur. Sibuk menyiapkan keperluan untuk esok hari, menggosok uniform, kemas beg tak lupa juga helmet untuk merempit pagi2 nanti. sudah macam budak sekolah je kan. Padahal agak gugup menghadapi hari esok. Ditambah dengan muka membengkak kerana jerawat buta (puas picit jerawat nak keluarkan mata). Tapi lepas beliau menghantar sms (baru habis kerja) barulah boleh tidur, tu pun pukul 2.30pg. apakahh??



Sungguh tak terduga kedatangan sy ke The Curve seperti dinanti-nantikan semua. Penerimaan mereka memudahkan sy untuk menyesuaikan diri bekerja disana,walaupun banyak membawa pengaruh SOC dari Kota (Station Observation Checklist atau bekerja mengikut prosedur yg telah ditetapkan). Memang asyik kena perli la sy tadi, tak dinafikan McD Kota tetap diingatan. Sungguh merindui suasana bekerja dulu, tersangat happening, ruang kerja yang luas boleh main lari2 @ kejar2 sampai jatuh (yea..aku da 2 kali jatuh kat McD Kota, bukannya sy menangis tapi gelakkan diri sendiri). Mungkin tak lama lagi aku bakal mencipta kenangan disini.




Harapan yang diletakkan manager ku Kak De dan Abg Sam pada sy amatlah mengharukan. Memang memberi semangat untuk sy bekerja semula. Terima Kasih kerana mempercayai diri ini. Kalau lah kita masih di McDKota......








Kenangan Drive Thru Challenge 2010..Sy diberi tugas Counter Crew saja,maklumlah baru masuk kerja. Tapi inilah wajah-wajah ceria kami bekerja keras bersama. 


Kak De..muka dipinggirkan
Abg Sam..posing terlentang,masa ni dia masih Crew Leader
Popo..yang besar sekali, mereka berdua ni orang kuat drive thru
Kak Su..dihujung menjengokkan muka
Kak Mas...antara Kak Su dan Kak De..terbaek la kak!!






**gambar ni saja yang sy jumpa merakam detik2 kami bekerja satu ketika dahulu..walaupun terdapat juga mereka yang tak berkaitan. 


kenangan terbaik semasa kami berpicnic..PANTAI TIME

5 kata mereka:

Unknown said...

wah!meriah gila first day!huhu

Halimatun Sa'adiah said...

err...tu gambar kenangan 2010 la...

Anonymous said...

ahaahaha... mesti rindu giler kn dulu punye mcd. awwww

Khuzrin Kamarudin said...

pergh... best je kan?

Unknown said...

teringat masa sy kerja mcd dulu

Surat Terakhir Mona Fandey Sebelum Meninggal Dunia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...