KAWAN keSAYANGan

Tuesday, February 8, 2011

TIPS APABILA DIBERI CUTI aka DIGANTUNG KERJA












wahh...memang bermasalah pekerja yang diberi cuti itu kan?? ye la..kalau orang berkenaan itu merupakan pekerja yang terbaik di mata majikanya takkan la sampai dikenakan tindakan sedemikian ..melainkan beliau menjadi mangsa dianak tiri ditempat kerja sendiri.


Tapi tak pe,jangan kusut2 sentap meroyan mual2 pening2 apabila anda dikenakan tindakan tersebut. Ambil la kesempatan bercuti yang anda perolehi ini dengan senang hati. Bukan senang tau permohonan untuk cuti seminggu diluluskan pihak majikan,kali ni diberi tanpa diminta.




TIPS PERTAMA
Sebaik sahaja anda mengetahui nama anda dipilih untuk cuti seminggu seharusnya anda BERSYUKUR ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya anda dapat merehatkan badan dan otak dari dibebani dengan kerja anda yang sentiasa didatangi masalah bertalu-talu.










TIPS KEDUANYA
Dengan pantas anda seharusnya merancang aktiviti yang bakal dilakukan selama seminggu tanpa henti. contoh nya pagi; tidur petang; tidur malam;memang masa untuk tidur pun.Saya contoh ni bukan pe, sememangnya kalau kita bekerja keras apa yang kita akan pikir selepas itu ialah rehat aka TIDUR. Jadi gunakanlah kesempatan ini untuk anda bermanja-manja dengan bantal confoter baby beruang yang telah anda abaikan sekian lama di bilik tu.




luangkan masa bersama bear kalian ek...









TIPS SETERUSYA
Seelok-eloknya SIMPAN UNIFORM ATAU BAJU KERJA anda tu dalam almari dalam2.Bukan apa dikuatiri terlupa yang anda sedang bercuti lalu memakai uniform atau pakaian kerja tu dan sedang muka tak bersalah anda pergi ke tempat kerja. uishhh...memang menempah malu tu!










LAGI TIPS
HILANGKAN INGATAN anda tentang kerja dan kalau boleh tak usah fikir langsung tentang konflik yang sedang anda hadapi ni. Usah rosakan mood "percutian" anda dengan memikirkan hal "remeh" ini. Lagipun benda da jadikan.hahahahaaakk












TIPS PENUTUP
Disebabkan anda telah mendapat ancaman hebat dari majikan anda,apa kata anda terus menulis "surat cinta"kepada majikan menyatakn hasrat untuk memutuskan hubungan yang telah terjalin aka surat RESIGN.
Memang majikan anda akan menerimanya dengan tangan yang terbuka,tapi mungkin rezeki anda beliau menyesali tindakannya "mencutikan" anda dan terus merayu agar anda kembali bekerja kerana baru menyedari yang anda lah selama ini yang banyak membantu dalam syarikat. terharu kot. atau dilain situasi majikan menerima surat anda dengan senang hati,yang tu ada baiknya anda standby kerja lain dalam tempoh seminggu "percutian"








.............mungkin sampai sini kot saya dapat kongsi tips dengan anda..ambil la ikhtibar dari tips ni ekk...moh koje!!

1 kata mereka:

nur aisya humaira said...

waaa,siap ade tips lgi...keke
enjoy ngan cuti...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...