KAWAN keSAYANGan

Friday, February 25, 2011

PAGI YG GELAP DI McD KOTA DSARA

Sudah 2 hari McD mempromosikan set breakfast yang terbaharu,iklan pun baru je sy tengok semalam. Iklan yang berlatar belakangkan McD kota..tapi masa shooting tu tak sempat pulak nak menyelit tumpang glamor kejap. 

Macam biasa McD menawarkan sarapan ala orang puteh,makan sausage dan scramble egg. Kalau dulu set berupa kombo takde,cuma dijual set untuk makan satu mulut saja iaitu set weekdays breakfast yang harganya serendah rm4.25 termasuk cukai. Kini kalian boleh memilih 2 jenis set untuk 2 hingga 4 orang bagi menikmati hidangan pagi ala orang puteh ni,harga rm19.90 dan rm24.90 tidak termasuk cukai.










Set ni memang jenuh nk menyediakan produknya.ye lah banyak sangat isi perut. Tapi suka sangat dengan kotak merah ni. Terbaek la kotak dia...

Yang di katakan pagi yang gelap walaupun lampu kat McD masih berfungsi dengan baik,tetapi masih gelap akibat dihurung oleh mereka yang kelaparan setelah melihat iklan di kaca tv masing2. Memang suasana di McD  agak gelap dan hampir 2 jam, yang dikatakan GELAP akibat orang menghurung bahagian kaunter dengan berwajah SURAM dek kerana servis kami yang agak lambat hari ni.

Maap ya para pelanggan yang berkunjung ke McD kota pgi tadi. Bahagian dapur kami agak terkejut dengan permintaan sausage muffin with egg yang mendadak, terpaksa la menungu round egg yang menjadi punca utama kesesakan produk Jadi punca utama kesesakan di kaunter dan drive thru pagi tadi adalah bermula dari kesesakan produk kami di dibahagian dapur. adooiii....memang penat  memaniskan muka bagi menenangkan customer yang ingin cepat ke tempat kerja. Berikutan peristiwa ini,saya secara tidak langsung dipaksa OT dua jam dek kerana membantu menjernihkan keadaan yang gelap dan suram itu.

Tak sabar nak dapat kupon percuma untuk crew Mcd yang bakal diagihkan. Sesiapa nak breakfast ala orang putih boleh la sy belanja.hehehehe

Monday, February 21, 2011

SELAMAT TINGGAL GIGI BONGSU KU.....

KHAMIS 10HB 2011...Saya dapat panggilan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengajak saya dating untuk kesekian kali bagi meneruskan rawatan gigi saya yang chantek ni. Sepatutnya tarikh dating saya tahun lepas,disebabkan saya tidak bersedia maka ianya tertangguh.




Dengan hati yang berbunga2 indah saya menuju ke Bilik Pemedahan5, Bahagian Pemedahan Mulut PPUM. Memang tiada perasaan nak dibedah sebab suasana bilik macam biasa,cuma lebih besar saiznya. Saya diberikan borang pengakuan untuk diisi dan ditandatangani bagi menjalani pemedahan saya ni.


Itulah gigi bongsu sy yang meliuk manja






Sedang saya leka melihat xrayy gigi sendiri,seorang jejaka ala arabian yang kachak masuk. HAYDER kat nametag beliau...ouhh...inilah doktor bedah saya. Beliau pun merisik khabar tentang gigi bongsu saya.

DD : why u want to take it out?? its hurting u?
 ME: no..
DD:  its annoying u??
ME: ya!! its make something stuck n difficult to cleanCehh..alasan sungguh mengade2 kn.. 
DD: Firstly,i want to explain u about the prosedur..
ME: ok


Yang aku faham beliau bagitau mula aku akan dibius chenta olehnya. kemudian gusi aku akan dikopak untuk mengeluarkan gigi bongsu yang manja dan meliuk itu. Semasa proses pengeluaran gigi aku akan dengar bunyi mendrill,jadi jangan terkejut la. Akhir sekali gusiku ini akan dijahit. 
Kesannya,mulut ku akan membengkak. Selama 4hari akan mengalami kesukaran untuk mengunyah @ makan lapar la sy nanti?? Sy disarankan untuk makan makanan yang lembut seperti bubur dan aiskrim. Agak kecut perut jugak mendengarnya,belum prosesnya lagi. 


Ok  halimatun,baring..
Assistant doktor mula menyelimut saya dengan kain hijau yang tebal sehingga menutupi bahu saya. Buka mulut..ya jarum besar sudah datang mahu membius chenta ,akhirnya sebelah mulut ku sudah tiada rasa. Lidah,pipi,gusi menjadi mangsa. Tak cukup dalam mulut, kedua-dua belah pipiku yang berjerawat pula menjadi mangsa,disapu antiseptik yang berbau kuat,tapi sejuk je pipi. 
Boleh hilangkan jerawat x? ehhh...tak boleh la. Ya..masih sempat lagi melawak dengan doktor yang bakal menyerjakan gigiku nant.


Kedua-dua belah mataku ditutup dengan kain pula tapi boleh nampak jugak,hidung saya kan tinggi
Open mouth,bahagian dalam mulutku disembur lagi dengan anti septik. Bahagian kiri mulut saya diletakkan penyokong bagi mengurangkan rasa lenguh menganga sepanjang pemedahan.


Dimulakan denagn bismillah dan selawat yang tak henti-henti, Doktor mula menguis-guis gusiku ok..tak mencabar lagi. Kemudian bunyi gigi manjaku diusik,makin lama makin kasar bunyinya sehingga saya terasa kekasaranya disebelah kiri. Disaat itulah airmata saya keluar, malu kot masa tu..aduh..terserlah kecengenggan ku. Ramai pulak suara2 yang kedengaran,bukan 3 orang tapi dalam 5orang.time2ni la nk menjenguk pun.


Ok..your teenth have been out. Terasa pula benang dibibirku,tidak lama proses menjahit muka ku dicuci lagi dan mulutku disumbat kapas. Maka selesai sudah proses pengeluaran gigi manja saya ni. Sebaik saja balutan mata dibuka,terasa loya yang teramat sangat. Berlari sy ke tandas untuk mengeluarkan apa yang patut,tapi tak terkeluar pun.


Ya..dapat 3hari mc,sempat dipesan supaya duduk diam2 jangan pergi mana2 atau shopping.
Sy bertanya juga,kalu ckap banyak boleh kn? terdiam jugak la doktor tu. Tak ada masalah la tu kan..


Setelah membuat bayaran sy disuruh untuk mengambil painkiller (arcoxca 90mg) serta merta bagi mengurangkan kesakitan. Paracetamol yang chantek pula menyusul, diikuti antibiotik yang selalunya  memang susah nak habiskan. Alhamdulliah darah sy tak banyak , penggunaan kapas memang sy tak suka..ianya amat memualkan  yekksss...


Sejurus setelah pemedahan,kepala saya terasa amat sakit sehinggakan gagal melangkah dengan betul,jalan pun melilau. Jenuh jugak la mencari aiskrim bagi menghilangkan rasa mual teramat sangat,ditambah pula dengan sengau akibat lidah dibius chenta. Rahang juga menyukarkan sy untuk membuka mulut untuk bercakap dan buka mulut untuk makan.







Dan yang menyedihkan sy sukar untuk senyum....lemparan senyuman yang seperti tak ikhlas kn??

Monday, February 14, 2011

DIE BF SAYA..AWAK TAU TAK????

Ko tau kn **** tu bf aku..
kami couple..ko ni tak paham bahasa ke??
xmalu...perampas..menggatal dengan bf org..
apa perasaan ko kalau ada yang merampas bf ko??
bla..bla..blaa...


Sy redha je...
Laa...beliau bf anda ke???
Tapi kenapa pulak beliau mencari sy ek???
ke anda yang tak pandai nak jaga bf sampai beliau boleh pandang sy???

dengan slumber yayaa.....


Ko jangan nak burukan beliau pulak..
Aku kenal beliau sudah lama..
ko tu pengacau hubungan kami...
wahh..tak nak kalah..


Da jangan marah2
Lain kali jaga la beliau molek2 ya..jangan sampai dia pandang orang lain lagi
anywayboth of you sweet couple..bagai pinang di belah dua belas,padahal???
moga berbahagia..amik la beliau tu..tak kebulor pun
cehh..pandai pulak berbahasa maniss..mmg mulut manis kot



Tapi beliau berada ditengah-tengah antara mereka yang sedang berperang tu.
Ketakutan dek kerana pekungnya tak dapat dibendung lagi..ketahuan suda!!
Akhirnya beliau pun mengalah untuk berscandall lagi
Dan terus setia pada cintanya
Sungguhpun cinta makin pudar
Tapi dek kerana takut + seram akan situasi seperti itu berulang kembali
Disertakan pula sayangkan hubungan yang telah lama terjalin
miskipun sayang terhadap kekasih hati telah dimakin dek waktu....
miskipun janji sumpah setia sudah terucap pada beliau yang diserang








..........entri untuk HARI KEKASIH yang HARAM disambut....maka HARAM lah bagi kita umat islam berCOUPLE atau berSCANDAL.......

Thursday, February 10, 2011

MAULANA AF8 rupanya...





Lagu ni selalu berkumandang kat mcD fm,kawan2 yang lain pun layan je sambil bekerja. Saya pun da boleh ikut layan nyanyi lagu ni,part chorus je la. Tapi sememangnya saya menyukai part chorus lagu ni.


Sudah lama sebenarnya saya mencari asal usul lagu ni. Bila tanya kat pacik google die pun bagitau la kat saya yang menyanyikan lagu ni MAULANA dari AF8.
Patut la saya tak tahu latar belakang lagu ni..urmmm....saya nak buat pengakuan yang saya tidak mengikuti rancangan realiti yang digemari ramai ni.


Perkara yang sama berlaku apabila saya mendengar lagu "shahir,kebahagiaan dalam perpisahan" berkumandang di telefon kawan2.Mula dengar lagu ni,uishh..best juga lagu yang dorang tergila2kan ni,macam lagu nasyid pun ada..


Lepas merisik dari mereka,barulah saya tahu dan memang dicop ketinggalan AF.Tak kesah pun,saya redha...


Lagi info yang membuatkan saya terkejut mengenai si MAULANA ni adalah dia berkongsi umur dengan saya,opsssss..bukan umur saja tarikh lahir pun sama tau. 23 NOVEMBER tahun tu tak usah la dinyatakan ek








........maulana..i'm ur fan!!! betul ke statement saya ni????

Tuesday, February 8, 2011

TIPS APABILA DIBERI CUTI aka DIGANTUNG KERJA












wahh...memang bermasalah pekerja yang diberi cuti itu kan?? ye la..kalau orang berkenaan itu merupakan pekerja yang terbaik di mata majikanya takkan la sampai dikenakan tindakan sedemikian ..melainkan beliau menjadi mangsa dianak tiri ditempat kerja sendiri.


Tapi tak pe,jangan kusut2 sentap meroyan mual2 pening2 apabila anda dikenakan tindakan tersebut. Ambil la kesempatan bercuti yang anda perolehi ini dengan senang hati. Bukan senang tau permohonan untuk cuti seminggu diluluskan pihak majikan,kali ni diberi tanpa diminta.




TIPS PERTAMA
Sebaik sahaja anda mengetahui nama anda dipilih untuk cuti seminggu seharusnya anda BERSYUKUR ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya anda dapat merehatkan badan dan otak dari dibebani dengan kerja anda yang sentiasa didatangi masalah bertalu-talu.










TIPS KEDUANYA
Dengan pantas anda seharusnya merancang aktiviti yang bakal dilakukan selama seminggu tanpa henti. contoh nya pagi; tidur petang; tidur malam;memang masa untuk tidur pun.Saya contoh ni bukan pe, sememangnya kalau kita bekerja keras apa yang kita akan pikir selepas itu ialah rehat aka TIDUR. Jadi gunakanlah kesempatan ini untuk anda bermanja-manja dengan bantal confoter baby beruang yang telah anda abaikan sekian lama di bilik tu.




luangkan masa bersama bear kalian ek...









TIPS SETERUSYA
Seelok-eloknya SIMPAN UNIFORM ATAU BAJU KERJA anda tu dalam almari dalam2.Bukan apa dikuatiri terlupa yang anda sedang bercuti lalu memakai uniform atau pakaian kerja tu dan sedang muka tak bersalah anda pergi ke tempat kerja. uishhh...memang menempah malu tu!










LAGI TIPS
HILANGKAN INGATAN anda tentang kerja dan kalau boleh tak usah fikir langsung tentang konflik yang sedang anda hadapi ni. Usah rosakan mood "percutian" anda dengan memikirkan hal "remeh" ini. Lagipun benda da jadikan.hahahahaaakk












TIPS PENUTUP
Disebabkan anda telah mendapat ancaman hebat dari majikan anda,apa kata anda terus menulis "surat cinta"kepada majikan menyatakn hasrat untuk memutuskan hubungan yang telah terjalin aka surat RESIGN.
Memang majikan anda akan menerimanya dengan tangan yang terbuka,tapi mungkin rezeki anda beliau menyesali tindakannya "mencutikan" anda dan terus merayu agar anda kembali bekerja kerana baru menyedari yang anda lah selama ini yang banyak membantu dalam syarikat. terharu kot. atau dilain situasi majikan menerima surat anda dengan senang hati,yang tu ada baiknya anda standby kerja lain dalam tempoh seminggu "percutian"








.............mungkin sampai sini kot saya dapat kongsi tips dengan anda..ambil la ikhtibar dari tips ni ekk...moh koje!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...