KAWAN keSAYANGan

Wednesday, March 30, 2011

Sepucuk Surat Cinta Lama

Malam ni,sy dan keluarga dikejutkan dengan sepucuk surat lama yang benar-benar bernilai dan bakal mengubah nasib sy. Naik mengamuk abah sy mengenangkan surat tersebut. Sy dan kakak hanya mampu tersenyum,umie tidak mampu berkata apa2.



Surat ini diterima pada 4hb Januari 2011, untuk sy. Daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.




Surat perlantikan sy sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Dan harus lapor diri pada 15 Januari 2011 (Sabtu).


Dan surat ini telah dibuka pada malam ini bertarikh 30 Mac 2011, jadi selama 3 bulan surat ini menghilangkan diri.


Esok sy akan ke pejabat di Putrajaya untuk menjelaskan perkara ini bagi menggelakkan nama di blacklist.


pss...Mungkinkah sy yang terima surat tetapi tak perasaan nama sendiri yang tertera???
Tidak berniat langsung nak menolak rezeki.


Tuesday, March 29, 2011

Ini Kisah Cinta Yang Saya Idamkan....Insyaallah...


Secara jujurnya sy telah mencopy ceritera cinta yang sangat indah ini. Sungguh sy tertarik dengan kisah cinta yang mengajar erti sebenar bercinta. Terimalah persembahan kisah agung cinta Saidina Ali RA dan pteri kesayangan Rasullullah, Fatimah Az-Zahrah......

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.
Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.
Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaAllah lebih bisa membahagiakan Fathimah. ’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri.
Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya.
Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.
Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karana sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
*********************************************
Begitulah cinta yang bersenikan diam. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya. Memang sukar menjadi mereka, tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar. Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali, melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhaiNya, yakni pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.
"Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu, redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita."
pss--- Kepada dia yang telah dijodohkan untukku........saat ku jatuh cinta denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah diriku didatangi keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku...insyaallah....

Monday, March 28, 2011

KU DISERANG IKAN KELI..KURANG ASAM!!

Pagi memang semangat nak buat kerja rumah,selepas kemas rumah terfikir apa yang nak dimasak hari ni. Buka peti ais jumpa ikan keli 5 ekor. Nampak chantek je. Sedap neh. Basuh lebih kurang,kerat dua tak lupa lumurkan dengan garam kunyit humban goreng dalam kuali.
Perrgghhhhh..... Detik inilah bagai kilat sambung menyambung bunyinya diikuti percikan bunga api menyerang sy yang tanpa perisai. Betubi-tubi sy diserang tanpa bersalah.




Kesannya seluruh lengan sy kelihatan tanda2 lovebite kemerah-merah dikerjakan ikan keli tadi,pedih seluruh tangan dibuatnya. Ini baru 3 ekor menyerang. Berhenti menggoreng,terfikir pula mahu mencuba masak gulai tempoyak. Terus call yong mintak petunjuk,sempat juga mengadu diserang ikan keli. Gelak yong mendengar sambil bagi petua "cuci ikan mnggunakan asam jawa". Ouuhhhhh..patut la meletop teruk.


Proses memasak gulai tempoyak pula agak mudah,tapi sy seperti kurang yakin. Maklumlah cubaan pertama memasak lauk kegemaran. Memang tak yakin tapi ingat pesan yong,bahan-bahan kena gaul sebati dulu baru letak atas api. Gaul dengan tangan!  Patut la syg umie & yong lebih, gulai tempoyak dorang pn sedap menjadi kegemaran kami sekeluarga.


Tapi.kenapa gulai tempoyak sy merah bukan kuning macam yong selalu buat??? Nak rasa pun takut. Bila rasa memang pedas seperti warnanya. Waaaa...sy GAGAL memasak hari ini!











                              urmmm...Kalau keli ni pulak yang meletup sakitkan org tak??

Friday, March 25, 2011

Maher Zain pun guna kalimah ni...



                         wallaweyy!!! kachak kan?? opss...subahanallah...indahnya ciptaan allah!

Untuk hari jumaat yang mulia ini,sy terbaca artikel ini dari seorang hamba. Cukup ringkas tapi saling berkaitan dengan kehidupan kita seharian. Kata-kata yang sering kita ungkapkan tanpa sedar atau sengaja mungkin hanya sia-sia atau mungkin lebih menyakitkan pihak yang mendengar jadi apa kata kita cuba tukar dengan kalimah yang lebih chantek dan molek untuk didengar. 

Barang siapa hafal tujuh kalimah, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut.
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
Jom kita...atau terus terkam dengan gelojohnya

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
Tukar dengan-----------  yess..i got it!...haa beres...siap pun

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah mengeluarkan perkataan yang tidak patut.
Tukar dengan----------Opss.... eh..tersasul pulak... pa yang aku mengarut ni??

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
Tukar dengan------Orait... Okay je... Sett....Tengok la nanti atau yela-yela...

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
Tukar dengan---------Damn..shit...pe kess ni??? what the hell or f**k?? blah la!! haishhh??? biar betul...

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
Tukar dengan--------Alamak!! apa da jadi ni.. Aduhh..aku kena lagi???

7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa, kerana sudah biasa.
Yang last ni lagi penting.

Maher Zain pun buat album Insyaallah,lagu alhamdulillah lagi tu.meletop je nama dia satu dunia. Tu la namanya keberkatan yang Allah berikan bila kita mengingati kalimah indah ini. Kita tak kan nak malu sebut pulak kan?
Jom kita tukar!!

Thursday, March 24, 2011

Adakah ini tandanya ku sudah jatuh *****???


Yea...minggu ini sy mula merasa kelainan yang berlaku terhadap diri ku ini. Walaupun agak sibuk,tapi sy percaya itulah yang terbaik untuk meneruskan kehidupan. Orang cakap,cerita lama tak usah la dikenang atau diungkitkan lagi. Memang sy degil..
Segalanya bermula dengan sengaja membuka diari cinta lama yang sudah berhabuk,kononya nak hapuskan dengan niat nk bako je. Tapi sy telah membakar semula ingatan ini untuk mengenang kembali setiap kronologi sejarah chenta lama yang telah terkubur itu. Sungguh sy tertewas dengan perasaan ketika itu. Bergenang lah air melalui tubir mataku ini, tetapi tidak sama sekali ketika menerima ungkapan putus dahulu. Adakah itu tandanya sy sudah semakin kuat? mungkin la... 
Sudah ku buang istilah CHENTA jauh-jauh dari diri ni. Ianya telah hilang seperti beliau menghilangkan diri dari sy.


Tetapi sy makin merasa tanda-tanda yang sekian lama tak hadir dalam diri ini. Kali terakhir pun ketika beliau memberi khabar yang tidak enak tentang status hubungan kami. Memang ianya bakal memberi kesan buruk dan sy da tahu akibatnya,tapi sekali sekala apa salahnya kan?? Dengan tak sengaja sy telah.................................urmmmmm..............






Maaf..tanpa disedari ok??? Dan ini bukan sy,macik google tu tak senonoh

Saya bakal jatuh SAKET la!!! Patut la semalam rasa lemah sangat badan ni,tapi pergi kerja jugak. Sebab manager hantar kawan datang rumah jemput sy pergi kerja malam tadi.

Yang pastinya,sy tak sabar nak berjumpa dengan doktor tak hensem untuk merawat serta yang paling penting bagi MC kat sy.nak mc sepuluh 10 hari boleh?? (= 







Wednesday, March 23, 2011

SAMPAI BILA NAK PANDAI NI HAA???

Pagi tadi buat kedua kalinya sy mengikuti kelas memandu motokar,setelah lebih kurang 3 minggu meninggalkan kelas. Memang berdebar-debar la....macam kena pakse je kan?? Bukan apa,sy ni mengalami kesukaran untuk mengingat dan menangkap apa yang diajari dengan pantas..jujur!


Macam biasa,dalam perjalanan menuju ke sekolah,sy ambil masa untuk merehatkan mata  atau bahasa yang lebih indah "beradu". Tapi hari ini kereta agak pack dengan student, xpe la..walaupun budak dua ni lelaki da tentu baye adik2 aku kn?? Dengan senang nya aku melelapkan mata sementara perjalanan masih jauh dan jalan pin sesak. Perghhh...memang sy rasa nikmat tidur yang agak lama walaupun tanpa bantal dan tidak berlokasikan bilik sendiri. Sekolah pun tak jauh lagi..tiba-tiba....                        










kepalaku tersentak kat bahu adik sebelah ni.....hah??? segar terus mata ku! amek ko
hahahhahaaaa...tak senonoh anda matun......pagi-pagi da buat malu...
nasib baik adik sebelah tu buat relaks je...akak memang kuat tidur la dik....harap maklum ek...
psss...bahu adik tu kurus..sakit ooo kepala ni...

OK..tak nak malu da....pasal pembelajaran memandu motokar ku,alhamdulillah agak memberansangkan walaupun satu badan sakit sangat. manja sgt pon kn..


Lagipun macik yang mengajar aku ni,kawan lama parents sy jadi sy kurang mendengar leteran cuma terpaksa mendengar ksiah-kisah yang agak privasi ang boleh dijadikan pedoman untuk sy. Kadang tu kusyuk sangat bersembang sampai lupa step yang seterusnya..apakah?? Memang sy ni pantang diajak sembang, gosip macik2 pun nak layan jugak. parahhh!!


Selepas sejam belajar --------- kaki kanan da rasa kibas  kebas...waaa....nak menagis mintak behenti belaja je rasanya. Tapi masih boleh fokus lagi kot, kuatkan semangat!! nak lesen ke tak nak ni haa cik matun??

Hampir dua jam -------- dengan tak semena2, sy jadi cuak bila abg yang mengajar sy dalam kelas sebelum ni (anak macik tu jugak) berada di hadapan kereta. Dengan gayanya seperti bouncer. Masa ni la kiri bertukar kanan...tettt....hilang fokus sudah,motokar pun da senget. 


macik: awak da penat ke halimatun??
saya: (=   *****sengih2 mintak simpati la konon..padahal da haus macam kat gurun 
macik: kita stop dulu la..minum dulu..
saya: yea..minum!!
macik: haaa....da lapar rupanya..tadi tak nak makan
saya:*****dengan girangnya turun kereta pegi order ayor






yey!!! kelas habis....balik umah.....
......memang perangai dari zaman ikbn dulu paling awal balik kelas....bhahaahaaa......










        sy sangat suka bawak kereta ni....expert tu!!! tak payah susah2 pegi kelas pun...hihihiii

Monday, March 21, 2011

SEMALAM TADI KU DISERANG SINDROM PRAHAID PSIKOLOGIKAL


Airmata berguguran                                      
Menyapa penantian
Yang kecundangan
Cinta ku kau persiakan
Tiada arah haluan
Terbiar sayang
Akan ku simpulkan tangis ini
Memaut harapan yang tenggelam
Menjelmalah wahai sayang
Biar pun sekilas pandang
Oh di mataku
Di dalam keresahan ini
Inginku mengadu rindu........






Semalam sy rase sedih sangat dek kerana teringatkan kisah lama yang amat menyakitkan. Emosi sy memang betul-betul terganggu, lagi2 terkenang kenangan yang agak indah satu ketika dulu. Setelah puas membengkakkan mata yang sepet ni, hati pun makin tenang baru sy terfikir.........
da sampai masanya ke????
tapi masa mandi tadi ok lagi...


Pagi ni, rasa tak selesa..maka khidmat librese diperlukan. Diikuti sakit kekejangan yang mulai dirasai pada bahagian bawah abdomen sy,kepala pun rasa berat, kaki pulak da rasa kibas kebas.


Yea...sindrom diatas ni memang sering dialami oleh mana2 gadis atau wanita seperti saya. Penawarnya pun memang sy selalu standby,telan painkiller je atau ubat tahan sakit.


Tapi sindrom yang dialami malam tadi memang sy tak standby ubat,cuma selalu standby mata bengkak je. Sejak chenta sy hilang 8 bulan yang lalu,sindrom ni yang paling ketara telah berlaku dalam diri sy. Meskipun ianya sudah lama berlaku tetapi sy tetap tidak dapat mengelakkan sidrom ini tejadi. Atau mungkin ubatnya belum sy temui lagi dan melainkan sy mengalami kehilangan ingatan.




Sila elakkan mendengar lagu2 jiwang yang bisa membawa kenangan lama itu menyentuh ingatan dan hati yang lemah ini........








                                                                 O


                                                                 P


                                                                 P


                                                                 S


                                                                 !










maap..sy tak boleh lupakan anda....





Friday, March 18, 2011

YANG PALING DIGERUNI KINI MENJELMA????

arggghhhhh...tidakk!!! Sungguh ku tidak boleh menerima hakikat yang berlaku ini. Adakah salah aku leka dengan penjagaan makanan yang sihat?? Sungguh aku malu dengan apa yang telah terjadi. Ya! ia benar-benar telah berlaku ke atas diriku. Meskipun sebelum ini aku cukup berjaga-jaga untuk mengelak ianya terjadi.




Antara amalam-amalan yang saya selalu elakkan dalam kehidupan harian


MINUM SEMASA MAKAN


ha..yang ini memang pantang bagi saya,amalam yang sudah sebati dengan diri. Selalunya saya akan bedal ayor secukupnya setelah habis makan,kemudian barulah sendawa kekenyangan. opsss...termengaku pulak. Memang berhasil ajaran umie saya menjauhkan minuman kami adik beradik semasa makan sedari kecil dulu,hasilnya tangki perut saya akan cepat sendat jika minum sebelum makan atau makan sambil minum atau sebaliknya.Kalau betul-betul dahaga pun saya akan minum seteguk dua ayor aje. Selalunya kalau makan kat luar saya akan pesan air panas,air tu akan sejuk/suam2 kuku selepas saya makan.




NO ICE ICE BEBEH


Minum minuman yang mengandungi ais atau sejuk menjadi pantang kedua saya, tapi kalau sudah dihidangkan takkan saya nk buang terus kn?? Jadi saya akan mengelak dari minum ayor yang dingin2 ni,kalau beli ayor tepi jalan pun saya akan request no ice ok ! Agak memilih saya kan? Bukan saya sendiri yang merancang untuk memilih sebegitu tapi hakikatnya tekak saya ni alah pada ayor sejuk. Jika cecair yang agak dingin mengalir dalam tekak ni,secara automatik tekak akan berasa sejuk ( tu memang la kan) dan akan batuk secara tiba2. Mungkin ini satu amaran yang diberikan oleh tekak saya untuk tidak menerima ayor sejuk masuk ke dalam badan saya.
Memang banyak fakta yang menyatakan tentang kemudaratan ayor sejok ini,terutamanya bagi yang mengutamakan badan dan artis2 yang bersuara soprano bukan rock.






                               Kelihatan amat menggiurkan tapi sukar untuk diterima tekak sy.....








AIR KOSONG SUAM2 KUKU


Air yang paling sedap bagi saya,kalau kemualan melanda ubat ni la yang saya akan cari dulu. Tapi kalau ayor ni da tak suam2 kuku sudah hilang nikmat bagi saya. Lebih menyelerakan selepas makan makanan yang berminyak. Antara fakta yang saya dapat...


"air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim inestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan."














SENAMAN SIT UP


Yang terakhir ni memang saya tak pernah amalkan,hanya nak berkongsi petua sahaja. Bagi sesiapa yang rajin bersenam mungkin sudah medapat hasilnya. Tapi mungkinkah kalau perempuan yang mengamalkan secara berlebihan akan terhasilnya six pack?? ehh..ada ruang ke untuk six pack kalau perempuan??








                                                           errr..gagah nye akak neh..ada six pack lg tu...










Tak dapat ku percayai perutku semakin menimbul. Apa kes ni? si kurus berperut buncit. waaa....tak suke2.........Tapi fakta terbaru yang saya dapat mengatakan yang stress atau tekanan juga menyebabkan kegemukan. Ini kerana  apabila anda stress, paras kortisol (hormon y boleh menyebabkan kegemukan) akan meningkat.


Tapi siapa pulak yang menekan saya sehingga menyebabkan saya angin satu badan ni?????

Wednesday, March 9, 2011

KENAPA SAYA MAKIN TAK SEMANGAT NAK KOJE??



Perghhh...pengakuan yang agak berani sy buat kat sini ialah mutu kerja sy yang semakin menurun macam papan gelongsor kat taman permainan. Hari-hari tengok jam mesti  menanti detik detik 11 malam sehinggakan tertidur dan dikejutkan dengan panggilan dari tempat kerja.


SITUASI PERTAMA (boleh dimaafkan lagi)
manager: matun kat mane??datang tak??....datang.. ondaway2.. Setengah jam kemudian...sy da sampai!! alhamdulillah...matun datang pun kan. Bagus jugak la sy datang juga kan walaupun lambat setengah jam atau lebih lagi.

SITUASI KEDUA (terus tak kerja)
Panggilan dari mcd masuk bertubi-tubi tetapi sedikit pun tak mengganggu tidur ku. Akibat aktiviti di siang hari yang terlampau membuatkan diriku pengsan tidak sedarkan diri. maaflah..matun tak sihat arini..padahal alasan semata-mata

SITUASI KETIGA (agak manja)
Panggilan yang diterima tak terjawab. Tiba2 adik kejutkan, kawan datang jemput pergi kerja. ok...tunggu matun siap mandi dulu ek.

hahahhaaaa...macam tu la gelagat sy nak pergi kerja. Atau sy kena tukar kerja dan duduk dirumah untuk tidur sepuas-puasnya. Mungkin kalau duduk kat rumah ni ada pulak yang datang masuk meminang. urmm...bagus jugak tu kan?? hehehehe

Ada sesiapa nak bagi tips bagi mengelakkan situasi diatas ni berulang kembali??


TAPI BILA DA PEGI KEJE TU, RASE BEST LA PULAK KN...

Tuesday, March 8, 2011

SAYA SANGAT SUKA DRAMA "BEGITUKAH CINTA"




Selepas drama akasia "TIRAMISU" tamat, "Begitukah Cinta" pula menjadi tontonan sy. Tapi drama kali ni betul-betul menarik minat sy untuk terus menonton. Kalau dulu cerita TIRAMISU sy suka sebab ianya berkaitan sedikit dengan dunia pastri,tajuk pun sedap je dengar. Tapi drama kali ni menarik minat sy untuk melayan drama yang agak menyentuh perasaan sedang ingin bercinta. jiwengs le pulak.  Sehinggakan membuatkan sy tiba-tiba tersengih sendirian. aduihh..  




Ditambah pula lagu-lagu yang romantik masa kini seperti Sungai Lui dan Janji,Akem. Pengakhiran cerita lagu Ku Ada Kamu,Adira. Jangan terkejut..Nazim juga menyanyi dalam drama ini menerusi lagu Cinta, mula2 dengar lagu ni ingatkan suara Imran Ajmain. Berbakat juga nazim dalam bidang nyanyian ek.




Diserikan pula dengan hero yang agak kachak NAZIM OTHMAN sbg "nazril" si anak orang kayas bergandingan si gadis hitam manis AINUL AISYAH sebagai "riana". Mengisahkan percintaan yang agak romantik tetap dihalang hebat oleh mama nazril lakonan AIDA KALIDA tetapi mereka tekad untuk bersama dan mengharungi keperitan hidup bersama walaupun nazim telah hilang penglihatan.




Yaa..begitulah sedikit sebanyak yang sy dapat simpulkan setelah menjadi penonton setia drama bersiri ni selama 12 opisode sehingga semalam. Petang2 memang tak sabar nak menonton kisah romantik ni. Kalau terlepas pun sy akan menonton secara online kat intenet,mungkin selepas ini sy akan mengdownload cerita ni pula..perghhh...fanatik gile!








merekalah couple yg sweet..tp dlm drama lah ek




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...