KAWAN keSAYANGan

Thursday, January 27, 2011

i'm still maintain larhh....

Semalam sy ke melaka seharian teman akak jumpa klien. Perjalanan yang singkat memang memenatkan sampai sy tak kerja mlm tadi..huhuhhuu.. ditambah pula terpaksa meredah hujan di bandar bersejarah tu.
Walaupun tak banyak aktiviti yang saya buat kat sana. Selepas makan besar ala seafood dan membeli sedikit ole2 untuk dibawa pulang,kami terus meneruskan perjalanan pulang.

Dalam perjalanan tu,kami berhenti seketika di hentian r&r. Tiba2 sy terdengar suara mesin bercakap sorang2 ,jengok2 mesin timbang berat memanggil rupanya. Tergerak juga nk timbang berat sebab tahun ni tak tengok lagi berat ni da naik ke belum.

Dengan senang hati,sy pun masukkan syiling 20sen dua keping. nah....berat anda 38kg....tak lama tu...tinggi anda 153cm...dan akhir sekali you are too slim...hahhahaaa...

Memang berat sy da tak boleh naik, tak pernah nk capai 40kg. Mungkin sy timbang selepas membuang kot???
Tapi yang naik tinggi sy pulak..pelik bukan?? sebab sy tak bukak wedges masa tu....kalau tak tinggi sy bawah 150cm je.

Ramai kawan-kawan sy cemburu apabila sy katakn yang ni susah sangat nk naik berat badan walaupun makan kuat. ya..memang sy kuat makan. Petua yang dapat kongsi kat sini adalah makan lah mengikut selera tanpa memikirkan berat badan atau on diet.

Friday, January 21, 2011

tadaaa....

wahh...Hari ni bagai nk pecah kepala adjust blog neh. Mula tu nk buat shout mix baru. Baru perasan shout mix da rosak,tu pun cik feroz yg tegur. Tapi dekat 10 kali sy cube buat, tak berjaya juga.

Apa yang saya berjaya buat,perbaharui wajah blog sy yg sedikit berlemuih sebelum ni. Setakat ni dulu sy mampu melayan wajah blog.

Perubahan yang lebih akan menyusul kemudian ya, itu tertakluk kepada kerajinan dan kesanggupan utk mengadap skrin laptop menyelongkar en.google.

Wednesday, January 5, 2011

HALIMATUN SA'ADIAH...yea itu nama saya!

Hari ni ramai pulak yang mempertikaikan nama saya yang telah diberikan hasil buah pikiran abah dan umie saya. Kalau yang baru mengenali saya mesti akan komen uishhh...panjangnye nama dan yang paling membanggakan sedapnye nama... Komen2 yg sebegitulah yang membuatkan saya berasa bangga dengan nama ibu susuan Nabi kita ni. Menurut abah dan umie, nama saya ni juga merupakan penyambung bagi nama tok saya HALIMAH.


Jujur saya ceritakan kt sini,semasa saya di sekolah rendah saya cukup malu dengan nama saya sehingga pernah menyatakan hasrat kepada umie untuk menukarkan nama..hahaahaha...gilekn permintaan yg mmmg kebudak-budakkan.. Tapikan umie saya tak layan permintaan saya tu.


Nak tahu apa sebab saya beria-ria mahu menukar nama???
Sebab yang paling UTAMAnya adalah kerana mahu kena ejek. yela..masa sekolah rendah dulu kan memag terkenal dengan acara ejek mengejek nama masing2.Disebabkan nama saya cukup popular di dalam buku teks agama islam,jadi sayalah yang menjadi mangsa ketika itu. Tapi saya tidak melawan pun ketika itu,cuma mengadu kat umie je nk tukar nama. Maklumlah nama kawan2 semua bermula dengan awalan NUR,SITI,NURUL. Saya saja yang tiada awalan tersebut,memang rasa asing la nama yang saya miliki ni.
Aduh..memang kelakar kalau saya kenang balik permintaan saya ketika itu. Sampai macam tu sekali kan.hahahahaaa...


Masuk sekolah menengah,lain pula ceritanya. Bukan saya saja yang mempunyai nama tersebut tapi ada lagi dua orang yang satu batch yang turut berkongsi nama dengan saya. Ramai yang keliru dengan nama kami,hanya ejaan yang membezakan nama-nama kami bertiga.
                             
                             Halimatun 
                             Halimatus 
                             Halimaton


Disebabkn perkara ini lah saya cukup berhati-hati dengan ejaan nama saya,bagi saya kalau tersilap ejaan tu bukan nama saya la ek.


Tapi kan saya telah bertemu dengan geng2 nama klasik di sekolah menengah. Abah saya yang menggelarkan nama tersebut. Nak tahu kenapa??


Nama kami saling berkaitan...Halimatun Sa'adiah..Noor Maryam..Siti Aminah..atau panggilan singkat MATUN,MARYAM,MINAH..chantek kan nama kami??




                   3M...Matun..Minah..Maryam


Sekarang saya bangga dengan nama saya...HALIMATUN SA'ADIAH.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...